Pangkalan data Oracle

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Pangkalan data Oracle ialah sebuah pengkalan data hubungan objek yang diterbitkan dan dipasarkan oleh Oracle Corporation. Versi asal pangkalan data ini dibangunkan oleh SDL, sebuah syarikat yang dibentuk pada tahun 1977 oleh Larry Ellison bersama rakan serta bekas rakan sekerjanya, Bob Miner dan Ed Oates. Nama Oracle adalah sempena nama kod bagi sebuah projek biayaan CIA yang Larry pernah terlibat semasa masih bekerja di Ampex.

Struktur fizikal dan logik[sunting | sunting sumber]

Sesebuah sistem pangkalan data Oracle—dicam dengan pengecam sistem atau SID (system identifier) abjad-angka[1]—terdiri daripada sekurang-kurangnya satu tika aplikasi serta storan data. Proses-proses biasa termasuklah PMON (pemantau proses) dan SMON (pemantau sistem).

Storan[sunting | sunting sumber]

Data disimpan secara logik dalam bentuk ruangan jadual manakala dalam bentuk fail data secara fizikal.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Bhakthavatsalam, Namrata (August 2008). "Glossary". Oracle Database Client. Dicapai pada 2008-11-17. The SID automatically defaults to the database name portion of the global database name (sales in the example sales.us.example.com) until you reach eight characters or enter a period. You can accept or change the default value. 

Jika Anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.