Pandemik COVID-19 di Oman
Pandemik COVID-19 di Oman merupakan sebahagian daripada pandemik global penyakit koronavirus 2019 (COVID-19) yang disebabkan oleh sindrom pernafasan akut teruk koronavirus 2 (SARS-CoV-2). Virus ini disahkan telah sampai ke Oman pada 24 Februari 2020 apabila dua warganya didapati positif COVID-19 selepas pulang dari Iran.[1]
Sehingga 21 Ogos 2021, jumlah kes yang didaftarkan di kesultanan itu ialah 300,914 kes, dengan 289,450 kes sembuh dan 4,020 kematian.[2] Pada mulanya, kebanyakan kes dan kematian berlaku dalam komuniti ekspatriat. Menjelang Julai 2020, apabila pandemik memasuki bulan keempat di negara itu, majoriti kes dan kematian telah berlaku dalam kalangan warganegara.[3]
Muscat kekal sebagai wilayah paling terjejas dengan jumlah kes disahkan tertinggi melebihi 149,383 kes dan 1,354 kematian, serta menyumbang 76% daripada jumlah kes di negara itu pada awal Jun 2020, dengan kebanyakan kes berlaku dalam komuniti ekspatriat.[4] Pada 10 April 2020, seluruh wilayah itu dikenakan perintah berkurung sehingga 22 April, yang kemudian dilanjutkan dua kali,[5] sebelum perintah itu ditarik balik pada 29 Mei.[6]
Bermula 13 Jun 2020, perintah berkurung dilaksanakan di wilayah Dhofar, daerah Masirah, daerah Duqm serta kawasan Jebel Akhdar dan Jebel Shams sehingga 3 Julai 2020.[7] Pelbagai perintah berkurung dan larangan pergerakan peringkat kebangsaan telah dilaksanakan sepanjang pandemik ini.
Mengikut arahan yang dikeluarkan oleh Sultan Haitham bin Tariq, ujian dan rawatan COVID-19 pada awalnya diberikan percuma kepada semua komuniti di kesultanan itu, termasuk ekspatriat. Sehingga Ogos 2021, Oman telah memberikan vaksin kepada 66% daripada jumlah penduduknya bagi kedua-dua dos pertama dan kedua.
Later Belakang
[sunting | sunting sumber]Pada 12 Januari, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesahkan bahawa novel koronavirus merupakan penyebab penyakit pernafasan dalam kelompok masyarakat di Bandar Wuhan, Wilayah Hubei, China, yang mula-mula menarik perhatian WHO pada 31 Disember 2019.[8]
Berbeza dengan SARS 2003, nisbah kematian kes bagi COVID-19 jauh lebih rendah, tetapi penularannya lebih ketara dengan jumlah kematian yang tinggi.[9]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ↑ "MOH Registers First Two Novel Coronavirus (COVID-2019) in Oman - Media Center Display Page - Ministry of Health". www.moh.gov.om (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-08-16.
- ↑ "Oman COVID - Coronavirus Statistics - Worldometer". www.worldometers.info (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-08-16.
- ↑ "53 expats, 30 Omanis died due to COVID-19". The Arabian Stories News (dalam bahasa Inggeris). 2020-06-10. Dicapai pada 2025-08-16.
- ↑ http://bitwize.com.lb, Bitwize-. "COVID-19: 79 per cent of cases in Muscat are among expats". Times of Oman (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-08-16.
- ↑ Observer, Oman (2020-05-05). "Supreme Committee ends school year, upholds Muscat lockdown". Oman Observer (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-08-16.
- ↑ "Covid-19: Checkpoints in Wilayat Muttrah to continue, says ROP". The Arabian Stories News (dalam bahasa Inggeris). 2020-05-27. Dicapai pada 2025-08-16.
- ↑ "Oman closes Dhofar Governorate, Masirah, Jabal Shams, Jabal Akhdar and Duqm". The Arabian Stories News (dalam bahasa Inggeris). 2020-06-13. Dicapai pada 2025-08-16.
- ↑ Weiss, Matt Reynolds and Sabrina. "How coronavirus started and what happens next, explained". Wired (dalam bahasa Inggeris). ISSN 1059-1028. Dicapai pada 2025-08-16.
- ↑ "Crunching the numbers for coronavirus | Imperial News | Imperial College London". Imperial News (dalam bahasa Inggeris). 2020-03-13. Dicapai pada 2025-08-16.