Pangkalan data Gmelin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian

Pangkalan data Gmelin ialah sebuah pangkalan data bagi kumpulan sebatian organologam dan anorganik yang dikemas kini setiap suku tahun. Pangkalan ini berdasarkan penerbitan Jerman, Gmelins Handbuch der anorganischen Chemie ("Buku Panduan Kimia Inorganik Gmelin") yang pada awalnya diterbitkan oleh Leopold Gmelin pada 1817;[1] edisi tercetak terakhir (edisi kelapan) muncul pada tahun 1990-an.

Pangkalan data pada masa ini mengandungi setiap sebatian serta tindak balas yang ditemui dari 1772 hingga 1995 dengan jumlah 1.5 juta sebatian dan 1.3 juta tindak balas yang berbeza, dengan lebih daripada 85,000 tajuk, kata kunci dan abstrak. Pangkalan Gmelin mempunyai lebih daripada 800 bahagian data yang berbeza mengenai subjek seperti maklumat elektrik, magnetik, termal, kristal dan fisiologi sebatian.

Pangkalan data Gmelin kini dikendalikan oleh Elsevier MDL. Ini adalah pangkalan data saudara pangkalan data Beilstein yang terbabit dengan bahan kimia organik serta tindak balas berkaitan; kedua-dua pangkalan data kini menjadi sebahagian daripada sistem Reaxys.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Brockhaus ABC Chemie, VEB F. A. Brockhaus Verlag Leipzig 1965, pp. 497–498.