Paradox Interactive

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Paradox Interactive
Jenis/bentuk sahAwam
Didagangkan sebagaiOMXPDX
ISINSE0008294953
IndustriVideo games
GenreGrand strategy games, 4X
Ditubuhkan1999; 25 tahun yang lalu (1999)
Ibu pejabatStockholm, Sweden
Tokoh penting
  • Fredrik Wester (CEO)
KeluaranVideo games
Hasil1.793 billion kr[1] (2020)
Pendapatan kendalian628.0 million kr[1] (2020)
Pendapatan bersih490.6 million kr[1] (2020)
Bilangan kakitangan662 (December 2020)[1]
Anak syarikat
Tapak webwww.paradoxplaza.com
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini


Paradox Interactive AB adalah sebuah syarikat penerbit permainan video berasaskan di Stockholm, Sweden. Pada awalnya, syarikat ini di bawah Target Games dan kemudian Paradox Entertainment (sekarang Cabinet Entertainment) sebelum bertukar menjadi syarikat bebas pada tahun 2004. Melalui beberapa faktor seperti mengembangkan studio dalaman, mengasaskan studio baharu dan membeli pembangun perisian bebas, syarikat ini telah berkembang ke sembilan studio pembangunan pihak pertama, termasuk studio terunggul mereka iaitu Studio Paradox Development, dan bertindak sebagai penerbit permainan video daripada pembangun lain.

Paradox terkenal kerana mengeluarkan permainan video strategi bertema sejarah, terutamanya permainan strategi besar, dan telah menerbitkan permainan video strategi dalam tetapan yang berbeza, serta permainan video genre lain seperti simulator pengurusan dan permainan berperanan. Mereka biasanya meneruskan pembangunan permainan mereka selepas keluaran awal dengan penciptaan kandungan berbayar yang boleh dimuat turun, dan juga terkenal kerana mencipta permainan yang mudah diubah suai.


Selain dari permainan video, Paradox telah mencipta permainan papan berdasarkan beberapa tajuknya, dan memiliki hak ke atas siri permainan peranan atas meja World of Darkness sejak membeli White Wolf Publishing pada 2015. Mereka mengadakan konvensyen tahunan, PDXCON, yang telah dibuka kepada orang ramai sejak 2017.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pemisahan daripada Paradox Entertainment(1999-2004)[sunting | sunting sumber]

Pada awalnya Paradox Interactive's bermula dengan Target Games, sebuah syarikat permainan papan di Sweden. Target telah mengeluarkan permainan papan dan permainan peranan atas meja pada tahun 1980s dan 1990s, dan menceburi permainan video. Menjelang akhir 1990, Target bergelut dari segi kewangan, dan mereka akhirnya menjadi muflis menjelang 1999. Bahagian permainan video berputar menjadi entiti tersendiri, Paradox Entertainment, yang menerbitkan adaptasi permainan video Target's Games.[2]

  1. ^ a b c d "Annual report 2020". paradoxinteractive. 22 April 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 May 2021. Dicapai pada 28 September 2021.
  2. ^ Dean, Paul (25 September 2013). "Inside Paradox, the strangest company in video games". Eurogamer. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 March 2019. Dicapai pada 8 January 2019.