Pantai Tok Bali

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pantai Tok Bali ialah sebuah pantai yang terletak di Kelantan, Malaysia.

Pantai Tok Bali terkenal dengan kelebihannya yang tersendiri. Ia bukan sahaja menjadi tumpuan bagi penduduk tempatan malah menjadi kemestian bagi pelancong asing untuk menikmati keindahan pantai di Tok Bali. Terdapat banyak rumah tumpangan atau resort yang indah di sepanjang pantai tok bali seperti Tok Aman Beach Resort, Villa Danialla dan sebagainya. Selain itu, bagi penduduk yang bekerja sebagai nelayan, Tok Bali merupakan tempat untuk mereka mencari rezeki kerana ia terkenal dengan hasil penangkapan yang boleh membawa keuntungan kepada nelayan-nelayan.

Tok Bali juga merupakan destinasi penjualan hasil-hasil penangkapan oleh nelayan-nelayan. Kita dapat meperolehi hasil - hasil tersebut dengan harga yang berpatutan di samping dapat menikmati kesegaran hasil - hasil tangkapan.Secara tidak langsung, ia menjadi tarikan pelancong untuk datang ke sini kerana banyak menjual pelbagai makanan laut.