Pakem, Sleman

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Pakem
Negara Indonesia
ProvinsiDaerah Istimewa Yogyakarta
KabupatenSleman
Kerajaan
 • CamatDrs. Budiarjo
Kepadatan- 1,551 orang/km²
Desa/kelurahan5

Pakem ialah kecamatan di Kabupaten Sleman, Provinsi Daerah Istimewa Yogyakarta, Indonesia. Luasnya 4,384 hektar, dengan jumlah penduduk sebanyak 32,561 orang, iaitu 15,847 orang lelaki dan 16,714 orang perempuan. Kepadatan penduduknya 1,551 orang/km². Kecamatan Pakem terletak di sebelah utara ibu kota Kabupaten Sleman dan disempadani oleh:

Lokasi ibu kota kecamatan Pakem berada di 77.66708' LS 110.42011' BT, dan terletak 14 kilometer dari pusat pemerintahan (ibu kota) Kabupaten Sleman.

Kecamatan Pakem berada di dataran tinggi, dengan ibu kotanya terletak setinggi 600 meter di atas aras laut. Justera, sebagaimana dengan kawasan tinggi di daerah tropika yang lain, Kecamatan Pakem beriklim sejuk sebagai ciri khasnya. Suhu tertinggi yang tercatat di Kecamatan Pakem ialah 32ºC, dengan suhu terendah 18ºC. Rupa bumi Kecamatan Pakem berbukit-bukit.

Kecamatan Pakem terletak di lereng Gunung Merapi, dengan tarikan pelancongnya di Kaliurang menyebabkan sektor pelancongan menyumbangkan 40% daripada seluruh Keluaran Dalam Negara Kasarnya (KDNK). Sektor ini masih dapat dikembangkan dengan mulai diperkenalkannya pelancongan alam jelajah merapi. Sektor lain yang menopang pertumbuhan ekonomi Kecamatan Pakem ialah sektor pertanian yang menyumbangkan 25% daripada KDNK Kecamatan Pakem. Sebahagian besar penduduk Kecamatan Pakem ialah petani.

Di kecamatan ini juga terdapat hospital kesihatan mental yang sekarang dinamai semula sebagai "Rumah Sakit Grhasia Yogyakarta", dengan khalayak Yogyakarta memberikannya nama samaran sebagai "Sekolah di Pakem".

Bahagian pentadbiran desa[sunting | sunting sumber]

  1. Candibinangun
  2. Hargobinangun
  3. Harjobinangun
  4. Pakembinangun
  5. Purwobinangun

Bahagian pentadbiran padukuhan[sunting | sunting sumber]

 

Kabupaten Sleman, DI Yogyakarta

Kecamatan: Berbah | Cangkringan | Depok | Gamping | Godean | Kalasan | Minggir | Mlati | Moyudan | Ngaglik | Ngemplak | Pakem | Prambanan | Seyegan | Sleman | Tempel | Turi