Pangkalan data hubungan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Gambarajah yang menunjukkan hubungan antara dua jadual, ditandakan oleh anak panah

Dalam sesebuah pangkalan data hubungan (bahasa Inggerisnya relational database), data dipadankan dengan menggunakan sifat sama yang ditemui dalam set data terbabit. Kumpulan data yang terhasil menggunakan model hubungan (istilah teknikal bagi skema ini).

Perisian yang digunakan dalam pangkalan data hubungan dipanggil sistem pengurusan pangkalan data hubungan atau RDBMS (singkatan relational database management system). Istilah "pangkalan data hubungan" sering kali merujuk kepada perisian RDBMS, bukan pangkalan datanya.

Buat masa ini, pangkalan data hubungan merupakan pilihan utama bagi menyimpan data seperti rekod kewangan, rekod perubatan, maklumat peribadi serta data pengilangan dan logistik.

Kandungan[sunting | sunting sumber]

Pangkalan data hubungan ialah kumpulan hubungan (sering kali dipanggil jadual). Item-item lain sering kali dianggap sebahagian daripada pangkalan data, kerana ia membantu mengatur dan menstrukturkan data, di samping memastikan bahawa pangkalan data mematuhi sesebuah set keperluan.