Palestin

Palestin atau Negara Palestin (Bahasa Arab: فلسطين Falasṭīn, Bahasa Ibrani: פלשתינה Palestina) ialah nama yang digunakan dengan meluas sejak era Rom lagi untuk merujuk kepada kawasan di Timur Tengah di antara Laut Mediterranean, Terusan Suez dan Sungai Jordan.
Dalam pengertian geografi yang luas, Palestin merujuk kepada kawasan yang merangkumi wilayah-wilayah Palestin, di samping sebahagian daripada Jordan, Lubnan dan Syria serta Israel. Dalam pengertian yang sempit pula, ia merujuk kepada kawasan di dalam sempadan bekas Mandat British Palestin (1920-1948), di sebelah barat Sungai Jordan.
Hari ini, Palestin boleh digunakan untuk merujuk kepada Negara Palestin yang dicadangkan oleh Pihak Berkuasa Palestin yang berpusat di Wilayah Tebing Barat.
Dalam konteks Konflik Israel-Palestin, istilah Palestin mempunyai konotasi politik yang amat berat dan boleh mencetuskan kontroversi.
Sejarah[sunting | sunting sumber]
Sejarah Palestin bermula sejarak zaman prasejarah. Selepas pembubaran Empayar Turki Uthmaniyyah pada 1922 selepas Perang Dunia Pertama, Liga Bangsa telah membahagikan tanah jajahan empayar tersebut antara Tentera Bersekutu. Bahagian yang dikenali sebagai Israel, Jordan, Tebing Barat dan Jalur Gaza hari ini diserahkan kepada pihak British sebagai Mandat British Palestin.
Pada 1948, Negeri Israel diisytiharkan merdeka dan menduduki tanah di bekas Mandat British yang dibahagikan kepada "negara Yahudi" di bawah Rancangan Pemecahan Bahagian PBB 1947 (tidak termasuk Tebing Barat). Cetusan Perang Arab-Israel 1948 pula mengubah lagi sempadan di tanah suci itu. Nerikutan perang itu, Jaluran Gaza diilhakkan oleh Mesir, manakala Tebing Barat diilhakkan oleh Jordan. Perjanjian Gencatan Senjata 1949 yang dimeterai oleh Israel dan negara-negara Arab menentukan sempadan antara Israel, Jaluran Gaza dan Tebing Barat.
Perang Enam Hari 1967 melihatkan Israel menceroboh Semenanjung Gaza, Tebing Barat, Bukit Golan, Syria dan Semenanjung Sinai dalam satu operasi ketenteraan (tetapi Sinai diserahkan semula kepada Mesir). Sehingga kini, Israel menjajah kebanyakan kawasan di Tebing Barat. Banyak petempatan Yahudi juga dibina sejak pengiilhakan tersebut.
Pemerintahan Saidina Umar[sunting | sunting sumber]
Semasa pemerintahan khalifah Khulafa al-Rasyidin kedua, Saidina Umar, empayar Islam berkembang dengan pesat; menawan Mesopotamia dan sebahagian kawasan Parsi daripada Empayar Sasan (berjaya menamatkan Empayar Parsi), dan menawan Mesir, Palestin, Syria, Afrika Utara, dan Armenia daripada Byzantine (Rom Timur). Ada di antara pertempuran ini menunjukkan ketangkasan tentera Islam seperti Perang Yarmuk yang menyaksikan tentera Islam yang berjumlah 40,000 orang menumpaskan tentera Byzantine yang berjumlah 120,000 orang. Hal ini mengakhiri pemerintahan Byzantine di selatan Asia Kecil.
Pada tahun 637, selepas pengempungan Baitulmuqaddis yang agak lama, tentera Islam berjaya menakluk kota tersebut. Paderi besar Baitulmuqaddis iaitu Sophronius menyerahkan kunci kota itu kepada Saidina Umar. Beliau kemudiannya mengajak Saidina Umar supaya bersembahyang di dalam gereja besar Kristian iaitu gereja Church of the Holy Sepulchre. Saidina Umar menolak dan sebaliknya menunaikan solat tidak beberapa jauh daripada gereja tersebut kerana tidak ingin mencemarkan status gereja tersebut sebagai pusat keagamaan Kristian. 50 tahun kemudian, sebuah masjid yang digelar Masjid Umar dibina di tempat Saidina Umar menunaikan solat.
Saidina Umar banyak melakukan reformasi terhadap sistem pemerintahan Islam seperti menubuhkan pentadbiran baru di kawasan yang baru ditakluk dan melantik panglima-panglima perang yang berkebolehan. Semasa pemerintahannya juga kota Basra dan Kufah dibina.
Geografi[sunting | sunting sumber]
Palestin terletak di bagian barat benua Asia yang membentang antara garis lintang meridian 15-34 dan 40-35 ke arah timur, dan antara garis lintang meridian 30-29 dan 15-33 ke arah utara.
Palestin membentuk bahagian tenggara dari kesatuan geografi yang besar di belahan timur dunia Arab yang disebut dengan negeri Syam. Selain Palestin, negeri Syam terdiri dari Lubnan, Syria dan Jordan. Pada awalnya negara-negara ini mempunyai perbatasan yang kolektif di luar perbatasannya dengan Mesir.
Perbatasan Palestin dimulai dengan Lubnan di Ras El-Nakoura di wilayah laut Mediterranian (Laut Tengah) dan dengan garis lurus mengarah ke timur sampai ke daerah di setelah kota kecil Lubnan iaitu kota Bent Jubayel, di mana garis pemisah antara kedua negara ini miring ke utara dengan sudut yang hampir lurus. Pada titik ini, perbatasan berada mengitari mata air sungai Jordan yang menjadi bagian dari Palestin dalam jalan kecil yang membatasinya dari wilayah Timur dengan wilayah Syria dan danau Al Hola, Lout dan Tabariyya.
Perbatasan dengan Jordan dimulai di wilayah selatan danau Tabariyya pada pembuangan sungai Al Yarmouk. Terus sepanjang sungai Jordan. Dari mata air sungai Jordan, perbatasan ini ke arah selatan membelah pertengahan Laut Mati secara geometrikal dan lembah Araba, hingga sampai pada daerah Aqaba.
Perbatasan dengan Mesir dapat digambarkan dengan garis yang hampir membentuk garis lurus yang membelah antara daerah semi-pulau Seena dan padang pasir Al Naqab. Perbatasan ini dimulai di Rafah di Laut Tengah hingga sampai ke daerah Taba di Teluk Aqaba.
Di bahagian Barat, Palestin terletak di sebelah perairan lepas antarabangsa dari Laut Tengah dengan jarak sekitar 250 km dari Ras El-Nakoura di belah selatan hingga Rafah di bahagian selatan.
Kerana lokasinya terletak di pertengahan negara-negara Arab, Palestin membentuk kombinasi geografi yang natural dan humanistik bagi medan daratan yang luas yang memuat kehidupan orang-orang asli Badui di wilayah selatan dan gaya pendudukan yang sudah lama di bagian utara. Tanah Palestin mempunyai keistimewaan dibanding dengan daerah lain kerana merupakan sebahagian dari tempat tinggalnya manusia pertama, tempat diturunkannya semua agama samawi, tempat di mana peradaban kuno muncul, menjadi jambatan aktiviti komersil dan tempat penyusupan ekspedisi ketenteraan di sepanjang era bersejarah yang berbeza. Lokasi strategik yang dinikmati Palestin memungkinkannya untuk faktor penghubung antara berbagai benua bagi dunia kuno Asia, Afrika dan Eropah. Palestin juga menjadi tempat yang dijadikan pintu masuk bagi perjalanan ke tempat-tempat jiran. Ia menjadi jambatan penghubung bagi manusia sejak dahulu kala, sebagaimana ia juga menikmati lokasi sentral yang memikat seluruh orang yang mau bermukim dan hidup dalam kemakmuran. Maka dari itu sangat alami kalau Palestin menjadi pusat bagi kerakusan banyak orang yang ingin berkuasa dan mengeksploitasi keistimewaannya.
Politik[sunting | sunting sumber]
Kawasan | Ditadbir oleh | Pengiktirafan sebagai pentadbir | Kedaulatan dituntut oleh | Pengiktirafan tuntutan | |
---|---|---|---|---|---|
Genting Gaza | Pihak Berkuasa Palestin (PNA) (dipimpin Hamas); di bawah pendudukan Israel | Saksi Perjanjian Oslo II | Negara Palestin | 137 negara anggota PBB | |
Tebing Barat | Kawasan A | Pihak Berkuasa Palestin (PNA) (dipimpin Fatah); di bawah pendudukan Israel | |||
Kawasan B | Pihak Berkuasa Palestin (PNA) (dipimpin Fatah) dan tentera Israel; di bawah pendudukan Israel | ||||
Kawasan C | Tentera Israel (warga Palestin) di bawah pendudukan Israel, dan undang-undang kepungan Israel (penempatan Israel) | ||||
Baitulmuqaddis Timur | Israeli government | Honduras, Guatemala, Nauru, dan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu | China, Russia | ||
Baitulmuqaddis Barat | Australia, Russia, Czechia, Honduras, Guatemala, Nauru, dan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu | United Nations, sebagai sebuah kota antarabangsa bersama Baitulmuqaddis Timur | Pelbagai negara anggota PBB dan Kesatuan Eropah. Kedaulatan bersama juga disokong secara meluas. | ||
Bukit Golan | Amerika Syarikat | Syria | Semua negara anggota PBB kecuali Amerika Syarikat. | ||
Israel (rasmi) | 163 negara anggota PBB | Israel | 163 negara anggota PBB |