Paradigma pengaturcaraan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Paradigma pengaturcaraan ialah gaya pengaturcaraan komputer. Sesetengah bahasa pengaturcaraan bertumpu kepada satu paradigma, manakala sesetengah yang lain pula menyokong berbilang paradigma.

Berikut ialah senarai paradigma pengaturcaraan yang popular, mengikut hierarki:

Bahasa pengaturcaraan berbilang paradigma[sunting | sunting sumber]

Sebuah bahasa pengaturcaraan dikatakan berbilang, pelbagai atau beraneka paradigma jika ia menyokong lebih daripada satu paradigma pengaturcaraan. Seperti yang dikatakan oleh pereka Leda, Timothy Budd: "Ides bahasa berbilang paradigma ialah untuk menyedikan rangka kerja pada mana sang pengaturcara boleh bekerja dalam pelbagai gaya, menyalingcampurkan binaan (contruct) sebebasnya." Matlamat perekaan bahasa-bahasa sebegini ialah untuk membolehkan para pengaturcara untuk menggunakan alat terbaik untuk sesuatu tugas, mengakui yang tiada satu paradigma pun yang menyelesaikan kesemua masalah dalam cara yang paling mudah dan berkesan.

Satu contoh yang dapat diberi ialah Oz, yang mempunyai subset logik (Oz berasal daripada pengaturcaraan logik), paradigma kefungsian, berorientasi objek, serempak, dan lain-lain. Oz direka dalam tempoh sepuluh tahun untuk menggabungkan—dalam cara yang harmoni—konsep-konsep yang secara tradisinya berkaitan dengan paradigma-paradigma pengaturcaraan yang berbeza. Paradigma pengaturcaraan menyediakan cara dan struktur untuk pelakuan sesebuah atur cara kepada pengaturcara.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]