Pantai Air Tawar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pantai Air Tawar merupakan sebuah pantai peranginan yang terletak dalam daerah Besut, Terengganu. Pantai ini menjadi tumpuan warga tempatan dan pelancong luar bagi aktiviti rekreasi, mandi-manda serta perkelahan terutamanya pada hari cuti dan hujung minggu. Pekan terdekat dengan Pantai Air Tawar ialah Pekan Kuala Besut, di mana ia merupakan pusat hentian bagi para pelancong luar khususnya mereka yang mahu ke Pulau Perhentian.

Tarikan[sunting | sunting sumber]

Kawasan pantai yang bersih dan air yang jernih serta cetek merupakan antara tarikan utama yang terdapat di Pantai Air Tawar. Pada musim-musim tertentu pantai ini dijadikan lokasi penganjuran acara kebudayaan seperti pameran daripada pelbagai agensi dan jualan. Terdapat beberapa chalet dan tempat penginapan di kawasan pantai ini bagi pengunjung dari luar kawasan.

Kemudahan[sunting | sunting sumber]

Terdapat fasiliti mencukupi yang disediakan oleh Majlis Daerah Besut[1] untuk pengunjung Pantai Air Tawar. Antaranya ialah:

  • Tandas awam
  • Kiosk kedai makan
  • Taman Permainan
  • Trek Jogging
  • Pentas Rebana (Pentas Persembahan)

Senarai Mangsa Lemas[sunting | sunting sumber]

  • Mohd Aqil Qayyim Mohd Saiful, 5 tahun, 3 Jun 2016[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]