Pantai Rhu Sepuluh

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Fail:Pantai Rhu Sepuluh Pantai Penarik Setiu Terengganu.jpeg
Panorama di Pantai Rhu Sepuluh yang masih dipenuhi dengan pokok kelapa yang tumbuh meliar.

Pantai Rhu Sepuluh atau dikenali juga dengan nama Pantai Penarik adalah sebuah pantai peranginan yang terletak di persisiran Laut China Selatan di daerah Setiu, Terengganu. Pantai ini adalah agak popular dikalangan pengguna jalan alternatif Kuala Terengganu-Kota Bharu (Laluan Pantai) dari Kelantan ke Terengganu kerana mempunyai banyak gerai jualan dan restoran yang menjual makanan laut. Pantai Rhu Sepuluh adalah syurga bagi bekalan segar tangkapan hasil laut yang ditangkap oleh nelayan tempatan yang dijual dengan harga berpatutan di sebuah bazar jualan hasil laut yang disediakan kerajaan disini.

Fail:Sotong Celup Tepung Pantai Rhu Sepuluh Pantai Penarik Setiu Terengganu.jpeg
Pantai Rhu Sepuluh sentiasa dikunjungi penggemar makanan laut terutamanya bagi menikmati Sotong celup tepung.

Terletak hanya 400 meter dari Kampung Penarik yang menempatkan sebuah jeti pendaratan nelayan, maka Pantai Rhu Sepuluh terkenal di Terengganu untuk industri pemprosesan makanan laut sehinggalah ke gerai dan restoran makanan laut yang mudah didapati disini. Rata-rata pengunjung yang datang ke sini adalah untuk menikmati ikan dan sotong goreng celup tepungnya yang masyhur. Selain itu, disini juga terdapat banyak chalet dan rumah penginapan bagi mereka yang ingin bercuti atau berbulan madu menikmati keindahan suasana di perkampungan nelayan. Terdapat lapan buah homestay disediakan di kawasan pantai tersebut bagi pelancong luar yang ingin bermalam. Terdapat juga program pelancongan bagi pelancong luar yang datang, misalnya mereka boleh melihat penternakan ikan dalam sangkar oleh penduduk setempat di bawah bimbingan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM). Selain itu, pelancong juga boleh melihat sendiri cara-cara penetasan udang dilakukan di sini.