Palatinosa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Palatinosa ialah sejenis disakarida iaitu heterodisakarida yang terdiri daripada glukosa dan fruktosa. Ia dihubungkan oleh ikatan glikosida α-1:6.

Palatinosa mudah dihidrolisiskan dan bersifat penurun. Palatinosa didapati dalam madu dan ekstrak gula tebu. Palatinosa bersifat kurang asidogenik, justeru menyebabkan ia bersifat kariogenik. Palatinosa dicernakan di usus oleh enzim α-1:6 glikosidase usus.