Pagoda

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pagoda Liuhe di Hangzhou, provinsi Zhejiang, China dibina pada tahun 1165 zaman Song

Pagoda adalah menara terdiri dari banyak tingkat dipasangkan atap melentik naik dengan saliran yang biasa didapati di kawasan Asia Timur terutamanya China, Jepun, Korea, Vietnam dan bahagian lain di Asia.

Struktur ini datangnya daripada pengembangan reka bentuk stupa yang wujud dalam tamadun India kuno dan dilazimkan dalam binaan dengan fungsi keagamaan seperti kuil Tao dan Buddha mahupun wihara,[1][2][3] namun ia turut boleh didapati pada binaan lain menerapkan unsur masyarakat dipengaruhi agama ini seperti menara masjid.

Seni bina[sunting | sunting sumber]

Bahan binaan[sunting | sunting sumber]

Pagoda-pagoda terawal pada zaman Utara-Selatan sering terbina dari kayu yang memberikan sifat tahan gegaran gempa bumi[4] namun mudah berisiko dari kebakaran. Dinasti-dinasti Wei dan Sui Utara (386-618) mula mencuba membina dengan batu bata dan batu.

Dinasti-dinasti Song, Liao, Jin, dan Yuan memperkenalkan pelbagai gaya binaan baru terutamanya asas berbentuk heksagon dan oktagon.

Rekaan[sunting | sunting sumber]

Pagoda terdapat dalam pelbagai ketinggian,[5] bahkan ada yang boleh menjadi terlalu tinggi sehingga mudah disambar kilat sehingga banyak dirosakkan berulang kali;[6][7] pemasangan alat penebat sering dilakukan setiap kali pengubahsuaian moden bagi mengelakkan masalah ini berulang.[6]

Tingkat-tingkat sesebuah pagoda sering dibina dalam bilangan yang ganjil.

Pengaruh kepada binaan lain[sunting | sunting sumber]

Penerapan unsur rekaan pagoda dalam binaan tinggi ada mengesan dalam pembinaan seberapa masjid yang dimunculkan hasil pertukaran ilmu pertukangan antara orang Cina dan warga setempat di beberapa tempat serata Nusantara hasil hubungan yang dijalin pada zaman-zaman dinasti Ming serta makmurnya kesultanan-kesultanan Islam seperti kesultanan Melaka berikutan pelayaran laksamana Cheng Ho;[8] hal ini masih boleh dinampakkan pada binaan masjid-masjid tertua dalam rantau ini termasuk Masjid Kampung Hulu, Masjid Tengkera dan Masjid Kampung Keling di negeri Melaka, Malaysia moden.[9]

Galeri[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "The Origin of Pagodas". China.org.cn. 2002-09-19. Dicapai pada 2017-01-23.
  2. ^ The Evolution of Indian Stupa Architecture in East Asia. Eric Stratton. New Delhi, Vedams, 2002, viii, ISBN 81-7936-006-7
  3. ^ Pagoda di Encyclopædia Britannica
  4. ^ Koji NAKAHARA, Toshiharu HISATOKU , Tadashi NAGASE and Yoshinori TAKAHASHI (2000). "EARTHQUAKE RESPONSE OF ANCIENT FIVE-STORY PAGODA STRUCTURE OF HORYU-JI TEMPLE IN JAPAN" (PDF) (1229/11/A). 12th World Conference on Earthquake Engineering.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  5. ^ Terry, T. Philip (1914). Terry's Japanese Empire. Houghton Mifflin. m/s. 257.
  6. ^ a b Spacey, John. "Japanese Temple Architecture in 60 Seconds". Japan Talk. Dicapai pada 7 January 2021.
  7. ^ Christel, Pascal (2020). Splendour of Buddhism in Burma: A Journey to the Golden Land. Partridge Publishing Singapore.
  8. ^ Abdullah Yusof; Syaimak Ismail (2014). "Sumbangan Pertukangan Cina Terhadap Reka Bentuk Masjid Kajian Terhadap Komponan Luar Masjid Melaka Pada Abad Ke-18". al-Tamaddun. Universiti Malaya. 9 (1): 57–66.
  9. ^ "Menjejak keunikan seni bina masjid di Melaka". Sinar Harian. 5 April 2021.