Page

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Page merupakan Pertubuhan bukan kerajaan NGO yang memperjuangkan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) di Malaysia.Pengerusinya Datin Noor Azimah Abdul Rahim.

Usul ke UNESCO[sunting | sunting sumber]

Noor Azimah mahu membawa membawa hal dan hak PPSMI ke UNESCO selepas gagal berunding dengan Kementerian Pelajaran Malaysia, Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak.Surat berkaitan dihantar kepada Ketua Pengarah Unesco, Irina Bokova pada 19 September 2011.

Usaha itu sendiri adalah berlawanan dengan satu laporan kajian UNESCO yang turut menegaskan bahawa pembelajaran mata pelajaran terpenting di peringkat sekolah rendah lebih sesuai diajar dalam bahasa setempat. Ini sejajar dengan resolusi pendidikan yang diluluskan oleh UNESCO (1951:691) yang berbunyi:

Berkenaan kepentingan pendidikan, kami menggesa supaya bahasa ibunda digunakan selama yang boleh dalamsemua peringkat pendidikan. Ini lebih-lebih lagi penting supaya kanak-kanak memulakan pendidikan mereka dalam bahasa ibunda sebagai bahasa penghantar, kerana itulah bahasa yang sangat mereka fahami, dan penggunaan bahasa ibunda akan menghapuskan kelainan antara bahasa di rumah dan bahasa di sekolah.

(On educational grounds we recommend that the use of the mother tongue be extended to as late a stage in educationas possible. Inparticular, pupils should begin their schooling through the medium of the mother tongue, because they understand it best and because to begin their school life in the mother tongue will make the break between home and school as small as possible.) [1], [2]

Page mendakwa bahawa ramai ibu bapa [perlu rujukan] bimbang dengan hala tuju sistem pendidikan Malaysia dalam misinya mencapai pembangunan berkekalan dalam pendidikan dan penyediaan pendidikan yang berkualiti. Ramai ibu bapa tidak bersetuju[perlu rujukan] dengan tindakan kerajaan memansuhkan dasar PPSMI yang dilaksanakan sejak 2003 tetapi dibatalkan selepas enam tahun dilaksanakan dan muktamatnya pada 2012. Kajian oleh Permuafakatan Badan Ilmuah Nasional yang menggunakan kepakaran 53 pakar bahasa dan melibatkan 15,089 orang daripada pelbagai jenis dan aliran sekolah dari pelbagai kawasan perbandaran seluruh negara termasuk 553 guru termasuk pengetua, guru besar selama tujuh bulan menunjukkan keputusan sebaliknya.

Page mencadangkan ibu bapa diberi pilihan sama ada sekolah rendah dan menengah kebangsaan meneruskan dasar PPSMI.Rakyat Malaysia kini hanya bercakap dalam Bahasa Melayu, Mandarin dan Tamil.

Tiada negara lain selain Malaysia mempunyai kepelbagaian dengan sistem pendidikan diwarisi dari era British.Ramai ibu bapa dan datuk nenek mereka kini merupakan produk pembelajaran dalam Bahasa Inggeris, yang menjadikan bahasa ibunda juga dalam Bahasa Inggeris. Bahasa Inggeris bukan sahaja bahasa ibunda tetapi juga sebagai bahasa kedua selepas Bahasa Melayu.Berilah peluang kepada pihak pro-PPSMI dan anti-PPSMI berhujah berdasarkan fakta yang betul dan tidak berat sebelah.[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ id=zp5xiFa_TXQC&pg=PA20&lpg=PA20&dq=%22and+because+to+begin+their+school+life+in+the+mother+tongue+will+make+the+break+between+hom e+and+school%22&source=bl&ots=kJ3GdCsTp-&sig=PNtNIiMOHiqT4CrFyXZYAKT6HoM&hl=en&ei=RpPNS8rnEZG2rAf0rJSlAQ&sa=X&oi=book_result&ct=result&resnum=1&ved=0CAYQ6AEwAA#v=onep age&q=%22and%20because%20to%20begin%20their%20school%20life%20in%20the%20mother%20tongue%20will%20make%20the%20break%20bet ween%20home%20and%20school%22&f=false Bilingualism By Suzanne Romaine.
  2. ^ 002897EB.pdf The Use of Vernacular Languages.
  3. ^ "PPSMI: Page bawa isu ke Unesco". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-10-01. Dicapai pada 2011-09-29.