Pantai Penunjuk Kijal

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Pantai Penunjuk merupakan sebuah pantai yang menjadi tempat pengunjung yang terletak di Kijal, daerah Kemaman, Terengganu.[1] Pantai ini yang terlindung oleh pepohon dalam perkampungan nelayan tradisional agak terselindung, dan belum banyak terusik oleh masa serta keadaan.

Ia memiliki suasana yang sememangnya menjadi kegemaran pencinta alam untuk didampingi dan tumpuan peminat fotografi mengabadikan keindahannya.

Pantai Penunjuk dikunjungi ramai kerana memiliki pemandangan yang sungguh cantik dengan air laut yang cetek amat sesuai untuk aktiviti perkelahan. Ia terletak di Kijal, dan juga merupakan antara pantai yang sangat indah untuk dikunjungi dengan deruan sang ombak mendampar ke pantai, pantai itu masih menawarkan satu pakej lengkap bagi menghayati panorama pantai yang mengasyikkan.

Selain itu, Pantai Penunjuk memiliki susunan batu-batunya yang unik, yang menjadikan pantai ini mempunyai keunikan pada kelasnya yang tersendiri. Para pengunjung boleh berjemur di atas batu di Pantai Penunjuk ini sambil di sinari cahaya matahari pagi dan menikmati suasana yang berbeza ketika air pasang & air surut.

Pantai Penunjuk yang terletak di Kijal, Kemaman ini adalah lebar dan landai, landskap pantainya dihiasi bukit kecil dan taburan batu besar dengan susunan unik menganjur ke laut, bagaikan arca yang memberikan pelbagai gambaran unik. Bagaimanapun adalah tidak digalakkan mandi-manda di pantai ini kerana arusnya yang kuat.[2]

Terdapat juga alur sungai yang cetek tetapi jernih dan sebuah taman permainan berhampiran. Tidak jauh dari pantai ini terdapat banyak kemudahan penginapan dan pusat beli-belah Mesra Mall dan Pasaraya Besar Giant. Selain itu juga terdapat lemang Kijal cukup terkenal, selain buah durian yang menjadi tambahan daya penarik bagi para pengunjung ke situ.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]