Panglin hitam
| Panglin hitam | |
|---|---|
| Di Paris, Perancis | |
| Pengelasan saintifik | |
| Domain: | Eukaryota |
| Alam: | Animalia |
| Filum: | Chordata |
| Kelas: | Aves |
| Order: | Gruiformes |
| Keluarga: | Rallidae |
| Genus: | Fulica |
| Spesies: | F. atra |
| Nama binomial | |
| Fulica atra | |
| Taburan F. atra Pembiakan Kediaman Bukan-pembiakan Vagran (tidak dapat dipastikan) | |
| Sinonim | |
| |
Panglin-hitam biasa (Fulica atra), atau hanya disebut panglin hitam, ialah sejenis burung dalam keluarga sintar dan ruak-ruak, Rallidae. Ia terdapat di Eropah, Asia, Australia, New Zealand dan sebahagian Afrika Utara.[3] Ia bertubuh hitam kusam, berkepala hitam mengkilap dan berparuh putih bersama balung muka. Kedua-dua jantinanya kelihatan serupa.
Huraian
[sunting | sunting sumber]Panglin-hitam biasa adalah sepanjang 32–42 cm (13–17 in) dengan rentang sayap 70–80 cm (28–31 in); jantannya seberat 890 g (31 oz) sedangkan betina 750 g (26 oz).[4] Seluruh tubuhnya hitam sedangkan paruh dan balung mukanya putih (pepatah Inggeris berbunyi "as bald as a coot"[a] muncul daripada burung ini dari seawal 1430).[5] Sebagai spesies perenang, panglin-hitam ini memiliki selaput separa pada jari kakinya yang panjang.
Burung muda lebih pucat berbanding burung dewasa, memiliki dada lebih putih, dan ketiadaan balung muka; bulu pelepah hitam dewasa muncul ketika berusia 3–4 bulan, tetapi balung hanya terbentuk sepenuhnya sekitar usia setahun.
Ia merupakan burung yang bising dengan aneka himpunan bunyi seperti panggilan meletup, kerisik, atau trompet, sering kali pada waktu malam.
Taburan dan habitat
[sunting | sunting sumber]Kebanyakan panglin-hitam boleh didapati di kawasan paya berair cetek serta berumput pendek di Dunia Lama. Panglin-hitam terdapat di Eropah, Asia, Australia dan Afrika. Julat spesies ini kini berkembang sehingga ke New Zealand. Ia merupakan burung penetap di bahagian tengah julatnya, tetapi berpindah jauh ke selatan dan barat, kebanyakannya ke Asia pada musim sejuk apabila air membeku.
Tingkah laku
[sunting | sunting sumber]
Panglin-hitam ini jauh kurang pemalu berbanding kebanyakan spesies dalam keluarga sintar, dan sering terlihat berenang di kawasan padang berair. Ia bersifat agresif dan sangat mempertahankan wilayahnya semasa musim pembiakan, kededua induk terlibat mempertahankan kawasan tersebut.[6] Di luar musim mengawan, mereka biasa membentuk kawanan besar, mungkin untuk mengelak pemangsa.[7]
Panglin-hitam biasa keberatan untuk terbang dan apabila berlepas, ia berlari di permukaan air dengan banyak percikan. Ia turut melakukan perkara yang sama tanpa benar-benar terbang ketika bergerak laju pada jarak dekat di wilayah asing atau di tanah untuk lari dari penceroboh. Seperti kebanyakan sintar lain, penerbangan yang lemahnya tidak begitu penting, tetapi ketika berpindah, biasanya pada waktu malam, ia mampu menjangkaui jarak yang luas. Kepalanya mengangguk ketika berenang, dan membuat terjunan pendek dari lompatan kecil.
Pembiakan
[sunting | sunting sumber]
Panglin-hitam biasa membina sarang menggunakan rumput atau mensiang, selain kertas atau plastik berhampiran gigi air atau halangan menjulur dari permukaan air, bertelur sehingga 10 biji telor, kadangkala 2 hingga 3 kali satu musim. Biasanya hanya beberapa ekor yang terselamat. Mereka biasanya menjadi mangsa kepada burung seperti pucung dan camar.
Panglin-hitam boleh jadi kejam terhadap anak mereka di bawah tekanan seperti kekurangan makanan. Ia akan menggigit burung muda yang meminta makanan dan mengulangnya sehingga ia berhenti meminta dan mati kelaparan. Sekiranya anak burung terus meminta, anak burung tersebut mungkin akan dipatuk sehingga mati.[8]
Pemakanan
[sunting | sunting sumber]Pangling-hitam biasa adalah burung maserba, dan makan pelbagai jenis mangsa hidup termasuk telur burung air yang lain, serta alga, tumbuhan, bijiran dan buah.[9] Ia menunjukkan perbezaan yang agak besar dalam teknik mencari makan, meragut di darat atau di air. Di air, ia boleh menyelamkan kepalanya seperti Itik atau menjunam ke dalam air untuk mencari makanan.[10]
Status
[sunting | sunting sumber]Panglin-hitam biasa merupakan spesies yang tertakluk di bawah Agreement on the Conservation of African-Eurasian Migratory Waterbirds (AEWA).
Galeri
[sunting | sunting sumber]- Bersarang di sungai Limmat di Dietikon, Switzerland
- Ibu menyuap anak-anaknya
- Pangling-hitam biasa di taman bandar Stadsparken di Lund, Sweden
- Di taman di Utrecht, Belanda
- Spesimen muzium
Catatan
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ↑ BirdLife International (2019). "Fulica atra". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2019. doi:10.2305/IUCN.UK.2019-3.RLTS.T22692913A154269531.en. Dicapai pada 12 November 2021. Unknown parameter
|article-number=ignored (bantuan) - ↑ Ralat petik: Tag
<ref>tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama "Condon1975" - ↑ Vladimír Bejček; Karel Štastný (1999). Bird Encyclopaedia. Rebo Productions. m/s. 122. ISBN 978-1-84053-149-7.
- ↑ Cramp 1980, m/s. 599, 610.
- ↑ CRC Handbook of Avian Body Masses by John B. Dunning Jr. (Editor). CRC Press (1992), ISBN 978-0-8493-4258-5.
- ↑ Cave,A.J.; J.Visser; A.C. Perdeck. (1989). "Size and quality of the Coot (Fulica atra) territory in relation to age of its tenants and neighbours". Ardea 77: 87 - 97
- ↑ van den Hout PJ (2006) "Dense foraging flotillas of Eurasian coots Fulica atra explained by predation by Ganges soft-shell turtle Aspideretus gangeticus?". Ardea 94 (2): 271-274
- ↑ Attenborough, David (1998 Episode 9, 12 mins ff.). The Life of Birds. Princeton: Princeton University Press. ISBN 978-0-691-01633-7. Check date values in:
|year=(bantuan) - ↑ Martin R. Perrow, J. Hans Schutten, John R. Howes, Tim Holzer, F. Jane Madgwick and Adrian J. D. Jowitt (1997) "Interactions between coot (Fulica atra) and submerged macrophytes: the role of birds in the restoration process". Hydrobiologia 342/343: 241–255 doi:10.1023/A:1017007911190
- ↑ Brigitte J. Bakker and Robin A. Fordham (1993) "Diving behaviour of the Australian Coot in a New Zealand lake Diarkibkan 2009-01-27 di Wayback Machine". Notornis 40 (2): 131–136
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Video, gambar & bunyi Pangling Hitam di Internet Bird Collection
- Usia dan jantina (PDF) oleh Javier Blasco-Zumeta Diarkibkan 2013-11-12 di Wayback Machine
| Senarai burung | |
|---|---|
| A - B - C - D - E - F - G - H - I - J - K - L - M - N - O - P - Q - R - S - T - U - V - W - X - Y - Z |