Pajala (perahu)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Perahu gaya pajala Bugis-Makassar berujung ganda dengan tiang tripod dan layar condong persegi (beberapa di antaranya diturunkan dan disimpan di geladak), serta kemudi quarter yang digantung. Gambar ini dibuat tahun 1803 oleh seniman William Westall tentang perahu Bugis di pesisir pantai Arnhem, Australia. Kesempatan itu datang apabila Flinders berjumpa dengan armada perahu Makassar ketika mereka mengumpulkan gamat. Perahu ini memiliki bobot 25 ton dan bersenjata dengan meriam kecil.

Pajala adalah sejenis perahu tradisional dari bahagian barat Sulawesi Selatan, Indonesia. Ia digunakan terutamanya untuk memancing, tetapi pada masa ini ia adalah nama bahasa Bugis/Makassar untuk badan perahu berukuran kecil hingga sederhana.[1]

Etimologi[sunting | sunting sumber]

Nama itu berasal dari perkataan "jala" dalam bahasa Indonesia / Melayu, yang ditambahkan awalan pa- (yang sama dengan pe-). Jadi boleh ditafsirkan pajala adalah sebuah perahu yang digunakan untuk menyebarkan jala.

Penjelasan[sunting | sunting sumber]

Pajala, sekitar tahun 1937.

Pajala adalah perahu pantai yang biasanya mempunyai tiang tripod yang membawa satu layar tanja besar. Dibina dengan cara carvel, dan seperti perahu-perahu Austronesia lain, ia adalah double-ender (hadapan dan buritan perahu tajam, yang mempunyai linggi depan dan belakang).[2]:22-23 Hadapan dan buritan mempunyai bentuk yang sama, biasanya beralih pada sudut yang tajam kerana papannya dipotong, tidak dibengkokkan, menjadi bentuk. Corak papan menunjukkan bahawa ia tidak berbeza dengan perahu tradisional sejak 1000 tahun lalu. Papan pertama lebih panjang daripada lunasnya. Papan diatur dari sudut ke sudut dengan pasak dalam. Walaupun kebanyakan lambung tidak berdek, terdapat dek rendah di belakang linggi depan, di belakangnya ada tempat untuk mencuci.[3] Mereka dibina menggunakan papan dengan kerangka melengkung licin, dengan kemudi sampingan dua sisi, digunakan sebagai kerangka dengan rusuk yang dimasukkan selepas itu.[1]

Lihat pula[sunting | sunting sumber]

Referensi[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Horridge (2015). p. 190-191.
  2. ^ Vuuren 1917 op.cit., e.g., Nooteboom, C. 1940: ‘Vaartuigen van Mandar’. Tijdschrift voor Indische Taal-, Land- en Volkenkunde, 80.
  3. ^ Horridge (2015). p. 14-15.

Bacaan lanjutan[sunting | sunting sumber]

  • Liebner, Horst H. (2005), "Perahu-Perahu Tradisional Nusantara: Suatu Tinjauan Perkapalan dan Pelayaran", dalam Edi, Sedyawati (penyunting), Eksplorasi Sumberdaya Budaya Maritim, Jakarta: Pusat Riset Wilayah Laut dan Sumber Daya Nonhayati, Badan Riset Kelautan dan Perikanan; Pusat Penelitian Kemasyarakatan dan Budaya, Universitas Indonesia, m/s. 53–124
  • Horridge, Adrian (2015). Perahu Layar Tradisional Nusantara. Yogyakarta: Penerbit Ombak. Terjemahan bahasa Indonesia dari Horridge, Adrian (1985). The Prahu: Traditional Sailing Boat of Indonesia, second edition. Oxford: Oxford University Press.

Pranala luar[sunting | sunting sumber]