Pancang Akhir (Kereta Api Pasifik Kanada)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Sir Donald Smith, Baron Pertama Strathcona dan Mount Royal, memasang Pancang Terakhir

Pancang Akhir Kereta Api Pasifik Kanada ialah upacara memaku pancang terakhir landasan kereta api Kereta Api Pasifik Kanada (Canadian Pacific Railway, CPR) di Craigellachie, British Columbia pada jam 9:22 pagi, 7 November 1885. Pancang dipasang oleh pembiaya kereta api CPR, Donald Smith, Baron Strathcona dan Mount Royal, dan menandakan akhirnya saga yang melibatkan bencana alam, krisis kewangan, malah pemberontakan, yang mengganggu pembinaan landasan kereta api rentas benua pertama Kanada semenjak mulanya pembinaan.

Pancang Akhir melambangkan tamatnya pembinaan CPR (mahupun landasan tidak digunakan sehingga Jun 1886 oleh sebab kerja-kerja lain yang belum selesai) yang dipandu jurutera James Ross; ia menjadi lambang kesatuan kebangsaan kanada sehingga sekarang.