Pancalogam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pancalogam atau aloi merupakan gabungan - sama ada dalam bentuk cecair atau pepejal - dua atau lebih unsur, yang mana salah satunya merupakan logam.

Pancalogam dengan dua komponen dipanggil pancalogam binari; pancalogam dengan tiga komponen dipanggil pancalogam ternari; manakala pancalogam dengan empat komponen dipanggil pancalogam quaternari.

Biasanya, pancalogam mempunyai ciri-ciri yang lebih diingini daripada komponennya. Misalnya, keluli lebih kukuh. Loyang lebih tahan daripada tembaga, tetapi lebih cantik dan menarik daripada zink.

Tidak seperti logam tulen, kebanyakan pancalogam tidak mempunyai titik lebur yang tentu. Aloi mempunyai ‘julat lebur’ di mana pancalogam itu ialah campuran pepejal dan cecair. Suhu di mana pancalogam mula melebur dipanggil solidus, manakala suhu di mana pancalogam habis melebur dipanggil liquidus. Sesetengah pancalogam tertentu dapat direka dengan satu takat lebur sahaja yang juga dipanggil sebagai campuran eutektik.

Adakalanya sesuatu pancalogam dinamakan daripada logam asasnya. Contohnya, emas 14 karat ialah sejenis aloi emas dengan unsur lain. Perak yang digunakan dalam barang kemas dan aluminium yang digunakan dalam pembinaan juga merupakan pancalogam.