Pakatan untuk Inovasi Kesiapsiagaan Wabak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pakatan untuk Inovasi Kesiapsiagaan Wabak atau dalam bahasa Inggeris Coalition for Epidemic Preparedness Innovations (CEPI), ialah "pakatan kerajaan-swasta yang bertujuan untuk menggagalkan wabak dengan mempercepatkan pembangunan vaksin".[1] Ibu pejabat CEPI berada di Norway.

Tujuan[sunting | sunting sumber]

CEPI bertujuan dan merancang untuk mengembangkan fasa-fasa awal vaksin tanpa mengetahui perincian bentuk jangkitan yang akan muncul, mengurangkan waktu pengembangan dan penyebaran awal, sambil memungkinkan vaksin secara progresif dirancang untuk meningkatkan keberkesanan penggunaannya mengatasi wabak tertentu.

Rancangan tersebut termasuk persiapan menghadapi kemungkinan merebaknya wabal Demam Lassa, Demam Marburg, MERS, SARS, Virus Nipah, Demam Rift Valley, Chikungunya, dan lain-lain. CEPI didanai oleh Wellcome Trust, Yayasan Bill & Melinda Gates, Forum Ekonomi Dunia, pemerintah Norway, Jerman, Jepun[2] dan India.[3] [4] Selain itu, CEPI juga menerima pelaburan satu tahun dari pemerintah Australia, Belgium, dan Kanada.[5]

Pandemik koronavirus 2019–2020[sunting | sunting sumber]

Pada Januari 2020, berdasarkan genom 2019-nCoV yang dihasilkan,[6] CEPI menyokong tiga projek yang mula bekerja mencipta vaksin untuk koronavirus Wuhan, dengan Moderna, Universiti Queensland dan Inovio.[7] Institut Kesihatan Kebangsaan Amerika Syarikat (NIH) mula bekerja sama dengan syarikat bioteknologi Moderna untuk menghasilkan vaksin, diharapkan mula dihasilkan pada Mei 2020, dengan strategi untuk membuat vaksin RNA yang sesuai dengan duri pada permukaan koronavirus.[6] Strategi Universiti Queensland (UQ) ialah mengembangkan vaksin "penyepit" molekul yang secara genetik mengubahsuai protein virus untuk menjadikannya meniru koronavirus dan membangkitkan tindak balas kekebalan.[7]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ John Cohen (2 September 2016). "New vaccine coalition aims to ward off epidemics". Science. 353 (6303).
  2. ^ https://www.bloomberg.com/news/articles/2017-01-18/ebola-zika-push-drugmakers-to-join-effort-to-avert-pandemics
  3. ^ "Putting shots in the locker". The Economist. 420 (9003): 67–68. 3 September 2016.
  4. ^ "Coalition for Epidemic Preparedness Innovations".
  5. ^ https://www.gavi.org/news/media-room/coalition-epidemic-preparedness-innovation-turns-iffim-accelerate-funding-new
  6. ^ a b Steenhuysen, Julie; Kelland, Kate (2020-01-24). "With Wuhan virus genetic code in hand, scientists begin work on a vaccine". Thomson Reuters. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-01-25. Dicapai pada 2020-01-25.
  7. ^ a b Devlin, Hannah (2020-01-24). "Lessons from Sars outbreak help in race for coronavirus vaccine". The Guardian. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-01-25. Dicapai pada 2020-01-25.