Pantai Fallières

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lokasi Pantai Fallières.

Pantai Fallières adalah bahagian pantai barat Semenanjung Antartika antara kepala Fiord Bourgeois dan Tanjung Jeremy dan terletak di Teluk Marguerite dan Pentas Ais Wordie. Pantai Rymill terletak di sebelah selatannya manakala Pantai Loubet di sebelah utaranya. Pantai ini pertama kalinya diterokai dalam Januari 1909 oleh Ekspedisi Antartika Perancis bawah J.B. Charcot, yang menamakannya sempena Armand Fallières, Presiden Perancis ketika itu.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Fallières Coast". Sistem Maklumat Nama Geografi, Pemantauan Geologi Amerika Syarikat. Dicapai pada 2012-03-13.


Koordinat: 68°30′S 67°0′W / 68.500°S 67.000°W / -68.500; -67.000