Parang Illang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Parang Illang

Parang Illang atau juga dikenali sebagai Malat/Mandau oleh orang Kayan, atau Mandau, Baieng oleh orang Kenyah, merupakan salah satu senjata tradisional pahlawan Iban di Sarawak, Malaysia. Parang Illang digunakan sebagai senjata dalam amalan warisan memburu kepala musuh yang menjadi tradisi masyarakat peribumi itu.

Parang Illang mempunyai satu mata lurus dengan mata bilah semakin melebar dan runcing di bahagian hujung. Mata bilah mempunyai lekuk dan melengkung sedikit pada bahagian mata. Kadangkala ia diukir indah dengan pola menarik dan dihiasi dengan lubang dan tembaga terbenam yang dikenali sebagai Lantak Paku.

Parang Illang merupakan senjata tradisional warisan turun-temurun yang memiliki nilai estetika yang tinggi dan berkait rapat dengan elemen pertempuran, pertahanan dan keselamatan, selain dikaitkan dengan unsur mistik.

Hulunya biasanya diperbuat daripada tanduk rusa atau kayu, terukir indah dengan muka menakutkan atau hiasan dengan bulu kambing diwarna.

Sarungnya diperbuat daripada dua keping kayu dilekatkan bersama dan dihiasi dengan ukiran menarik dan disimpal dengan rotan dalam pola menarik. Sarung parang Illang biasanya mempunyai poket bagi menyimpan pisau kecil: yang dikenali sebagai Pue yang menyerupai Pisau Raut bagi ukiran kayu kecil dan meraut rotan.


Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]