Pandemik kolera 1817–1824

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pandemik kolera pertama
PenyakitKolera
Asal wabakKolkata, India British
Tarikh1817-1824
Kematian
Tidak diketahui, 30.000 di Bangkok

Pandemik kolera pertama (1817-24), juga disebut sebagai pandemik kolera Asiatik pertama (first Asiatic cholera pandemic) atau kolera Asiatik (Asiatic cholera), bermula di bandar Kolkata dan merebak cepat melalui Asia Tenggara ke Timur Tengah, bahagian timur Afrika dan garis pantai Laut Mediterranean.[1][2] Kolera atau taun telah dikenalpasti mampu merebak ke seluruh penjuru India, namun kali ini, wabak ini meluas hingga China dan Laut Mediterranean sebelum akhirnya reda. Ratusan ribu orang meninggal akibat pandemik ini, termasuk perajurit Britan, yang kematiannya menarik perhatian Eropah. Wabak ini ialah yang pertama dari beberapa pandemk kolera yang menjangkiti Asia dan Eropah pada abad ke-19 dan 20. Pandemik pertama ini tersebar luas hingga daerah yang tidak dikenalpasti sebelum ini dan menjangkiti hampir semua negara di Asia.

Asal-usul dan sebaran awal[sunting | sunting sumber]

Taun atau kolera ialah penyakit yang endemik di dataran rendah Sungai Gangga.[1] Pada masa perayaan, jemaah haji sering mengidap penyakit itu di sana dan membawanya kembali ke bahagian lain di India, di mana ia akan menyebar, kemudian mereda. Pandemik kolera pertama bermula sama, sebagai wabak yang disyaki telah bermula pada tahun 1817 di bandar Jessore.[3] Beberapa ahli sains dan sejarawan perubatan menyatakan bahawa pandemik ini bermula secara global dari sebuah ritual penyembahan Hindu bernama Kumbh Mela yang diadakan di bahagian atas Sungai Gangga.[4] Wabak kolera telah terjadi sebelumnya di dekat Purnia di Bihar, tetapi ahli sains menilainya sebagai peristiwa terpisah. Di tahun 1817, kolera mulai menyebar di luar delta Sungai Gangga. Pada September 1817, wabak ini mencapai kota Kolkata di Teluk Bengal dan tersebar dengan pantas ke seluruh India. Pada tahun 1818, wabak kolera merebak di Bombay, di pantai sisi barat.

Jumlah kematian[sunting | sunting sumber]

Jumlah kematian akibat pandemik ini tidak diketahui. Ahli sains dari daerah berkaitan menganggarkan jumlah kematian. Pada April 1825, di Semarang, 1.225 orang meninggal dalam waktu 11 hari.[1]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c Hays, JN (2005). Epidemics and Pandemics: Their Impacts on Human History. ABC-CLIO. m/s. 193. ISBN 1-85109-658-2.
  2. ^ "Cholera's seven pandemics". Canadian Broadcasting Corporation. December 2, 2008. Dicapai pada 2008-12-11. The first known pandemic of cholera originated in the Ganges River delta in India. The disease broke out near Calcutta and spread through the rest of the country. By the early 1820s, colonization and trade had carried the disease to Southeast Asia, central Asia, the Middle East, eastern Africa, and the Mediterranean coast. The death toll from this outbreak is not known, but based on the 10,000 recorded deaths among British troops, researchers estimate that hundreds of thousands across India succumbed to the disease. In 1820, 100,000 people died on the Indonesian island of Java alone. By 1823, cholera had disappeared from most of the world, except around the Bay of Bengal.
  3. ^ Dhiman Barua, William B. Greenough III, Cholera. p. 6
  4. ^ Susan R. Holman, Beholden: Religion, Global Health, and Human Rights. p. 37

Pautan luar[sunting | sunting sumber]