Paolo Thaon di Revel

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Laksamana Paolo Thaon di Revel, Duke Lautan

Paolo Emilio Thaon di Revel, 1st Duca del Mare (10 Jun 1859 - 24 Mac 1948) adalah seorang Laksamana Besar (Grande Ammiraglio) dalam Tentera Laut Diraja Itali (Regia Marina) dan kemudiannya menjadi seorang ahli politik.

Thaon di Revel dilahirkan di Turin daripada keluarga bangsawan Savoyard dan Niçard berketurunan orang Scotland, anak kepada Marquess dan Count Ottavio Thaon di Revel.

Beliau telah mengambil bahagian sebagai Laksamana Muda dalam Perang Itali-Turki, memerintah kapal-kapal perang Itali dalam Pertempuran Beirut.

Beliau dua kali bertugas sebagai Ketua Turus Tentera Laut semasa Perang Dunia I dan enggan mengambil risiko meletakkan armada perang Itali di mana-mana selain daripada pertempuran besar laut. Pada 3 Februari 1917, beliau menggantikan Duke Abruzzi sebagai Panglima Tentera Laut Itali.[1] Selepas kekalahan Itali di Caporetto pada November 1917, beliau menguasai kawasan pantai. Beliau menyukai pertempuran kapal-kapal kecil, seperti kapal MAS yang menenggelamkan kapal tempur Austria SMS Szent István pada Jun 1918. Pada hari-hari terakhir peperangan beliau memimpin pengeboman Durazzo[2] dan penaklukan pantas pantai Istria dan Dalmatia.

Pada tahun 1917 beliau telah dilantik ke Dewan Senat Itali. Pada November 1921, sewaktu berkhidmat sebagai Ketua Turus Tentera Laut Itali, beliau adalah wakil tentera laut Itali ke Persidangan Senjata Washington.[3]

Pada tahun 1922, beliau telah dijadikan ahli bangsawan oleh Raja Victor Emmanuel III dan dikurniakan gelaran Duca del Mare Pertama ("Duke of the Sea"). Pada Oktober 1922 beliau telah dilantik Menteri Tentera Laut dan ketua penasihat kepada Raja Victor Emmanuel III; beliau meletakkan jawatan Menteri pada tahun 1925. Beliau telah dinaikkan pangkat ke Laksamana Besar (penerima tunggal pangkat tersebut) pada 4 November 1924. Beliau merupakan Presiden Dewan Senat Itali dari tahun 1943 hingga 1944 selepas kejatuhan rejim fasis.

Thaon di Revel meninggal dunia di Rom pada tahun 1948. Beliau telah dikebumikan didalam gereja Santa Maria degli Angeli e dei Martiri, bersebelahan dengan Marsyal Armando Diaz.

Jawatan politik
Didahului oleh
Giacomo Suardo
Presiden Dewan Senat Itali
1943-1944
Diikuti oleh:
Pietro Tomasi Della Torretta

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "http://encyclopedia.1914-1918-online.net/article/italian_front".  pautan luar dalam |title= (bantuan)
  2. ^ Kabashi, Gezim (December 24, 2012). "[[bahasa Inggeris|Bahasa Inggeris]]". Gazeta e Durresit.  Konflik URL–wikilink (bantuan)
  3. ^ "To Attend Washington Conference". Norwich Bulletin. Norwich, Connecticut. 12 November 1921. m/s. 5.