Paradoks duniawi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Sebuah paradoks duniawi (Bahasa Inggeris: temporal paradox) ialah suatu situasi di mana seorang pengembara masa mengakibatkan (melalui tindakannya di masa lampau) pengecualian kemungkinan pengembaraan masa tersebut yang membenarkan kejadian-kejadian yang dilakukan berlaku.

Sebuah contoh biasa ialah Paradoks datuk, di mana seorang pengembara masa berpatah balik masa dan membunuh datuknya sebelum ayahnya dilahirkan. Ini merupakan sebuah paradoks kerana, jika ia berlaku, mereka tidak akan dilahirkan, dan seterusnya tidak akan mampu mematah kembali masa untuk membunuh datuknya. Contoh ini merupakan sejenis gelung kebersebaban.

Teori[sunting | sunting sumber]

Pada masa kini, paradoks duniawi merupakan bidang cereka sains dan falsafah. Beberapa buah pendapat wujud tentang kejadian yang akan berlaku dalam paradoks datuk jika sebuah mesin kembara masa dicipta.

Hipotesis perlindungan garisan masa[sunting | sunting sumber]

Hipotesis perlindungan garisan masa mencadangkan bahawa seorang pengembara masa tidak mampu melakukan sebuah paradoks, kerana pergerakan semula jadi garisan masa akan menghentikan segala interaksi. Sebagai contoh, pengembara masa tersebut akan muncul di sebuah tempat yang salah (atau gagal bergerak ke mana-mana sekalipun), beberapa tindakan tertentu akan berkomplot untuk menghentikannya, ataupun tindakannya akan bertanggungjawab kepada sejarah yang diingatinya.

Sebuah teori yang serupa mencadangkan bahawa pengembaraan masa mungkin sekali menjadi faktor dalam ciptaan alam semesta pada hari ini; tindakan para pengembara masa adalah kesan pada masa kini. Secara alternatifnya, setiap pengembara masa akan mengambil langkah-langkah penjagaan sepenuhnya untuk mengelakkan sebarang paradoks, menerusi inspirasi ketakutan terhadap "kerosakan" yang boleh dilakukan mereka.

Sebuah contoh terkenal yang merujuk kepada teori ini dipaparkan di dalam filem 1985 yang berjudul Back to the Future, di mana protagonis kisah itu, Marty McFly, berpatah balik dalam masa dan mengganggu perjumpaan romantis di antara ibu bapanya, akhirnya memadamkan kewujudannya sama sekali (termasuk juga keluarganya). Namun, kesan tersebut berlaku secara beransur-ansur, ditonjolkan oleh gambar keluarga miliknya: setiap daripada adik-beradiknya mula lupus, anggota badan demi anggota badan, bermula dengan anak sulung dan bergerak ke arahnya (Marty merupakan anak bongsu). Ini membenarkan Marty untuk membetulkan semula kesilapan ini dan mengembalikan garisan masa tersebut, kecuali beberapa perubahan kecil di atas gangguannya.

Hipotesis kehancuran garisan masa[sunting | sunting sumber]

Idea seterusnya mencadangkan bahawa apa-apa perubahan di dalam garisan masa, walaupun tanpa interaksi peribadi, meskipun dibenarkan, akan mengakibatkan "kesan rama-rama" di dalam garisan masa tersebut. Setiap sejarah selepas waktu kunjungan pengembara masa itu akan terganggu oleh perubahan-perubahan kecil yang dilakukan olehnya dalam masa lampau, dan sejarah, bergantung kepada tahap tindakan pengembara itu, akan lama-kelamaan ditukar sepenuhnya. Ini telah diberi nama "hipotesis kehancuran garisan masa" (timeline corruption hypothesis). Filem tahun 2004 berjudul The Butterfly Effect dan sistem RPG Multiverser lebih menitikberatkan pandangan ini.

Hipotesis alam semesta berganda[sunting | sunting sumber]

Sebuah lagi hipotesis mencadangkan bahawa wujudnya sejumlah alam semesta yang tidak terhad, satu untuk setiap kemungkinan. Dalam kes ini, jika pengembara masa itu membunuh datuknya, sebuah alam yang mempunyai datuknya yang masih hidup dan sebuah alam yang mempunyai datuknya yang telah mati, akan wujud. Di atas kegagalan undang-undang paradoks tersebut, alam semesta itu akan menghancurkan dirinya.

Sebuah lagi teori tentang paradoks datuk klasik ini mencadangkan bahawa kejadian tersebut akan mencipta sebuah alam semesta baru, di mana tindakan yang disebut dilakukan. Ini tidak akan memberi kesan kepada alam pelakunya ataupun pelaku itu sendiri.

Hipotesis garisan masa tetap[sunting | sunting sumber]

Hipotesis garisan masa tetap mencadangkan bahawa garisan masa adalah sebuah preset, menghentikan segala jenis gangguan dalam kejadian; sebagai contoh, ciptaan alat pengembaraan masa dan penyalahgunaanya akan akhirnya, gagal, kerana pengembara masa itu tidak akan mempunyai pilihan lain selain daripada untuk membetulkan sejarah seperti yang asal.

Teori ini adalah serupa dengan hipotesis perlindungan garisan masa, di mana pengembara masa itu tidak mampu melakukan sebuah paradoks tanpa sama ada membetulkannya atau gagal melakukannya sama sekali.

Hipotesis garisan masa pilihan[sunting | sunting sumber]

Dalam hipotesis garisan masa pilihan, sejarah berubah serta-merta apabila pengembara masa itu membuat keputusan untuk mematah balik dalam masa, lalu menzahirkan tindakannya sebelum ia ditakdirkan berlaku.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]