Pangkalan TUDM Gong Kedak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Gong Kedak Airfield, Kelantan and Terengganu

Pangkalan Udara Gong Kedak, Kelantan (dan Terengganu)
Su30MKM beroperasi di RMAF Gong Kedak
Rumusan
Jenis lapangan terbangTentera
PengendaliTentera Udara Diraja Malaysia
LokasiGong Kedak, Pasir Puteh, Kelantan, Malaysia dan Beris Pak Abu, Terengganu, Malaysia
Ketinggian AMSL6.1 m / 20.0 kaki
Koordinat05°47′56″N 102°29′25″E / 5.79889°N 102.49028°E / 5.79889; 102.49028
Peta
Pangkalan TUDM Gong Kedak is located in Bumi
Pangkalan TUDM Gong Kedak
Pangkalan TUDM Gong Kedak (Bumi)
Landasan
Arah Panjang Permukaan
m ft
08/26 2,012 6,600 Asfalt
Sumber: AIP Malaysia[1] dan DAFIF[2][3]

Pangkalan Udara Gong Kedak, Kelantan (dan Terengganu) (IATA: -ICAO: WMGK) adalah sebuah lapangan terbang tentera yang yang unik kerana lokasinya yang terletak di dalam dua buah negeri di Malaysia iaitu Kelantan dan Terengganu. Secara amnya pangkalan udara ini terletak di bandar Gong Kedak Pasir Puteh, Kelantan, namun ia juga mengambil kawasan Beris Pak Abu, Terengganu.

Pangkalan Udara Gong Kedak, Kelantan merupakan pangkalan udara yang tercanggih milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). Pangkalan ini menempatkan Skuadron Penerbangan iaitu No. 12 Squadron Su-30 MKM, Selain No. 321 Skuadron.

Pangkalan Udara Gong Kedak, Kelantan terletak pada kedudukan latitud N05* 47.9103', longitud E102* 29.3228' pada ketinggian 6.10 meter dari aras laut. Jarak untuk ke Bandar Jerteh lebih kurang 10 km manakala ke pekan Kuala Besut sejauh 12 km dan ke Bandar Pasir Puteh sejauh 16 km melalui pintu utama jalan sempadan Negeri Terengganu/Kelantan.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pangkalan Udara Gong Kedak, Kelantan ditubuhkan secara rasmi pada 13 Februari 1998, mula beroperasi sepenuhnya pada bulan November 1998.

Sebelum itu, telah wujud sebatang landasan kapal terbang sejak sebelum Perang Dunia Kedua lagi di sini yang dibina pihak Tentera Udara British. Pada awal tahun 1960-an, landasan ini masih lagi digunakan oleh Tentera Udara British di samping Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Bermula awal tahun 1970-an sehingga tahun 1989, landasan terbang ini hanya digunakan oleh ATM sebagai kawasan latihan khasnya bagi Latihan Payung Terjun sahaja.

Pada tahun 1993, lokasi ini telah dibangunkan dengan penempatan sebuah unit TUDM dan telah beroperasi pada awalnya dikenali sebagai Skuadron 321 Bukit Puteri. Pada bulan Mac 1993, pangkalan ini telah bermula dengan unit kecil dinamakan Tim Pendahuluan Skuadron 321 TUDM Bukit Peteri. Kemudian pada tahun 1995, projek pembangunan Pangkalan Udara Gong Kedak telah diluluskan. Seterusnya Pangkalan Udara Gong Kedak telah ditubuhkan pada 13 Februari 1998 dan mula beroperasi pada bulan November 1998.[4]

Di atas tujuan pembesaran dan memperkasakan lagi pertahanan negara khususnya TUDM, kerajaan telah memulakan proses pengambilan tanah (sekitar kampung Gong Kedak, Gong Badak, Kelantan dan kini kawasan telah meluas ke beberapa kampung sekitar iaitu Kampung Gong Tengah, Kampung Gong Manak di daerah Pasir Puteh, Kelatan dan Kampung Beris Pak Abu daerah Besut, Terengganu) untuk pembinaan Pangkalan Udara Gong Kedak, Kelantan dan prosesnya dijalankan oleh Pejabat Tanah Jajahan Pasir Puteh, Kelantan pada tahun 1981 dan berakhir pada tahun sekitar 2000.

Terminal udara[sunting | sunting sumber]

Kementerian Pertahanan akan membina terminal udara disini. Bagi tujuannya memudahkan lagi proses pendaratan dan pelepasan pesawat pejuang dan pengangkut milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyatakan pesawat pengangkut seperti CN235 dan C130 termasuk helikopter boleh mendarat dan berlepas. Lapangan terbang ini merupakan pangkalan udara terpenting di Pantai Timur selain TUDM Kuantan.[5]

Destinasi[sunting | sunting sumber]

Tiada Penerbangan Berjadual, dan hanya Operasi Kegiatan Militer sahaja.

Skuadron ditugaskan[sunting | sunting sumber]

Skuadron Utama[sunting | sunting sumber]

Bahagian Skuadrons Pesawat yang ditugaskan Nota
Bahagian 1 Skuadron No 12 Sukhoi Su-30MKM

Pengangkutan[sunting | sunting sumber]

Kerana ia bukan Lapangan Terbang Sivil, jadi Hanya Kendaraan milik Tentera dan yang sebagainya sahaja yang Boleh Masuk kawasan TUDM Gong Kedak.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ AIP Malaysia: WMGK - Gong Kedak di Jabatan Penerbangan Awam Malaysia
  2. ^ Maklumat lapangan terbang mengenai WMGK di Data Aero Dunia. Sumber: DAFIF.
  3. ^ Maklumat lapangan terbang mengenai WMGK di Great Circle Mapper. Sumber: DAFIF.
  4. ^ "Gong Kedak — Laman Web Rasmi Tentera Udara Diraja Malaysia". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-04-17. Dicapai pada 2011-04-20.
  5. ^ Pangkalan Udara TUDM Gong Kedak Bakal Miliki Terminal Udara Bernama. 10 April 2010.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]