Parang Langgai Tinggang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Parang Langgai Tinggang

Parang Langgai Tinggang merupakan sejenis senjata tradisional orang Dayak Laut. Ia merupakan salah satu dari empat jenis parang yang biasa digunakan oleh Dayak Laut, keempat jenis adalah:-

Parang Langgai Tinggang mempunyai satu mata lurus dengan mata bilah melengkung kebelakang pada hujung tanpa titik tamat, dengan pelindung jari yang kurang jelas. Pada bahagian bawah berhampiran ulu sebelah mata, terdapat unjuran pengait yang dipanggil krowit atau kundieng tetapi tidak begitu menonjol berbanding Parang Niabor dan lebih kehadapan dari ulu. Mata bilah tidak berhias dan tanpa alur.

Parang Langgai Tinggang merupakan senjata tradisional warisan turun temurun yang digunakan seharian dan berkait rapat dengan elemen pertempuran, pertahanan dan keselamatan.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]