Palatschinken

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Palatschinke)
Palatschinken

Palatschinken merupakan sejenis penkek yang terkenal di Eropah Timur dan Eropah Tengah.

Nama penkek ini termasuklahPalatschinke (pl. Palatschinken) (Austria), palačinka/палачинка (Bosnia, Bulgaria, Croatia, Czech, Serbia, Slovenia, Macedonia), palacinka (Slovak), palacsinta (Hungary) dan palaçinka (Albania)

Versi[sunting | sunting sumber]

Palatschinke Eropah Tengah (palačeke) lebih kurang serupa dengan crêpe Perancis. Perbezaan utama antara versi Perancis dan Slavic ialah hidangan campuran untuk palatschinken yang boleh digunakan terus jauh berbeza dengan crepes yang dibiarkan selama beberapa jam. Palatschinken diperbuat daripada doh, telur, tepung gandum, susu dan garam kemudian digorengkan di dalam kuali bersama mentega ataupun minyak. Tidak seperti jenis tebal penkek, palatschinken biasanya dihidangkan dengan pelbagai jenis inti dan dimakan pada waktu makan tengah hari atau makan malam.

Palatschinken secara tradisionalnya digulung bersama aprikot, strawberi,[1] atau plum jem dan juga ditabur bersama gula manisan.

Dalam versi Hungary, palatschinken ialah jenis penkek Gundel (Gundel palacsinta), yang diperbuat daripada walnut tanah, kismis, with ground walnuts, raisin dan banyak lagi. Ia disediakan bersama sos coklat yang diperbuat daripada telur, krim dan juga koko.

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ June Meyers Authentic Hungarian Heirloom Recipes Cookbook