Pangkalan Sultan Abdul Halim

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Butterworth ferries.jpg

Pengkalan Sultan Abdul Halim merupakan jeti untuk menyeberang ke Pulau Pinang. Pangkalan ini terletak di sebelah Butterworth. Pengkalan ini pernah runtuh. Stesen kereta api Butterworth terletak bersebelahan sahaja. Begitu juga Stesen bas Butterworth.

Pangkalan ini berhampiran dengan jalan utama Perai, Jalan Baru, Megamall Penang, Taman Siakap, bangunan Telekom, Carrefour Hypermarket, JPJ, Makro, Tapak Ekspo Pertanian, Jalan Jelawat, Butterworth, Masjid Seberang Jaya, Jalan Tenggiri, Sunway Hotel, Hawker Centre, Jalan Siakap, Sungai Pertam,Sungai Prai,Chai Leng Park dan Jalan Chain Ferry.

Ia tidak jauh dari Jambatan Pulau Pinang,Bukit Mertajam, Kulim, Lebuhraya Utara-Selatan dan Lebuhraya Timur-Barat. Pengkalan ini dinamakan sempena Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, Sultan Negeri Kedah Darul Aman.

Kerosakan[sunting | sunting sumber]

Pada hari Ahad, 31 Julai 1988, berlaku kesesakan teruk di Pengkalan Sultan Abdul Halim ini sekitar 10,000 orang. Ada dua perayaan serentak melibatkan kaum Cina iaitu Pesta Dewi Kwan Yin di Georgetown dan sambutan ulang tahun Gereja St Anne di Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Beban muatan yang berlebihan ini menyebabkan Pangkalan Sultan Abdul Halim runtuh menyebabkan 32 orang mati dan 1,674 orang lagi cedera.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]


Pautan luar[sunting | sunting sumber]