Pancutan mundur
Pancutan mundur | |
---|---|
Pengelasan dan sumber luaran | |
ICD-9 | 608.87 |
P. Data Penyakit | 11438 |
MedlinePlus | 001282 |
![]() |
Pada sistem pembiakan lelaki, pancutan mundur (retrograde ejaculation) berlaku apabila cecair yang biasanya dipancutkan keluar melalui urethra, dilencongkan kearah pundi kencing.
Presentation
[sunting | sunting sumber]Biasanya gegelang (sphincter) pundi kencing dan sperma menghala ke uretra ke arah kawasan tekanan rendah. Dalam pancutan mundur gegelang ini tidak berfungsi dengan betul.
Punca
[sunting | sunting sumber]Punca mungkin pada sistem saraf automatik atau operasi prostat. Pancutan mundur biasanya komplikasi biasa bagi pengalihan trans-urethral bagi prostate, prosedure dalam mana tisu berpenyakit, atau tidak berpenyakit (prostate bengkak) disingkirkan, jirisan demi hirisan, melalui resectoskop yang dimasukkan melalui urethra.
Pancutan mundur juga merupakan kesan sampingan ubat-ubatan seperti Tamsulosin yang digunakan bagi menenangkan otot salur kencing bagi pelbagai tujuan. Ubatan sebegini mungkin menjadikan cecincin pundi kencing turut tenang dan gagal untuk mengecut sepenuhnya.
Tetapi ubat-ubatan yang paling kerap menyebabkannya adalah ubat antikemurungan dan antipsychotik, dan pesakit yang mengalaminya sering berhenti mengambilnya[1][2]
Pancutan mundur juga mungkin komplikasi disebabkan oleh penyakit kencing manis terutama bagi kencing manis dengan kawalan gula jangka panjang yang lemah. Ini disebabkan kegagalan (neuropathy) cecincin pundi kencing.