Pakatan 90/Hijau

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Bündnis 90 - Die Grünen Logo.svg

Pakatan '90/Hijau atau Bündnis '90/Die Grünen (pendek: Grüne) ialah sebuah parti politik di Jerman yang wujud hasil penggabungan dua parti - Parti Hijau yang mewakili pergerakan sosial di Jerman Barat dan Pakatan '90 yang mewakili pergerakan hak-hak awam dari Jerman Timur - pada tahun 1993. Parti ini mewarisi pergerakan sosial setempat yang tumbuh dengan banyaknya sekitar tahun 1970-an. Pada Januari 1980, dengan kehadiran 1,000 perwakilan daripada pergerakan-pergerakan sosial peringkat akar umbi, parti ini dengan rasmi memulakan kegiatannya sebagai Die Grünen di konvensyen yang pertama di Karlsruhe. Parti ini merupakan salah satu parti hijau tertua dan yang paling berjaya setakat ini di kalangan parti-parti hijau di seluruh dunia. Parti ini adalah sebahagian daripada kerajaan campuran yang memerintah Jerman di antara tahun 1998 dan 2005.

Pemilih[sunting | sunting sumber]

Syarikat penganalisa politik Infratest dimap dalam kajian mereka mendapati bahawa golongan berpendapatan tinggi (iaitu € 2000.00 sebulan dan ke atas) adalah lebih cenderung untuk mengundi parti ini manakala sokongan daripada golongan berpendapatan rendah adalah yang paling kurang diperolehi oleh parti ini. Kajian yang sama turut mendapati bahawa parti ini menerima undi yang sangat sedikit daripada pengundi-pengundi yang menganggur dan golongan pekerja, manakala golongan perniagaan lebih cenderung untuk menyokong parti ini dan juga Parti Demokratik Bebas (FDP). Dari segi umur, parti ini menerima lebih banyak undi daripada pengundi-pengundi yang berumur sekitar 24-42 tahun berbanding kumpulan umur yang lain dan generasi muda lebih cenderung menyokong mereka daripada generasi tua.[1]

Parti ini menerima kebanyakan undi mereka daripada kawasan pilihanraya di perbandaran berbanding luar bandar, kecuali sesetengah kawasan pedalaman yang mempunyai isu-isu alam sekitar tempatan yang penting, seperti perlombongan atau penghasilan sisa-sisa radioaktif. Bandaraya-bandaraya seperti Bonn, Cologne, Stuttgart, Berlin, Hamburg, Frankfurt dan Munich mempunyai peratusan pengundi-pengundi parti ini yang tertinggi di seluruh Jerman. Bandar-bandar kecil seperti Freiburg, Tubingen, Constance, Oldenburg, Heidelberg and Gottingen, yang memiliki universiti-universiti lama dan agak besar, kesemuanya merekodkan sokongan tinggi untuk parti ini di dalam pilihan raya. Walaubagaimanapun, parti ini menerima sokongan yang agak sedikit di negeri-negeri bekas Jerman Timur.

Nota kaki[sunting | sunting sumber]

  1. Infratest dimap untuk ARD Wer würde wen wählen?


Flag of Germany.svg Rencana berkaitan Jerman ini merupakan rencana tunas. Bantulah Wikipedia dengan mengembangkannya.