Pagoda Hoang Phuc

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Pagoda Hoang Phuc
Bahasa Vietnam: Chùa Hoằng Phúc
HoangPhucPagoda5.jpg
Imej Pagoda Hoang Phuc selepas pembinaan semula
Pagoda Hoang Phuc yang terletak di Vietnam
Pagoda Hoang Phuc
Lokasi di Vietnam
Nama lamaPagoda Kính Thiên, Pagoda Quan Pa
Nama lainchùa Kính Thiên
chùa Quan
Maklumat umum
LokasiDaerah Le Thuy, Wilayah Quang Binh, Vietnam
AlamatKampung Thuan Trach, Kommune Mỹ Thủy, Lệ Thủy,
Quảng Bình
NegaraVietnam
Tinggalan pintu kuil
Tinggalan pintu kuil

Pagoda Hoang Phuc (Bahasa Vietnam: Chùa Hoằng Phúc, literali: Great Blessing, Hán tự: 弘福寺) merupakan sebuah pagoda yang terletak di kampung Thuan Trach, kommune Mỹ Thủy, daerah Le Thuy, wilayah Quang Binh, Pantai Tengah Utara Vietnam. Pagoda ini berusia lebih daripada 700 tahun, antara kuil tertua di Vietnam Tengah.[1]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1301, raja dinasti Tran, Trần Nhân Tông telah melawat kuil ini, yang mana kemudian dipanggil Kuil Tri Kien. Nguyen Phuc Chu, seorang bangsawan dari keluarga Nguyen telah menamakan semula kuil ini dengan nama Kính Thiên Tự (Kuil Kinh Thien) pada tahun 1716. Raja Minh Mang dari dinasti Nguyen melawat kuil ini pada tahun 1821 dan menamakan sebagai Hoằng Phúc Tự (Han tu: 弘福寺), atau dikenali sebagai chùa Trạm atau Chùa Quan (Kuil Tram atau Kuil Quan). [2]

Pagoda ini dibina semula beberapa kali. Pada tahun 1985, ia telah rosak teruk dilanda ribut tropika, dengan hanya meninggalkan pintu, asas kuil dan loceng seberat 80-kg serta beberapa patung lama Buddha. [2] Kuil ini dimasukkan ke dalam senarai warisan wilayah Quang Binh.

Pada bulan Disember 2014, pembinaan semula pagoda ini telah dimulakan.[3] Pada 16 Disember 2016, pagoda baru ini telah dirasmikan dengan kehadiran beberapa pegawai kerajaan Vietnam, anggota Shanghas Buddha Vietnam dan Myanmar, Ketua Sami Kemboja Tep Vong, dan penganut Buddha dari seluruh Vietnam. Pagoda Hoang Phuc diakui sebagai khazanah bersejarah negara Vietnam.[4] Pada hari perasmiannya, Sangha Buddha Myanmar telah menyerahkan sarira Buddha yang berasal daripada Pagoda Shwedagon di Yangon.[5][6] [7]

Pagoda Hoang Phuc

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Quang Binh province: Reconstruction of main facilities of Hoang Phuc pagoda completed". religion.vn. 2016-01-12. Dicapai 2016-01-18. 
  2. ^ a b "Chùa Hoằng Phúc". Buddhist Shangha. 2014-12-12. 
  3. ^ "Quảng Bình: Phục dựng, tôn tạo chùa Hoằng Phúc 700 năm tuổi" (dalam bahasa Vietnamese). VTV. Dicapai 2014-12-20. 
  4. ^ "Quang Binh's Hoang Phap pagoda recognized as national historical relic". vietnambreakingnews.com. 2016-01-16. Dicapai 2016-01-18. 
  5. ^ "Myanmar presents Lord Buddha's sarira to Vietnamese pagoda". VietnamNet. 2016-01-16. Dicapai 2016-01-18. 
  6. ^ "Cung nghinh xá lợi Phật tổ về chùa Hoằng Phúc tại Quảng Bình" (dalam bahasa Vietnamese). Vietnamplus. 2016-01-15. 
  7. ^ "Cung nghinh xá lợi Phật tổ từ Myanmar về Quảng Bình" (dalam bahasa Vietnamese). Tiền Phong. 2016-01-15. 

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.