Pandora

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Gambaran Pandora (1896) lukisan John William Waterhouse.

Pandora (Bahasa Yunani: Πανδώρα) merupakan wanita pertama diciptakan Hephaistos searahan Zeus[1][2] menurut mitologi Yunani.

Dia dikenali melalui suatu penceritaan di mana dia dikatakan telah membuka suatu bekas berupa balang atau tempayan yang dipercayai telah melepaskan segala kejahatan dan kesengsaraan yang ada dalam alam manusia; kisah ini menjadi bahan perumpamaan untuk menggambarkan sebarang benda yang tidak patut diungkitkan agar keadaan tidak memburuk.[3]

Penceritaan[sunting | sunting sumber]

Namanya datang dari πᾶν, pān, "segala" dan δῶρον dōron "hadiah" maka menjadi "dikurniakan segalanya".[4]

Terdapat dua versi di mana cerita Pandora mula dikisahkan: versi pertama dikarang dalam sajak Theogonía karya Hesiodos manakala versi kedua dikarang dalam almanak Erga kai Hēmerai juga dikarang beliau, versi kedua inilah yang paling dimasyhur diketahui sepanjang zaman.

Dalam Theogonia[sunting | sunting sumber]

Dalam Erga kai Hemerai[sunting | sunting sumber]

Seberapa dewa-dewi lain diceritakan turut mengurniakan sifat tertentu kepada wanita ciptaan Hephaistos (bait ke-63 hingga 82): Athena mengajarkannya menjahit dan menenun (63–4); Aphrodite memberikannya sifat kerinduan (65–6); Hermes memberikan "pemikiran tanpa rasa malu dan sifat berhelah" (67–8) dan kemahiran licik berkata-kata (77–80) selain menamakannya. Athena dan adik-beradik dewi Kharis masing-masing mengurniakannya pakaian (72) dan barangan kemas (72–4) sambil dewi-dewi musim memahkotakan Pandora (75).

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Scatter-brained [of Zeus the woman, the maiden whom he had formed." (Hesiod, Theogonía, 510 ff - terjemahan bahasa Inggeris oleh Hugh G. White)
  2. ^ Grimal, Pierre (1990). "Pandora". Dalam Kershaw, Stephen (penyunting). A concise dictionary of Classical Mythology. A. R. Maxwell-Hyslop (translator). Oxford: Basil Blackwell Ltd. ISBN 0-631-16696-3.
  3. ^ "Word of the Day: Pandora's box". Macmillan Dictionary Blog. 2017. Dicapai pada 7 Januari 2021.
  4. ^ Templat:LSJ, Templat:LSJ; Evelyn-White, note to Hesiod, Works and Days Schlegel and Weinfield, "Introduction to Hesiod" p. 6; Meagher, p. 148; Samuel Tobias Lachs, "The Pandora-Eve Motif in Rabbinic Literature", The Harvard Theological Review, Vol. 67, No. 3 (July 1974), pp. 341–345.