Pergi ke kandungan

Panglima Tentera Udara

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Panglima Tentera Udara
Tentera Udara Diraja Malaysia
ڤڠليما تنترا اودارا
Logo Panglima Tentera Udara
Bendera Tentera Udara Diraja Malaysia Tentera Udara Diraja Malaysia
GelaranYang Berbahagia
SingkatanPTU
Lapor kepadaPanglima Angkatan Tentera
Bidang kuasaMalaysia Sunting nilai ini di Wikidata
Dibentuk30 November 1957; 68 tahun yang lalu (1957-11-30)
Pemegang pertamaAlexander Vallance Ridell Johnstone
GajiTURUS II
Tapak webwww.airforce.mil.my/.../panglima-tentera-udara
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Ketua bagi perkhidmatan Tentera Udara Diraja Malaysia ialah Panglima Tentera Udara (Tulisan Jawi: ڤڠليما تنترا اودارا; singkatan: PTU). Sebanyak 16 pegawai tertinggi Tentera Udara Diraja British dan TUDM telah memegang jawatan ini semenjak Kemerdekaan. Pada tahun 1967, Komodor Udara1 (Air Commodore) Dato' Sulaiman bin Sujak, menjadi anak watan pertama dilantik ke jawatan ini.

Sejarah dicatatkan apabila Jeneral Tan Sri Dato' Seri Azizan bin Ariffin telah dilantik sebagai Panglima Angkatan Tentera pertama dari TUDM pada 1 September 2009.

Senarai Panglima TUDM

[sunting | sunting sumber]
Bil Panglima Tentera Udara Gambar Tahun, Bulan dan Hari Tempoh Pemerintahan
1 Air Commodore A.V.R. Johnstone
RMAF (1916–2000)
(9 bulan dan 5 hari) 30 November 1957 - 4 September 1958
2 Air Commodore N.C. Hyde
RMAF (1910–1987)
(1 tahun, 3 bulan dan 26 hari) 5 September 1958 - 31 Disember 1959
3 Group Captain J.N. Stacey RMAF
(1920–2003)
(3 tahun, 4 bulan dan 18 hari) 1 Januari 1960 - 19 Mei 1963
4 Air Commodore C.S.J. West
RMAF (1918–1977)
(1 tahun, 11 bulan dan 23 hari) 20 Mei 1963 - 13 Mei 1965
5 Air Commodore Alasdair Steedman RMAF
(1922–1992)
(3 tahun, 5 bulan dan 17 hari) 14 Mei 1965 - 31 Oktober 1968
6 Air Vice Marshall2 Dato' Sulaiman Sujak RMAF
(lahir 1934)
(8 tahun, 1 bulan dan 30 hari) 1 November 1968 - 31 Disember 1976
7 Leftenan Jeneral (Udara)3 Dato' Mohamed Taib TUDM (6 tahun, 8 bulan dan 29 hari) 1 Januari 1977 - 30 September 1983
8 Leftenan Jeneral4 Tan Sri Mohamad Ngah Said TUDM
(1938–2013)
(7 tahun, 5 bulan dan 17 hari) 1 Oktober 1983 - 18 Mac 1991
9 Leftenan Jeneral Dato' Seri Haji Mohd Yunus Tasi TUDM
(lahir 1940)
(2 tahun, 1 bulan dan 29 hari) 19 Mac 1991 - 18 Mei 1993
10 Leftenan Jeneral Dato' Seri Abdul Ghani Abdul Aziz TUDM
(lahir 1944)
(3 tahun, 2 bulan dan 21 hari) 19 Mei 1993 - 9 Ogos 1996
11 Jeneral Dato' Seri Ahmad Saruji Che Rose TUDM
(lahir 1946)
(4 tahun, 9 bulan dan 20 hari) 10 Ogos 1996 - 30 Mei 2001
12 Jeneral Dato' Seri Suleiman Mahmud TUDM
(lahir 1947)
(1 tahun, 9 bulan dan 1 hari) 1 Jun 2001 - 2 Mac 2003
13 Jeneral Dato' Seri Abdullah Ahmad TUDM
(lahir 1948)
(1 tahun dan 1 bulan) 3 Mac 2003 - 3 April 2004
14 Jeneral Tan Sri Nik Ismail Nik Mohamed TUDM
(lahir 1951)
(2 tahun, 7 bulan dan 25 hari) 4 April 2004 - 29 November 2006
15 Jeneral Tan Sri Dato' Seri Azizan Ariffin TUDM
(lahir 1952)
(2 tahun, 9 bulan dan 1 hari) 30 November 2006 - 31 Ogos 2009
16 Jeneral Tan Sri Dato' Sri Rodzali Daud TUDM
(lahir 1955)
(5 tahun dan 12 hari) 1 September 2009 - 13 September 2014
17 Jeneral Tan Sri Dato' Sri Roslan Saad TUDM
(lahir 1956)
(2 tahun, 3 bulan dan 6 hari) 13 September 2014 - 19 Disember 2016
18 Jeneral Tan Sri Dato' Sri Haji Affendi Buang TUDM
(lahir 1956)
(3 tahun dan 11 hari) 20 Disember 2016 - 31 Disember 2019
19 Jeneral Tan Sri Datuk Seri Ackbal Abdul Samad TUDM
(lahir 1962)
(2 tahun, 2 bulan dan 3 hari) 1 Januari 2020 - 4 Mac 2022
20 Jeneral Tan Sri

Dato' Sri Mohd Asghar Khan Goriman Khan TUDM
(lahir 1965)

(3 tahun, 3 bulan dan 19 hari) 7 Mac 2022 - 26 Jun 2025
21 Jeneral Datuk Seri Muhamad Norazlan Aris TUDM
(lahir 1967)
(9 bulan dan 26 hari) 26 Jun 2025 - kini
  • 1. Terjemahan Air Commodore disandarkan kepada Commodore atau Komodor tentera laut. TLDM, semenjak diambil alih, telah mula memperkenalkan sistem pangkat berasas bahasa Melayu ataupun di-Melayukan. Sebagai contoh Admiral kepada Laksamana, Vice Admiral kepada Laksamana Madya dan Rear Admiral kepada Laksamana Muda. Untuk melengkapkan sistem ini, Commodore menjadi Komodor. Penggunaan Komodor akhirnya digugurkan dan diganti dengan Laksamana Pertama yang kekal sehingga kini.
  • 2. Dato'Sulaiman Sujak diserapkan daripada perkhidmatan Tentera Udara Diraja British dan bukan daripada Tentera Udara Sukarelawan Malaya. Justeru, beliau telah mengekalkan penggunaan sistem pangkat British, hampir sama seperti yang digunakan oleh Polis Diraja Malaysia kini, (contohnya, Asisten Komisyener, Deputi Superintenden). Walau bagaimanapun, PDRM menggunakan ejaan yang di-Melayukan tanpa menafsirnya kepada perkataan bahasa Melayu.
  • 3. Ketika pemerintahan Dato' Mohamad Taib, beliau telah menukar sistem pangkat ketika itu (British), kepada sistem mirip Tentera Darat Malaysia, sepertimana sistem pangkat Tentera Udara Amerika Syarikat (contohnya, Group Captain menjadi Kolonel, Wing Commander menjadi Leftenan Kolonel, Squadron Leader menjadi Mejar). Secara kebetulan pula, beliau merupakan pegawai yang diserapkan daripada Tentera Darat. Lebih penting, penukaran ini mengelakkan kekeliruan yang seringkali timbul di antara perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia. Beliau mengekalkan insignia pangkat yang diwarisi dari British, kecuali Brigedier Jeneral (Udara) dan keatas, tetapi menambahkan perkataan (Udara).
  • 4. Pada pertengahan 80an, sistem pangkat TUDM sekali lagi mengalami perubahan kecil apabila perkataan (Udara) digugurkan dan diganti dengan (TUDM) diakhir nama seseorang pegawai. Untuk rekod, Tan Sri Mohamad bin Ngah Said juga pegawai yang telah diserap dari Tentera Darat. Sistem itu kekal digunakan sehingga hari ini. Bagaimanapun insignia TUDM dan uniformnya terus mengalami beberapa perubahan selepas itu.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]