Pantai Bisikan Bayu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Pantai Bisikan Bayu atau dahulunya dikenali sebagai 'Pantai Dalam Rhu'[1] merupakan satu produk pelancongan yang paling awal dibangunkan di Pasir Puteh. Lokasinya terletak di Cherang Ruku, Semerak, 16 km dari bandar Pasir Puteh, 3 km dari Pekan Cherang Ruku.

Pengangkutan awam yang disediakan untuk datang ke sini ialah bas dan teksi. Tambang bas ke Cherang Ruku ialah RM 1.50 manakala tambang teksi ialah RM 2.00 dari bandar Pasir Puteh. Untuk sampai ke Pantai Bisikan Bayu, anda perlu menaiki teksi sekal lagi dengan bayaran RM 1.00 untuk seorang.

Di kawasan pantai ini, disediakan surau, tandas, bilik persalinan, taman permainan, dan juga terdapat sebuah chalet penginapan iaitu Taman Rehlah. Antara aktiviti yang boleh dijalankan di sini ialah berkelah, berkhemah dan aktiviti keluarga.

Rujukan[sunting | sunting sumber]