Pandemik COVID-19 di Sarawak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Pandemik COVID-19 di Sarawak
PenyakitCOVID-19
Baka virusSARS-CoV-2
LokasiSarawak, Malaysia
Asal wabakWuhan, Hubei, China
Kes indeksKuching
Tarikh ketibaan13 Mac 2020
(8 bulan, 2 minggu dan 1 hari)
Kes yang disahkan696
Kes aktif15
Sembuh662
Kematian
19
Laman web rasmi
covid19.sarawak.com.my

Pandemik COVID-19 telah disahkan merebak di negeri Sarawak, Malaysia pada 13 Mac 2020. Sehingga 24 Ogos 2020, terdapat 696 kes yang disahkan.

Kes[sunting | sunting sumber]

Kes COVID-19 di Sarawak (15 hari terakhir)  ()
     Meninggal dunia        Sembuh        Kes aktif
Tarikh
# kes
2020-05-30
552 (+0)
2020-05-31
552 (+0)
2020-06-01
552 (+0)
2020-06-02
552 (+0)
2020-06-03
552 (+0)
2020-06-04
552 (+0)
2020-06-05
553 (+1)
2020-06-06
555 (+2)
2020-06-07
555 (+0)
2020-06-08
555 (+0)
2020-06-09
556 (+1)
2020-06-10
556 (+0)
2020-06-11
556 (+0)
2020-06-12
556 (+0)
2020-06-13
556 (+0)
2020-06-14
557 (+1)


Kes COVID-19 di Sarawak[sunting | sunting sumber]

Garis masa[sunting | sunting sumber]

Mac 2020[sunting | sunting sumber]

Pada 13 Mac 2020, Sarawak telah mencatatkan tiga kes pertama COVID-19, dengan tiga pesakit diuji positif di Kuching. Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak dalam satu kenyataan berkata 2 kes adalah dari kluster yang menghadiri perhimpunan "ijtimak tabligh" di Masjid Sri Petaling di Kuala Lumpur pada 28 Februari hingga 1 Mac. Kes ketiga merupakan ahli keluarga kes kedua.[1]

Pada 14 Mac, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak melaporkan 6 kes baharu direkodkan, menjadikan jumlah kes positif sebanyak sembilan kes. Pengerusi jawatankuasa itu, Datuk Amar Douglas Uggah berkata 2 kes baharu direkodkan di Limbang manakala 4 kes baru direkodkan di Kuching. Semua kes baru adalah dari kluster yang menghadiri perhimpunan "ijtimak tabligh" di Masjid Sri Petaling.[2]

Pada 15 Mac, Sarawak mencatatkan 11 kes baharu positif COVID-19, menjadikan jumlahnya sebanyak 20 kes. Antara 11 kes baharu, salah seorang daripada mereka ialah ahli parlimen Sarikei Wong Ling Biu. Beliau diuji positif virus di Hospital Sibu. Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen mengarahkan semua ahli parti dan ahli parlimen yang mempunyai kontak rapat dengan Ahli Parlimen Sarikei itu dalam tempoh 14 hari yang lalu untuk kuarantin diri selama dua minggu.[3]

Pada 16 Mac, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri, Datuk Sri Dr Sim Kui Hian berkata 14 kes baharu COVID-19 direkodkan menjadikan jumlah kes sebanyak 34 kes. Antara kes baharu termasuk 6 dari Kuching, 4 dari Betong, 2 dari Sarikei dan masing-masing 1 kes dari Serian dan Simunjan.[4] Salah satu daripada 2 kes dari Sarikei ialah seorang atlet tukul besi kebangsaan Malaysia, Jackie Wong Siew Cheer. Beliau diuji positif virus di Hospital Sibu selepas melawat bapanya, ahli parlimen Sarikei Wong Ling Biu yang juga diuji positif virus pada 15 Mac.[5]

Pada 17 Mac, Sarawak merekodkan kematian pesakit COVID-19 pertama negara. Mangsa telah meninggal dunia di Hospital Umum Sarawak. Sarawak juga mencatatkan 11 kes positif baharu yang membawa jumlah keseluruhan kepada 45. Daripada 11 kes baru, 6 dari Kuching, 3 dari Limbang dan satu dari Betong Betong dan Lawas.[6]

Pada 18 Mac, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak mengesahkan 5 kes positif bahru COVID-19 dengan 2 pesakit yang dirawat di Hospital Umum Sarawak, 2 di Hospital Sibu dan satu di Hospital Bintulu.[7] Kerajaan negeri Sarawak telah menguatkuasakan langkah-langkah yang bersesuaian dengan perintah kawalan pergerakan bermula 18 Mac hingga 31 Mac 2020.[8]

Pada 19 Mac, Sarawak mencatatkan satu kes positif baru di Kuching menjadikan jumlahnya sebanyak 51 kes.[9]

Pada 20 Mac, Sarawak mencatatkan 7 kes baharu COVID-19 yang membawa jumlah keseluruhan kepada 58 kes. Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah berkata kesemua 7 kes yang dilaporkan di Kuching kini dirawat di Hospital Umum Sarawak. 4 daripada kes itu adalah antara kluster yang menghadiri perhimpunan "ijtimak tabligh" di Masjid Sri Petaling di Kuala Lumpur pada 28 Februari hingga 1 Mac. 2 kes adalah kluster gereja tempatan manakala satu lagi kes sedang disiasat.[10] Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri telah mengenalpasti 4 kluster COVID-19 yang lain, selain perhimpunan "ijtimak tabligh" di Masjid Sri Petaling iaitu kluster Gereja Emmanuel Baptist Kuching, kluster Gereja Good News Fellowship, kluster majlis makan malam pengumpulan dana DAP dan kluster hari Josephian di SMK St Joseph Kuching.[11] Pihak Berkuasa Multimedia Sarawak (SMA) telah membuat peranti penjejakan yang akan digunakan oleh mereka yang sedang kuarantin diri di rumah. Peranti itu akan diletakkan pada pergelangan tangan mereka dan kaedah pemetaan digital juga akan digunakan untuk mengenal pasti titik panas jangkitan COVID-19 untuk mengelakkan penyebarannya.

Pada 21 Mac, cawangan Majlis Keselamatan Negara di Sarawak telah mengenal pasti tujuh titik panas berkaitan pandemik, iaitu Serian, Betong, Sarikei, Bintulu, Miri dan Limbang.[12] Pada sebelah petang, dua kematian telah dilaporkan di negeri itu melibatkan seorang wanita berusia 79 tahun dan anaknya yang berusia 40 tahun.[13] Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak melaporkan 10 kes baharu positif di negeri itu (secara inklusif termasuk yang turut meninggal dunia) menjadikan jumlah sebanyak 68 kes.[14]

Pada 22 Mac, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak merekodkan 8 kes baharu positif COVDI-19 menjadikan jumlah kes keseluruhan sebanyak 76 kes.[15]

Pada 23 Mac, Sarawak mengumumkan 2 kematian baharu akibat COVID-19 melibatkan seorang lelaki berusia 49 tahun dari Kuching dan seorang wanita berusia 51 tahun dari Limbang. Negeri itu juga mencatatkan 6 kes positif baharu COVID-19, menjadikan jumlah keseluruhan kes positif sebanyak 82 kes.[16] Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg mengumumkan pakej perubatan khas RM1.15 juta untuk mengurangkan impak COVID-19 kepada negeri.[17]

Pada 24 Mac, Sarawak merekodkan 5 kes baharu positif dengan 2 kes di Hospital Umum Sarawak dan Hospital Sibu dan satu di Hospital Miri. Berdasarkan statistik kluster Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak, salah satu kes baharu itu di Hospital Umum Sarawak dan dua kes di Hospital Sibu ialah dari perhimpunan ijtimak tabligh di Masjid Sri Petaling, Kuala Lumpur manakala dua lagi dikaitkan dengan kluster gereja.[18]

Pada 25 Mac, 4 kes baru direkodkan, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 91.[19] 4 lagi kes baru positif dikesan lada hari berikutnya.[20]

Pada 27 Mac, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak berkata 15 kes baru direkodkan di mana semua kes dirawat di Hospital Umum Sarawak. 7 daripada mereka telah dikesan untuk mempunyai hubungan rapat dengan tiga ahli keluarga yang meninggal dunia akibat kes import dari Itali, 4 dari gereja Good News Fellowship di Kuching dan empat lagi ke perhimpunan tabligh di Masjid Sri Petaling di Kuala Lumpur.[21]

Pada 28 Mac, Sarawak merekodkan 8 kes positif dengan 7 kes dirawat di Hospital Umum Sarawak dan satu di Hospital Sibu. Sarawak juga merekodkan 9 pesakit sembuh dan telah discaj dari hospital.[22] Pada 29 Mac, 11 kes baru direkodkan dengan semua kes dirawat di Hospital Umum Sarawak, menjadikan jumlah keseluruhan kes positif sebanyak 129 kes.[23]

Pada 30 Mac, Sarawak merekodkan 2 kes kematian COVID-19, satu dari Hospital Umum Sarawak dan satu lagi dari Hospital Miri. 6 kes baharu dicatatkan di negeri itu, menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyak 135. Daripada 6 kes baharu tersebut, 3 kes dirawat di Hospital Umum Sarawak, 2 kes di Hospital Miri dan 1 kes di Hospital Sibu.[24] Pada 31 Mac, Sarawak merekodkan kes kematian warganegara asing pertama iaitu seorang warganegara Indonesia yang bekerja sebagai pensyarah. Beliau meninggal dunia di Hospital Umum Sarawak. 21 kes baharu dicatatkan di negeri itu dan 5 kes telah pulih sepenuhnya pada hari itu.[25]

April 2020[sunting | sunting sumber]

Pada 1 April, Sarawak merekodkan 32 kes positif baharu. Daripada 32 kes baharu itu, 31 kes dirawat adalah dari Kuching dan 1 kes dari Samarahan.[26] Pada 2 April, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak berkata 23 kes baharu dicatatkan. Ini menjadikan jumlah kes keseluruhan sebanyak 211 kes. Pada hari yang sama, Sarawak merekodkan 1 lagi kes kematian.[27] 28 kes baharu direkodkan di negeri itu pada hari berikutnya.[28]

Pada 4 April, Sarawak merekodkan 1 lagi kes kematian. Ini menjadikan jumlah kes kematian sebanyak 10 kes. Negeri itu mencatatkan 15 kes positif baharu dengan 13 kes dirawat di Hospital Umum Sarawak dan masing-masing satu kes di Hospital Sibu dan Hospital Miri.[29] Pada 5 April, 10 kes positif dicatatkan dan 2 kes kematian baharu di Hospital Umum Sarawak.[30]

Pada 6 April, 9 kes baharu COVID-19 dicatatkan. Ini menjadikan jumlah kes positif sebanyak 27. Manakala, 34 pesakit positif telah pulih sepenuhnya dan dibenarkan discaj.[31] Pada hari berikutnya, 15 kes baharu dicatatkan di negeri itu dengan 14 kes dirawat di Hospital Umum Sarawak dan satu di Hospital Miri.[32]

Pada 8 April, JPBN Sarawak berkata 18 kes baharu dicatatkan. Ini menjadikan jumlah kes positif sebanyak 306. Manakala, 39 pesakit positif telah pulih sepenuhnya dan dibenarkan discaj.[33]

Pada 9 April, Sarawak mencatatkan satu lagi kes kematian melibatkan seorang pelajar Universiti Malaysia Sarawak yang berumur 23 tahun. Beliau tinggal di Kota Samarahan dan telah dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak pada 30 Mac. Beliau adalah generasi kelima jangkitan kluster Gereja Good News Fellowship di Kuching. Pada hari yang sama, Sarawak juga mencatatkan 6 kes positif baru. Ini menjadikan jumlah kes sebanyak 312. 5 kes dirawat di Hospital Umum Sarawak dan 1 kes di Hospital Bintulu.[34]

Pada 10 April, JPBN Sarawak berkata 15 kes positif dicatatkan di Sarawak. Ini menjadikan jumlah kes positif di Sarawak sebanyak 327. 14 pesakit positif telah pulih sepenuhnya dan dibenarkan discaj daripada hospital. Ini menjadikan jumlah kes sembuh adalah sebanyak 53 kes.[35] 7 kes baharu dicatatkan di Sarawak berturut-turut pada 11 April, 12 April dan 13 April.[36][37][38] Manakala 15 kes baru dicatatkan pada 14 April. Ini menjadikan jumlah kes positif sebanyak 363.[39]

Pada 15 April, Sarawak merekodkan 8 kes positif baru. Kesemua 8 kes baru itu dirawat di Hospital Umum Sarawak. 16 kes baru pula dicatatkan pada hari berikutnya dan menjadikan jumlah kes positif sebanyak 387. Daripada 16 kes baru tersebut, 10 kes adalah dari Kuching, 2 kes dari Miri dan Serian serta 1 kes dari Samarahan dan Bintulu. Pada 17 April, 10 kes baru dicatatkan dan menjadikan jumlah kes positif sebanyak 397.

Pada 18 April, Sarawak mencatatkan 6 kes baru dimana kesemua kes baru dirawat di Hospital Umum Sarawak. Ini menjadikan jumlah kes positif sebanyak 403. 2 pesakit positif telah sembuh dan menjadikan jumlah pesakit sembuh sebanyak 57.[40] Pada 19 April, Sarawak merekodkan 5 kes positif baru dan kesemua kes dirawat di Hospital Umum Sarawak. Ini menjadikan jumlah kes positif sebanyak 408. 5 kes sembuh baru dicatatkan di Hospital Umum Sarawak dan 2 lagi di Hospital Sibu menjadikan jumlah sembuh di negeri ini kepada 64 orang. Pada 20 April, Sarawak mencatatkan 6 kes positif baru di mana 4 kes dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak dan 2 di Hospital Bintulu menjadikan jumlah keseluruhan kes positif menjadi 414. 4 kes sembuh baru dicatatkan di Hospital Umum Sarawak menjadikan jumlah kes sembuh di negeri ini menjadi 68.

Pada 21 April, Sarawak mencatatkan 22 kes positif baru di mana semua kes dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak menjadikan jumlah kes positif menjadi 436. 20 kes sembuh baru dicatatkan di Hospital Umum Sarawak. Ini menjadikan jumlah kes sembuh di negeri ini menjadi 88. 1 kematian dicatatkan melibatkan seorang lelaki berusia 69 tahun yang dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak pada 3 April dan didapati positif COVID-19 pada 7 April. Pada 22 April, Sarawak mencatatkan 19 kes positif baru di mana 18 kes dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak dan satu di Hospital Miri. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif menjadi 455. 17 kes sembuh baru dicatatkan dengan 15 di Hospital Umum Sarawak, masing-masing satu di Hospital Sibu dan Hospital Miri. Ini menjadikan jumlah kes sembuh di negeri ini menjadi 105. 1 lagi kematian dicatatkan melibatkan seorang wanita berusia 72 tahun dari Sri Aman yang dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak pada 20 April dan didapati positif COVID-19 pada 22 April. Pada 23 April, Sarawak mencatatkan 4 kes positif baru di mana 3 kes dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak dan satu di Hospital Miri menjadikan jumlah kes positif menjadi 459. 27 kes sembuh baru dicatatkan dengan 21 kes di Hospital Umum Sarawak, 2 kes di Hospital Sibu, 1 kes di Hospital Bintulu dan 3 di Hospital Miri. Ini menjadikan jumlah kes sembuh di negeri ini kepada 131 orang.

Pada 24 April, Sarawak mencatatkan 9 kes positif baru di mana semua kes dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif menjadi 468. 17 kes sembuh baru dicatatkan dengan 16 di Hospital Umum Sarawak dan satu di Hospital Sibu. Ini menjadikan jumlah kes sembuh di negeri ini menjadi 147. 4 bahagian lagi yang sebelum ini diklasifikasikan sebagai zon kuning iaitu Mukah, Sarikei, Sibu dan Limbang kini diklasifikasikan sebagai zon hijau kerana bahagian ini mencatatkan sifar kes baru dalam 14 hari terakhir. Pada 25 April, Sarawak mencatatkan 10 kes positif baru di mana 9 kes dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak dan satu di Hospital Miri menjadikan jumlah kes positif menjadi 478. 2 kes sembuh baru direkodkan di Hospital Umum Sarawak. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh kepada 150. Pada 26 April, Sarawak mencatatkan 7 kes positif baru di mana 6 kes dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak dan satu di Hospital Miri. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif kepada 485. 29 kes sembuh baru dicatatkan di mana 25 kes dicatatkan di Hospital Umum Sarawak, satu di Hospital Sibu dan 3 di Hospital Miri. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh di negeri ini menjadi 179. Pada 27 April, Sarawak mencatatkan 3 kes positif baru di mana 2 kes dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak dan satu di Hospital Bintulu. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif menjadi 488. 17 kes sembuh baru direkodkan di mana 16 kes di Hospital Umum Sarawak dan satu di Hospital Miri. Ini menjadikan jumlah kes sembuh di negeri ini hingga 194.

Pada 28 April, Sarawak mencatatkan 8 kes positif baru di mana 7 kes dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak dan satu di Hospital Miri. Ini menjadikan jumlah kes positif menjadi 496. 11 kes sembuh baru direkodkan di mana 6 kes dari Hospital Umum Sarawak, 4 di Hospital Miri dan satu di Hospital Sibu. Ini menjadikan jumlah kes sembuh di negeri sebanyak 204. Limbang kini diklasifikasikan sebagai zon kuning lagi dari zon hijau kerana bahagian tersebut mencatatkan 1 kes positif baru. Pada 29 April, Sarawak mencatatkan 6 kes positif baru di mana semua kes dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak. Ini menjadikan jumlah kes positif menjadi 502. 12 kes sembuh baru direkodkan di mana 9 kes dari Hospital Umum Sarawak dan 3 di Hospital Miri. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh kepada 216. Pada 30 April, Sarawak mencatatkan 5 kes positif baru di mana semua kes dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak. Ini menjadikan jumlah kes positif sebanyak 507. 6 kes sembuh baru direkodkan di mana semua kes dari Hospital Umum Sarawak. Ini menjadikan jumlah kes sembuh di negeri ini sebanyak 222. 1 lagi kes kematian dicatatkan di negeri ini melibatkan seorang lelaki berusia 72 tahun dari Kuching yang dimasukkan ke Pusat Jantung Sarawak di Kota Samarahan pada 13 April dan didapati positif COVID-19 pada 18 April.

Mei 2020[sunting | sunting sumber]

Pada 1 Mei, Sarawak mencatatkan 2 kes positif baru di mana semua kes dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak. Ini menjadikan jumlah kes positif menjadi 509. 33 kes sembuh baru direkodkan di mana 32 kes dari Hospital Umum Sarawak dan satu di Hospital Miri. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 255. Betong kini diklasifikasikan sebagai zon hijau dari zon kuning kerana bahagian tersebut mencatatkan sifar kes positif baru dalam 14 hari terakhir. Pada 2 Mei, Sarawak mencatatkan 9 kes positif baru di mana semua kes dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak. Ini menjadikan jumlah kes positif sebanyak 518. 19 kes sembuh baru direkodkan di mana semua kes dari Hospital Umum Sarawak. Ini menjadikan jumlah kes sembuh di negeri ini kepada 271.

Pada 3 Mei, Sarawak mencatatkan 5 kes positif baru di mana 4 kes dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak dan satu di Hospital Sibu menjadikan keseluruhan kes positif menjadi 523. Sibu kini diklasifikasikan sebagai zon kuning semula selepas mencatatkan 1 kes baru di bandar itu. 11 kes sembuh baru direkodkan di mana semua kes dari Hospital Umum Sarawak. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 282. Pada 4 Mei, Sarawak mencatatkan sifar kes positif baru buat pertama kalinya sejak 13 Mac 2020. 19 kes sembuh baru direkodkan di mana 18 kes dari Hospital Umum Sarawak dan satu di Hospital Miri. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh di negeri ini sebanyak 301.

Pada 5 Mei, Sarawak mencatatkan 2 kes positif baru di mana semua kes dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak. Ini menjadikan jumlah kes positif menjadi 525. 9 kes sembuh baru direkodkan di mana 8 kes dari Hospital Umum Sarawak dan satu di Hospital Miri. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 310. Pada 6 Mei, Sarawak mencatatkan 11 kes positif baru di mana kesemua kes dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak. Ini menjadikan jumlah kes positif sebanyak 536. 26 kes sembuh baru direkodkan di mana 25 kes dari Hospital Umum Sarawak dan satu di Hospital Bintulu. Ini menjadikan jumlah kes sembuh di negeri ini kepada 334 orang.

Pada 7 Mei, Sarawak merekodkan 1 kes positif baru dimana kes tersebut dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak. Ini menjadikan jumlah kes positif sebanyak 537. 3 kes sembuh baru direkodkan dari Hospital Umum Sarawak. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 329.[41] Pada 8 Mei, Sarawak merekodkan 1 kes positif baru lagi dimana kes itu juga dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak. Ini menjadikan jumlah kes positif sebanyak 538. 6 kes sembuh baru direkodkan dimana 5 kes dari Hospital Umum Sarawak]] dan satu kes dari Hospital Sibu. Ini menjadikan jumlah kes sembuh sebanyak 334.[42]

Statistik[sunting | sunting sumber]

Kes mengikut bahagian
Tarikh Kuching Samarahan Miri Serian Betong Bintulu Limbang Sarikei Sibu Sri Aman Mukah Jumlah Kumulatif Sumber
13/3 1 2 3 3 [1]
14/3 3 1 2 6 9 [2]
15/3 1 8 1 1 11 20 [3]
16/3 6 1 1 4 1 1 14 34 [4]
17/3 6 1 4 11 45 [6]
18/3 2 1 1 1 5 50 [7]
19/3 1 1 51 [9]
20/3 7 7 58 [10]
21/3 3 2 2 2 1 10 68 [14]
22/3 7 1 8 76 [15]
23/3 6 6 82 [16]
24/3 2 1 2 5 87 [18]
25/3 3 1 4 91 [19]
26/3 3 1 4 95 [20]
27/3 14 1 15 110 [21]
28/3 5 1 1 1 8 118 [22]
29/3 6 5 11 129 [23]
30/3 3 2 1 6 135 [24]
31/3 16 2 1 1 1 21 156 [25]
1/4 31 1 32 188 [26]
2/4 13 8 2 23 211 [27]
3/4 19 5 2 1 1 28 239 [28]
4/4 13 1 1 15 254 [29]
5/4 5 3 1 1 10 264 [30]
6/4 8 1 9 273 [31]
7/4 8 6 1 15 288 [32]
8/4 10 4 2 1 1 18 306 [33]
9/4 4 1 1 6 312 [34]
10/4 13 1 1 15 327 [35]
11/4 3 3 1 7 334 [36]
12/4 6 1 7 341 [37]
13/4 7 7 348 [38]
14/4 13 2 15 363 [39]
15/4 5 3 8 371 [43]
16/4 10 1 2 2 1 16 387 [44]
17/4 3 4 2 1 10 397 [45]
18/4 4 1 1 6 403 [40]
19/4 5 5 408 [46]
20/4 4 2 6 414 [47]
21/4 15 6 1 22 436 [48]
22/4 7 9 1 2 19 455 [49]
23/4 3 1 4 459 [50]
24/4 7 1 1 9 468 [51]
25/4 6 3 1 10 478 [52]
26/4 1 5 1 7 485 [53]
27/4 1 1 1 3 488 [54]
28/4 4 3 1 8 496 [55]
29/4 3 2 1 6 502 [56]
30/4 5 5 507 [57]
1/5 2 2 509 [58]
2/5 5 2 2 9 518 [59]
3/5 1 3 1 5 523 [60]
4/5 Tiada kes 0 523 [61]
5/5 1 1 2 525 [62]
6/5 6 3 2 11 536 [63]
7/5 1 1 537 [41]
8/5 1 1 538 [42]
Jumlah 329 109 23 20 16 12 10 6 6 3 2 538 Kumulatif Sumber


Statistik Hospital[64]
Hospital Positif Sembuh Meninggal dunia Aktif
Hospital Umum Sarawak[a] 463 289 62.4% 15 3.2% 159 34.3%
Hospital Miri 33 28 84.8% 2 6.1% 3 9.1%
Hospital Sibu 30 14 46.7% 0 0% 16 53.3%
Hospital Bintulu 12 3 25% 0 0% 9 75%
Jumlah 538 334 62.1% 17 3.2% 187 34.8%
  1. ^ termasuk kes kematian dari Pusat Perubatan Borneo.

Langkah pencegahan oleh kerajaan negeri[sunting | sunting sumber]

Perintah Kawalan Pergerakan negeri selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan 18 Mac–14 April seluruh negara[sunting | sunting sumber]

Pada 16 Mac, Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg mengumumkan beberapa langkah pergerakan bagi membendung jangkitan COVID-19 daripada terus merebak ke seluruh negeri itu. Beberapa langkah pergerakan yang dilaksanakan adalah[65]:

  1. Semua sekolah di Sarawak telah dinasihatkan untuk memanjangkan cuti sekolah untuk seminggu lagi sehingga 29 Mac 2020.
  2. Semua prasekolah, tadika dan sekolah tahfiz seluruh negeri diarahkan untuk ditutup selama dua minggu bermula 17 Mac 2020.
  3. Institusi pengajian tinggi, termasuk kerajaan dan swasta, diminta untuk menangguhkan sesi akademik baharu mereka selama dua minggu, berkuatkuasa 17 Mac 2020.
  4. Semua majlis rasmi kerajaan negeri melibatkan lebih 50 orang akan dibatalkan dan ditangguhkan sehingga notis lanjut.
  5. Semua pelawat (luar negara dan domestik) yang datang ke Sarawak serta rakyat Sarawak yang pulang ke negeri akan dikenakan notis duduk di rumah (SHN) selama 14 hari. Ini turut melibatkan penduduk Sarawak, dan pemegang pas jangka panjang dan jangka pendek yang akan berkuatkuasa pada 18 Mac 2020.
  6. Agensi-agensi yang berkaitan akan memantau pemegang notis duduk di rumah melalui kunjungan secara rawak, panggilan telefon dan aplikasi teknologi moden.
  7. Semua orang dinasihatkan untuk mengamalkan kebersihan diri yang tinggi dan mengamalkan penjarakan sosial secara tegas.

Pada 18 Mac, kerajaan negeri Sarawak telah menasihatkan semua pejabat kerajaan (kecuali perkhidmatan penting), premis perniagaan (kecuali premis perniagaan yang berurusan dengan keperluan harian) dan kilang-kilang (kecuali kilang yang berada di Samalaju, Hi-Tech Samajaya, dan kilang papan lapis yang dibenarkan beroperasi dengan kakitangan minimum) akan ditutup. Restoran dan tempat makan dibenarkan untuk dibuka dan beroperasi hanya untuk bawa pulang (minum/makan di premis adalah dilarang). Orang ramai dibenarkan keluar rumah, tetapi hanya untuk membeli barang keperluan, barangan dan bekerja di perkhidmatan penting sahaja.[8]

Pada 19 Mac, Kerajaan Sarawak dan Kementerian Perumahan memerintahkan semua premis dan gerai makanan untuk ditutup pada jam 8 malam (UTC+8) setiap hari sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan 2020.[66]

Pada 20 Mac, semua kedai makanan segera (termasuk perkhidmatan pandu lalu) dan pasar raya akan berhenti beroperasi pada jam 8 malam (UTC+8) tetapi kedai serbaneka dan stesen minyak akan beroperasi seperti biasa.[67]

Pada 22 Mac, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak berkata pasar raya dan pasar raya besar, pasaran, kedai kopi, klinik swasta, restoran, kedai serbaneka 24 jam dan stesen minyak di negeri itu menghentikan operasi dari 7 malam hingga 7 pagi (UTC+8) bermula 24 Mac.[68]

Pada 25 Mac, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri dalam satu mesyuarat yang bersetuju untuk membenarkan kedai haiwan peliharaan dan klinik veterinar untuk menjalankan perniagaan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dari 7AM hingga 7PM dengan serta-merta.[19]

Pada 26 Mac, Ketua Menteri Sarawak telah mengeluarkan arahan bagi memastikan terdapat bekalan makanan yang berterusan[20]:

  1. Petani, penternak dan nelayan boleh meneruskan kerja harian mereka.
  2. Petani, penternak dan nelayan dibenarkan untuk menjual hasilan mereka di tempat yang telah dipersetujui oleh majlis kerajaan tempatan dari jam 7 pagi hingga 7 petang.

Amaran perjalanan luar negara dan domestik serta pengaturan kuarantin[sunting | sunting sumber]

Amaran berikut dan pengaturan kuarantin untuk perjalanan masuk dan keluar ke negeri adalah terpakai untuk kedua-dua warga asing dan rakyat Malaysia termasuk penduduk Sarawak:

Peringkat amaran Negara Tarikh penguatkuasaan Status Nota
Dilarang  China 1 Februari 2020 Berkuatkuasa Sebagai respon kepada pandemik koronavirus 2020 di Tanah Besar China, kerajaan negeri telah menolak kemasukan semua warganegara China dan pelancong yang telah melawat China.[69]
Dilarang  Korea Selatan 28 Februari 2020 Berkuatkuasa Sebagai respon kepada pandemik koronavirus 2020 di Korea Selatan, kerajaan negeri telah menolak kemasukan semua warganegara Korea Selatan dan pelancong yang telah melawat Korea Selatan.[70]
Dilarang  Denmark 14 Mac 2020 Berkuatkuasa Sebagai respon kepada pandemik koronavirus 2020 di Denmark dan perintah berkurung negara itu, kerajaan Malaysia telah mengumumkan larangan perjalanan ke negara itu.[71]
Dilarang  Iran

 Itali

4 Mac 2020 Berkuatkuasa Sebagai respon kepada pandemik koronavirus 2020 di Iran dan Itali, kerajaan negeri telah menolak kemasukan semua warganegara Iran dan Itali serta pelancong yang telah melawat salah satu negara itu.[72]
Dinasihatkan  Brunei

 Indonesia

 Jepun

 Singapura

Berkuatkuasa Pelawat dan rakyat Malaysia yang telah melawat Singapura, Brunei, Indonesia dan Jepun mesti mematuhi garis panduan pencegahan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kesihatan negeri di semua pintu masuk ke Sarawak.[73]

Larangan kepada imigresen[sunting | sunting sumber]

Pada 29 Januari, semua pengunjung yang memasuki Sarawak dikehendaki mengisytiharkan status kesihatan mereka sebagai sebahagian daripada usaha untuk membendung jangkitan COVID-19 di negeri itu di mana mereka dikehendaki mengisi borang perisytiharan kesihatan yang disediakan di semua pintu masuk negeri itu, termasuk pusat pemeriksaan sempadan dan kapal-kapal terbang. Peraturan ini juga digunakan untuk pengunjung memandu kenderaan yang tiba melalui feri dari Labuan dan penumpang penerbangan dari Taman Negara Mulu kerana terdapat penerbangan langsung dari Kota Kinabalu ke lokasi.[74]

Pada 21 Mac, Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari berkata semua pos sempadan di Sarawak akan ditutup dengan segera untuk mencegah penyebaran COVID-19 kecuali Kastam, Imigresen dan Kuarantin Kompleks (CIQ) antara Sarawak dan Brunei (Sungai Tujuh, Tedungan, Pandaruan dan Mengkalap) akan dibuka dari 6AM hingga 8PM (UTC+8) manakala CIQ antara Sarawak dan Kalimantan (Tebedu, Biawak dan Lubok Antu) akan dibuka antara 9AM dan 3PM (UTC+8).[75]

Larangan himpunan besar[sunting | sunting sumber]

Pada 15 Mac, sejurus selepas peningkatan mendadak kes yang berkaitan dengan perhimpunan tabligh di Masjid Sri Petaling di Kuala Lumpur pada 28 Februari hingga 1 Mac, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri dalam satu kenyataan berkata semua perhimpunan kerajaan dan awam yang melibatkan penyertaan lebih daripada 50 orang di Sarawak mesti ditangguhkan ke suatu tarikh kemudian.[76]

Dana dan bantuan terhadap pandemik[sunting | sunting sumber]

Pada 23 Mac, Toh Puan Datuk Patinggi Raghad Kurdi Taib, isteri Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud, telah mendermakan RM60,000 kepada Hospital Umum Sarawak sebagai usaha membanteras pandemik COVID-19.[77] Ketua Menteri Sarawak mengumumkan pakej bantuan khas Sarawakku Sayang sebanyak RM1.15 bilion termasuk 16 pendekatan untuk mengurangkan impak COVID-19 terhadap negeri[17]:

  1. Pengguna Domestik, Komersial dan Perindustrian diberi diskaun lima peratus kepada 25 peratus pada bil elektrik bulanan bagi bulan April hingga September 2020.
  2. Pengguna Domestik, Komersial dan Perindustrian diberi diskaun sebanyak 10 peratus kepada 25 peratus pada bil bulanan mereka bulan April hingga September 2020.
  3. Orang Sarawak dari kategori berpendapatan rendah, kumpulan B40 akan disediakan bayaran bulanan sebanyak RM250 untuk 6 bulan.
  4. Insentif bulanan untuk kakitangan barisan hadapan yang terlibat dalam COVID-19.
  5. Diskaun 50 peratus untuk sewa pasaran dan gerai yang meliputi tempoh enam bulan sehingga September 2020.
  6. Pengecualian yuran permit dan lesen untuk peniaga, penjaja, peniaga pasar malam, tamu dan bazaar Ramadhan.
  7. Diskaun 25 peratus ke atas kadar taksiran tahunan keatas atas RM400 yang diberikan kepada kediaman, premis komersial dan perindustrian pada tahun 2020.
  8. Penangguhan pembayaran balik pinjaman untuk Skim Pinjaman Industri Kecil dan Sederhana (SPIKS).
  9. Tambahan RM20 juta bagi PKS untuk mengembangkan perniagaan mereka dan untuk mengekalkan perniagaan mereka.
  10. Diskaun 30 peratus untuk bayaran sewa tanah kepada semua kegunaan tanah untuk tahun 2020.
  11. Penangguhan premium tanah.
  12. Kerajaan Sarawak telah membuat tempahan dua juta keping topeng muka untuk diedarkan secara percuma kepada orang Sarawak melalui Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri.
  13. Menyediakan sokongan berdedikasi kepada doktor dan pelatih di barisan hadapan untuk ujian saringan, diagnosis, dan merawat pesakit berisiko COVID-19.
  14. Menyediakan sokongan berdedikasi bekalan makanan kepada doktor dan pengamal di barisan hadapan untuk ujian saringan, diagnosis, dan merawat pesakit berisiko COVID-19.
  15. Diskaun 50 peratus untuk penyewaan skim sewa HDC Houses yang meliputi tempoh enam (6) bulan sehingga September 2020.

Pada 25 Mac, katil utama perubatan/penjagaan kesihatan, Periferal dan penyedia aksesori LKL International Bhd (LKL International) akan membekalkan Peralatan Perlindungan Peribadi (PPE) bernilai RM6.6 juta kepada kerajaan negeri Sarawak untuk pengedaran seterusnya ke hospital awam di bawah Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak dan kakitangan penjagaan kesihatan barisan hadapan dalam pertempuran mereka terhadap COVID-19.[78]

Pada 26 Mac, Sarawak telah menerima 20,000 topeng muka dari wilayah Fujian, China. Kerajaan wilayah Fujian menyumbangkan topeng muka ini sebagai perjanjian persahabatan dengan Sarawak, melalui konsulat China. Kerajaan wilayah Fujian juga menyediakan bantuan melalui sesi persidangan video antara pakar perubatan dan mereka yang berada di Sarawak. Kerajaan wilayah Shandong, yang merupakan negari persahabatan dengan Sarawak, akan menghantar lebih banyak topeng melalui konsulat pada minggu yang akan datang.[79]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Ling, Sharon (13 Mac 2020). "Sarawak's first three Covid-19 cases traced to Sri Petaling Mosque". The Star. Diarkib daripada yang asal pada 18 Mac 2020. Dicapai pada 17 Mac 2020.
  2. ^ a b "Six new Covid-19 cases in Sarawak". The Star. 14 Mac 2020. Diarkib daripada yang asal pada 18 Mac 2020. Dicapai pada 17 Mac 2020 – melalui Daily Express.
  3. ^ a b Tawie, Sulok (15 Mac 2020). "Covid-19: Sarawak DAP orders lawmakers, members who had close contact with Sarikei MP to self-quarantine". The Malay Mail. Diarkib daripada yang asal pada 18 Mac 2020. Dicapai pada 17 Mac 2020.
  4. ^ a b Tawie, Sulok (16 Mac 2020). "State Health Dept is monitoring Sarikei MP's condition, says Sarawak CM". The Malay Mail. Diarkib daripada yang asal pada 18 Mac 2020. Dicapai pada 17 Mac 2020.
  5. ^ "Hammer thrower Jackie Wong first national athlete tested positive for Covid-19". Bernama. 16 Mac 2020. Diarkib daripada yang asal pada 18 Mac 2020. Dicapai pada 17 Mac 2020 – melalui Borneo Post.
  6. ^ a b Ling, Sharon (17 Mac 2020). "Pastor from Sarawak is first Covid-19 fatality in Malaysia". The Star. Diarkib daripada yang asal pada 18 Mac 2020. Dicapai pada 17 Mac 2020.
  7. ^ a b C, Irene (18 Mac 2020). "Covid-19: Five new confirmed cases recorded in Sarawak, total at 50". Borneo Post. Diarkib daripada yang asal pada 18 Mac 2020. Dicapai pada 18 Mac 2020.
  8. ^ a b [INFOGRAFIK] Perintah Kawalan Pergerakan Sarawak [[INFOGRAPHIC] Sarawak Movement Control Order] (video) (0:45) (dalam bahasa Malay). 18 Mac 2020. Dicapai pada 18 Mac 2020 – melalui Astro Awani.Selenggaraan CS1: bahasa tidak dikenali (link)
  9. ^ a b "Covid-19: Only one positive case recorded in Sarawak today, total at 51". Borneo Post. 19 Mac 2020. Diarkib daripada yang asal pada 19 Mac 2020. Dicapai pada 19 Mac 2020.
  10. ^ a b Ling, Sharon (20 Mac 2020). "Sarawak recorded 7 new positive Covid-19 cases". The Star. Diarkib daripada yang asal pada 20 Mac 2020. Dicapai pada 20 Mac 2020.
  11. ^ Tawie, Sulok (20 Mac 2020). "Sarawak identifies four possible Covid-19 clusters". The Malay Mail. Diarkib daripada yang asal pada 20 Mac 2020. Dicapai pada 20 Mac 2020.
  12. ^ Affendi Khalik, Rudi (21 Mac 2020). "Sarawak kenal pasti tujuh lokasi panas COVID-19" [Sarawak identified seven COVID-19 hotspots]. Astro Awani. Dicapai pada 21 Mac 2020.
  13. ^ Tawie, Sulok (21 Mac 2020). "Sarawak independently reports two more Covid-19 deaths". The Malay Mail. Diarkib daripada yang asal pada 21 Mac 2020. Dicapai pada 21 Mac 2020.
  14. ^ a b Ling, Sharon (21 Mac 2020). "Sarawak reports 10 new cases". The Star. Diarkib daripada yang asal pada 21 Mac 2020. Dicapai pada 21 Mac 2020.
  15. ^ a b Ten, Marilyn (22 Mac 2020). "Sarawak records 8 new positive cases". Borneo Post. Diarkib daripada yang asal pada 22 Mac 2020. Dicapai pada 22 Mac 2020.
  16. ^ a b "Sarawak records two more Covid-19 deaths". Free Malaysia Today. 23 Mac 2020. Diarkib daripada yang asal pada 23 Mac 2020. Dicapai pada 23 Mac 2020.
  17. ^ a b Ling, Sharon (23 Mac 2020). "Sarawak announces RM1.15bil aid to mitigate Covid-19 impact". The Star. Diarkib daripada yang asal pada 23 Mac 2020. Dicapai pada 23 Mac 2020.
  18. ^ a b Kong, Joash (24 March 2020). "Sarawak records 5 new positive cases". Borneo Post. Diarkib daripada yang asal pada 25 March 2020. Dicapai pada 25 March 2020.
  19. ^ a b c "4 new positive cases in Sarawak". Borneo Post. 26 March 2020. Diarkib daripada yang asal pada 26 March 2020. Dicapai pada 26 March 2020.
  20. ^ a b c Aubrey, Samuel (26 March 2020). "Sarawak detects 4 new Covid-19 positive cases today, total stands at 95". Borneo Post. Diarkib daripada yang asal pada 26 March 2020. Dicapai pada 26 March 2020.
  21. ^ a b "Sarawak records 15 new Covid-19 cases". Free Malaysia Today. 27 March 2020. Diarkib daripada yang asal pada 28 March 2020. Dicapai pada 28 March 2020.
  22. ^ a b Edgar, Nigel (28 March 2020). "8 new positive cases recorded in Sarawak". Borneo Post. Diarkib daripada yang asal pada 28 March 2020. Dicapai pada 29 March 2020.
  23. ^ a b Aubrey, Samuel (29 March 2020). "Sarawak records 11 new positive Covid-19 cases". Borneo Post. Diarkib daripada yang asal pada 29 March 2020. Dicapai pada 29 March 2020.
  24. ^ a b Ling, Sharon (30 March 2020). "Sarawak records two more Covid-19 deaths". The Star. Diarkib daripada yang asal pada 31 March 2020. Dicapai pada 31 March 2020.
  25. ^ a b Ling, Sharon (31 March 2020). "Sarawak records 21 new cases and 1 death ". The Star. Diarkib daripada yang asal pada 31 March 2020. Dicapai pada 31 March 2020.
  26. ^ a b Ten, Marilyn (1 April 2020). "32 new positive cases reported in Sarawak". Borneo Post (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 1 April 2020.
  27. ^ a b Ling, Sharon (3 April 2020). "Sarawak records one death on April 2". The Star. Diarkib daripada yang asal pada 3 April 2020. Dicapai pada 3 April 2020.
  28. ^ a b Aubrey, Samuel (3 April 2020). "28 new positive cases detected in Sarawak". Borneo Post (dalam bahasa Inggeris). Diarkib daripada yang asal pada 3 April 2020. Dicapai pada 3 April 2020.
  29. ^ a b Tawie, Sulok (4 April 2020). "Sarawak Covid-19 death toll rises to 10, 15 new positive cases recorded". The Malay Mail. Diarkib daripada yang asal pada 5 April 2020. Dicapai pada 5 April 2020.
  30. ^ a b Ling, Sharon (5 April 2020). "Two die, death toll now at 12 in Sarawak". The Star. Diarkib daripada yang asal pada 6 April 2020. Dicapai pada 6 April 2020.
  31. ^ a b Chiam, Antonia (6 April 2020). "Nine new positive cases detected in Sarawak, total at 273". Borneo Post (dalam bahasa Inggeris). Diarkib daripada yang asal pada 7 April 2020. Dicapai pada 7 April 2020.
  32. ^ a b Kong, Joash (7 April 2020). "15 new positive cases detected in Sarawak, total at 288". Borneo Post (dalam bahasa Inggeris). Diarkib daripada yang asal pada 8 April 2020. Dicapai pada 8 April 2020.
  33. ^ a b Edgar, Nigel (8 April 2020). "18 new positive cases recorded in Sarawak, total at 306". Borneo Post (dalam bahasa Inggeris). Diarkib daripada yang asal pada 9 April 2020. Dicapai pada 9 April 2020.
  34. ^ a b Ling, Sharon (9 April 2020). "Varsity student 13th Covid-19 fatality in Sarawak". The Star. Diarkib daripada yang asal pada 10 April 2020. Dicapai pada 10 April 2020.
  35. ^ a b C., Irene (10 April 2020). "Sarawak records 15 new positive cases, total at 327". Borneo Post (dalam bahasa Inggeris). Diarkib daripada yang asal pada 11 April 2020. Dicapai pada 11 April 2020.
  36. ^ a b Edgar, Nigel (11 April 2020). "Seven new positive cases recorded, total at 334". Borneo Post (dalam bahasa Inggeris). Diarkib daripada yang asal pada 12 April 2020. Dicapai pada 12 April 2020.
  37. ^ a b Ten, Marilyn (12 April 2020). "Covid-19 claims another life in Sarawak today, death toll at 14". Borneo Post (dalam bahasa Inggeris). Diarkib daripada yang asal pada 12 April 2020. Dicapai pada 12 April 2020.
  38. ^ a b Tawie, Sulok (13 April 2020). "Sarawak records seven new Covid-19 cases today". Malay Mail (dalam bahasa Inggeris). Diarkib daripada yang asal pada 13 April 2020. Dicapai pada 13 April 2020.
  39. ^ a b Edgar, Nigel (14 April 2020). "15 new positive cases recorded in Sarawak, total at 363". Borneo Post (dalam bahasa Inggeris). Diarkib daripada yang asal pada 15 April 2020. Dicapai pada 15 April 2020.
  40. ^ a b Chiam, Antonia (18 April 2020). "Six new positive cases recorded in Sarawak, total at 403". Borneo Post (dalam bahasa Inggeris). Diarkib daripada yang asal pada 18 April 2020. Dicapai pada 18 April 2020.
  41. ^ a b Ten, Marilyn (7 May 2020). "One positive case recorded in Sarawak today, total at 537". Borneo Post (dalam bahasa Inggeris). Diarkib daripada yang asal pada 7 May 2020. Dicapai pada 7 May 2020.
  42. ^ a b Chiam, Antonia (8 May 2020). "One positive case recorded in Sarawak, total at 538". Borneo Post (dalam bahasa Inggeris). Diarkib daripada yang asal pada 8 May 2020. Dicapai pada 8 May 2020.
  43. ^ Chiam, Antonia (15 April 2020). "8 new positive cases detected in Sarawak, total stands at 371". Borneo Post (dalam bahasa Inggeris). Diarkib daripada yang asal pada 16 April 2020. Dicapai pada 16 April 2020.
  44. ^ How Pim, Lim (16 April 2020). "16 new positive cases recorded in Sarawak today, total at 387". Borneo Post (dalam bahasa Inggeris). Diarkib daripada yang asal pada 16 April 2020. Dicapai pada 16 April 2020.
  45. ^ Ling, Sharon (17 April 2020). "Sarawak records 10 new cases on April 17". The Star. Diarkib daripada yang asal pada 17 April 2020. Dicapai pada 17 April 2020.
  46. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan :30 tidak disediakan
  47. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan :31 tidak disediakan
  48. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan :32 tidak disediakan
  49. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan :33 tidak disediakan
  50. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan :34 tidak disediakan
  51. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan :35 tidak disediakan
  52. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan :36 tidak disediakan
  53. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan :37 tidak disediakan
  54. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan :38 tidak disediakan
  55. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan :39 tidak disediakan
  56. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan :40 tidak disediakan
  57. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan :41 tidak disediakan
  58. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan :42 tidak disediakan
  59. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan :43 tidak disediakan
  60. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan :44 tidak disediakan
  61. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan :45 tidak disediakan
  62. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan :46 tidak disediakan
  63. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan :47 tidak disediakan
  64. ^ "Sarawak Disaster Information". Dicapai pada 17 March 2020 – melalui Facebook.
  65. ^ Povera, Adib (16 March 2020). "Covid-19: Sarawak schools to shut, or have holidays extended". New Straits Times. Diarkib daripada yang asal pada 18 March 2020. Dicapai pada 17 March 2020.
  66. ^ How Pim, Lim (19 Mac 2020). "Sarawak orders all eateries to close at 8pm during Movement Control Order". Borneo Post. Diarkib daripada yang asal pada 19 Mac 2020. Dicapai pada 19 Mac 2020.
  67. ^ Lumandan, Larissa (20 March 2020). "Sarawak to put digital cuffs on quarantine cases". Free Malaysia Today. Diarkib daripada yang asal pada 20 March 2020. Dicapai pada 20 March 2020.
  68. ^ Ten, Marilyn (22 Mac 2020). "Essential stores and services statewide to close 7pm onwards starting Mac 24". Borneo Post. Diarkib daripada yang asal pada 22 Mac 2020. Dicapai pada 22 Mac 2020.
  69. ^ "Sarawak bars visitors with recent travel history to China". Bernama. 1 February 2020. Dicapai pada 1 February 2020.
  70. ^ "Foreigners who have been to S. Korea in last fortnight banned". The Borneo Post. 1 March 2020. Diarkib daripada yang asal pada 14 March 2020. Dicapai pada 14 March 2020.
  71. ^ Pei Ying, Teoh (12 March 2020). "Travel ban on Denmark from Saturday". New Straits Times. Diarkib daripada yang asal pada 14 March 2020. Dicapai pada 14 March 2020.
  72. ^ Ling, Sharon (4 March 2020). "S'wak bans Italian and Iranian travellers, after China and South Korea". The Star. Diarkib daripada yang asal pada 14 March 2020. Dicapai pada 14 March 2020.
  73. ^ Ling, Sharon (5 March 2020). "Sarawak extends entry ban on four countries". The Star. Dicapai pada 25 March 2020.
  74. ^ "Sarawak enforces health status declaration at entry points". Daily Express. 30 January 2020. Dicapai pada 25 March 2020.
  75. ^ Lumandan, Larissa (21 March 2020). "Border posts in Sarawak to be closed except those with Brunei, Kalimantan". Free Malaysia Today. Diarkib daripada yang asal pada 21 March 2020. Dicapai pada 21 March 2020.
  76. ^ "Sarawak orders gatherings involving more than 50 postponed". Bernama. 15 March 2020. Diarkib daripada yang asal pada 18 March 2020. Dicapai pada 17 March 2020 – melalui New Straits Times.
  77. ^ Chua, Sam (23 March 2020). "Raghad donates RM60,000 to Sarawak General Hospital". Borneo Post. Diarkib daripada yang asal pada 24 March 2020. Dicapai pada 27 March 2020.
  78. ^ "LKL International to supply RM6.6 million worth of PPE to Sarawak govt". Borneo Post. 25 March 2020. Diarkib daripada yang asal pada 26 March 2020. Dicapai pada 26 March 2020.
  79. ^ "Sarawak receives 20,000 face masks from China's Fujian province". The Star. 26 March 2020. Diarkib daripada yang asal pada 27 March 2020. Dicapai pada 27 March 2020.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]