Pampita

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Carolina "Pampita" Ardohaín
Pampita, 2006
Kelahiran
Ana Carolina Ardohaín Dos Santos

(1978-01-17) 17 Januari 1978 (umur 46)
WarganegaraArgentina
Nama lainPampita
PasanganMartín Barrantes (2002-2005)
Anak-anak4
Maklumat pemodelan
Ketinggian169 cm
AgensiDotto Models

Ana Carolina Ardohaín Dos Santos (Sebutan Sepanyol: [kaɾoˈlina arðoaˈin]; lahir 17 Januari 1978 di General Acha, La Pampa)[1] merupakan model, personaliti TV dan pelakon Argentina. Beliau lebih dikenali sebagai Pampita. Ibu beliau merupakan orang Brazil.[2]

Sejak 2013, Pampita menjadi model bagi kereta-kereta buatan Citroën and Citroën DS line.[3][4]

Pampita turut pernah menyertai rancangan realiti tarian, Bailando 2016 sebagai salah seorang juri pada tahun 2016.[5] Pada tahun 2017, beliau membintangi filem Desearás al hombre de tu hermana yang merupakan filem pertama yang menampilkan beliau sebagai pelakon utama.

Pampita adalah ibu kepada seorang anak perempuan, Blanca Vicuña Ardohaín (lahir 15 Mei 2006 dan meninggal [9] 8 Oktober 2018), dan tiga anak lelaki, Bautista Vicuña Ardohaín (lahir 29 Februari 2008), Beltrán Vicuña Ardohaín (lahir 8 Jun 2012) dan Benicio Vicuña Ardohaín (lahir 12 Oktober 2014). Ayah mereka adalah pelakon Chile, Benjamín Vicuña, teman lelaki Pampita dari Julai 2005 hingga Disember 2015. [10] [11] [12] [13]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ (Sepanyol) Pampita: Biografía de la modelo Argentina
  2. ^ Pampita le respondió a Susana Diarkibkan 2012-09-05 di archive.today Infobae, 14 June 2007
  3. ^ "Carolina "Pampita" Ardohain and the Citroën C4 Lounge, Fashion Film".
  4. ^ ""Sunset" : Carolina "Pampita" Ardohain and the Citroën C4 Aircross, Fashion Film".
  5. ^ The 30 official pictures of "Bailando 2016" (Sepanyol)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]