Panggung opera

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Metropolitan Opera terletak di bandaraya New York, gambar diambil dari Lincoln Center Plaza

Panggung opera merupakan bangunan teater di mana opera dipersembahkan. Walaupun teater sebegini dibina khusus untuk persembahan opera, namun lain-lain persembahan seni juga turut dipersembahkan di panggung opera. Antara contoh panggung opera yang kerap mementaskan lain-lain persembahan seni termasuklah Sydney Opera House dan Istana Budaya. Namun, kebanyakan panggung opera terkenal dunia lebih kerap mementaskan opera yang diikuti dengan satu musim tarian balet. Panggung opera yang pertama dibuka kepada orang ramai ialah Teatro San Cassiano di Venice, Itali yang dibuka pada tahun 1637.

Ciri-ciri panggung opera[sunting | sunting sumber]

Portal:Panggung opera Portal Muzik klasikal

Ciri-ciri dalaman panggung opera terutamanya dari segi alatan teknikal dan pentas adalah tidak sama dengan pentas drama teater biasa. Ini juga diikuti dengan susunan tempat duduk penonton dan pit pemain orkestra. Oleh itu, tidak semua "teater" boleh digelar sebagai "panggung opera".

New York State Theater di Lincoln Center

Oleh kerana kebanyakan persembahan opera dibuat dalam skala yang besar, panggung-panggung opera kebanyakannya bersaiz besar dan kebiasaannya mempunyai lebih dari 1,000 tempat duduk penonton. Kebanyakan panggung-panggung opera ternama boleh menampung hingga beribu-ribu penonton dalam satu-satu persembahan. Untuk opereta (opera berskala kecil) pula, ia boleh dipersembahkan di teater-teater yang lebih kecil.

Menurut tradisi, auditorium untuk panggung opera adalah berbentuk U dengan kepanjangan yang menentukan jumlah tempat duduk penonton. Di sepanjang dinding-dinding auditorium pula, terletak kotak-kotak yang terdiri dari serambi – serambi penonton yang asalnya dibuat untuk wanita - wanita kaya agar mereka boleh duduk dengan senang-lenang di dalam baju gaun yang besar di bahagian bawah pinggang.

Panggung opera secara umumnya mempunyai satu kawasan yang luas untuk tempat pemain orkestra (pit orkestra); di mana sejumlah besar pemain-pemain orkestra ditempatkan di satu bahagian lebih rendah dari bahagian tempat duduk penonton. Ini dibuat agar suara nyanyian dan alat muzik tidak terganggu sebelum tiba kepada para pendengar, selain itu juga ia direka sedemikian agar para pemain tidak terganggu oleh suara-suara lantang peyanyi opera.

Saiz sebuah orkestra untuk opera adalah berbeza-beza, namun untuk untuk kebanyakan opera dan oratorio, terutamanya untuk muzik era romantis, sesebuah orkestra untuk opera boleh melebihi dari 100 orang pemain muzik. Selain itu, setiap persembahan opera mempunyai ramai para pelakon, penyanyi korus, penari dan lain-lain. Oleh itu, kebanyakan panggung opera penting mempunyai keluasan yang amat besar untuk kemudahan-kemudahan bilik persalinan.

Istana Budaya di Kuala Lumpur

Panggung opera penting di seluruh dunia kebiasaannya mempunyai pentas besar yang dilengkapi dengan mesin-mesin pengangkat berat untuk menukar set-set latar belakang dan struktur dalam pementasan opera. Di Metropolitan Opera contohnya, dalam masa yang singkat sahaja, set-set pementasan bertukar dan kadang-kala penonton dapat melihat bagaimana perubahan berlaku apabila set-set berubah atau pentas bertukar tingkat dan rupa ketika para penyanyi sedang membuat persembahan

Walaupun bangunan, pentas, lampu dan lain-lain alat di panggung opera menggunakan teknologi terkini, namun sudah menjadi kebiasaan untuk mereka untuk tidak memasang alat-alat sistem bunyi yang besar dan canggih. Ini adalah kerana suara-suara opera adalah suara nyanyian langsung dan bukan suara menggunakan alat-alat amplifier atau kesan suara yang akan mengubah nilai-nilai suara opera.

Walaupun alat-alat amplifier canggih dipasang di sesetengah panggung opera, namun penggunaannya adalah berdasarkan kebenaran atas sebab-sebab tertentu seperti penggunaan untuk pementasan bukan opera atau opera-opera yang diberi keizinan.

Persembahan opera kebiasaannya dibuat di dalam bahasa asal, yang mungkin berbeza daripada bahasa pertama para penonton. Oleh itu, sesetengah panggung opera masakini telah mula memasang skrin untuk memaparkan teks-teks opera untuk pemahaman para penonton. Satu lagi pendekatan terbaru yang dibuat ialah meletakkan skrin terjemahan teks di belakang kerusi duduk penonton.

Sumber kewangan[sunting | sunting sumber]

Teater Bolshoi
Sydney Opera House ialah salah satu panggung opera yang diiktiraf ramai termasuk seni binanya yang unik

Pada kurun ke-17 dan 18, panggung opera kebiasaannya dibiayai olah golongan – golongan elit iaitu kaum bangsawan, raja-raja dan orang yang amat kaya sahaja. Ini kebiasaannya dibuat untuk mengukuhkan cita-cita politik dan kemasyarakatan mereka untuk mendapat jawatan-jawatan yang prestij. Namun, dengan kemunculan ahli-ahli cendikiawan dan kapitalis pada abad ke-19, budaya sumbangan dan amalan tertutup untuk orang-orang bangsawan ini telah berubah kepada sistem bayaran dari orang ramai seperti masa kini. Selain dari penjualan tiket, opera dan teater kini mendapat sumber kewangan melalui kombinasi bantuan kerajaan dan institusi dan juga pendermaan swasta.

Buku rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Hughes, Spike. Great Opera Houses; A Traveller's Guide to Their History and Traditions, London: Weidenfeld & Nicholson, 1956.
  • Kaldor, Andras. Great Opera Houses (Masterpieces of Architecture) Antique Collectors Club, 2002. ISBN 1851493638

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan Wikipedia Bahasa Inggeris[sunting | sunting sumber]

(Untuk pemahaman lanjut mengenai opera dan jenis-jenisnya)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]