Parasite (filem 2019)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Parasite
Fail:Parasite (2019 film).jpg
Poster tayangan pawagam Korea Selatan
Hangul기생충
Hanja寄生蟲
Revised Romanizationgisaengchung
McCune–Reischauerkisaengch'ung
PengarahBong Joon-ho
Penerbit
  • Bong Joon-ho
  • Kwak Sin-ae
  • Moon Yang-kwon
  • Jang Young-hwan
Lakon layar oleh
  • Bong Joon-ho
  • Han Jin-won
Cerita olehBong Joon-ho
Dibintangi oleh
Muzik olehJeong Jae-il
SinematografiHong Kyung-pyo[1]
Disunting olehYang Jin-mo
Syarikat
penerbitan
Barunson E&A Corp
PengedarCJ Entertainment (Korea Selatan)
Mula ditayangkan
21 Mei 2019 (2019-05-21)(Cannes)
30 Mei 2019 (South Korea)
Tempoh tayangan
132 minit[2]
NegaraKorea Selatan
BahasaBahasa Korea
PerbelanjaanTemplat:KRW[3]
(~US$11 million)
Pecah panggung$126.4 million[4][5]

Parasit ( Hangul: 기생충; Hanja: 寄生蟲; RR: Gisaengchung) ialah sebuah filem seram ngeri komedi hitam dari Korea Selatan yang diarahkan oleh Bong Joon-ho, yang juga menulis cerita filem itu dan menulis bersama dengan Han Jin-won. Dibintangi oleh Song Kang-ho, Lee Sun-kyun, Cho Yeo-jeong, Choi Woo-shik dan Park So-dam, filem ini mengisahkan sebuah keluarga miskin yang melakukan penipuan dengan menyamar sebagai individu-individu tanpa sebarang pertalian yang serba berkelayakan untuk menjadi pembantu rumah kepada sebuah keluarga golongan atasan.

Tayangan perdana sedunia Parasit diadakan di Festival Filem Cannes 2019 pada 21 Mei 2019, di mana ia menjadi filem Korea pertama yang memenangi Palme d'Or, dan filem pertama berbuat demikian dengan undian sebulat suara sejak filem Blue Is the Warmest Colour dari 2013. Ia dipilih sebagai penyertaan Korea Selatan untuk Filem Cetera Antarabangsa Terbaik di Anugerah Akademi ke-92, pemilihan kedua Bong selepas Mother dari 2009.

Filem ini dikeluarkan di Korea Selatan oleh CJ Entertainment pada 30 Mei 2019, kemudian ditayangkan di seluruh dunia oleh syarikat Neon pada akhir 2019. Ia menerima pujian kritis yang meluas dan merupakan kejayaan komersil yang mengutip lebih daripada AS$ 126.4 juta di seluruh dunia, sekali gus menjadi pelepasan tertinggi Bong dan filem dengan kutipan ke-19 tertinggi di Korea Selatan.

Plot[sunting | sunting sumber]

Kim Ki-taek, isterinya Chung-sook, anak lelakinya Ki-woo, dan anak perempuannya Ki-jeong tinggal di sebuah rumah pangsa <i>semi-basement</i> yang kecil. Pekerjaan mereka semuanya bergaji rendah, maka mereka pun hidup melarat. Seorang rakan Ki-woo iaitu Min-hyuk yang sedang bersiap untuk belajar di luar negara, menghadiahkan seketul "batu sarjana" kepada keluarga Ki-taek sebagai tanda menghajatkan kemakmuran bagi mereka. Min-hyuk mencadangkan bahawa Ki-woo menyamar sebagai pelajar universiti untuk mengambil alih kerja kosongnya sebagai guru Bahasa Inggeris persendirian untuk Park Da-hye, seorang anak gadis dalam sebuah keluarga kaya. Sebaik sahaja Ki-woo diupah, keluarga Kim semua menyamar sebagai pekerja mahir yang tiada pertalian sesama sendiri lalu memasuki kehidupan keluarga Park: Ki-woo menjalin hubungan romantis dengan Da-hye; Ki-jeong menyamar sebagai ahli terapi seni yang diupah untuk mengasuh si anak bongsu Da-song; Ki-taek pula diambil kerja sebagai pemandu setelah pemandu lama Encik Park dipecat akibat dianiaya oleh Ki-jeong kerana melakukan hubungan seks di dalam kereta; dan Chung-sook pula merampas pekerjaan mengemas rumah Moon-gwang apabila Kim sekeluarga mengambil kesempatan ke atas alahan Moon-gwang kepada buah pic dengan mendakwa bahawa dia menghidap tuberkulosis.

Apabila keluarga Park pergi berkhemah, keluarga Kim mengambil kesempatan untuk berpesta pora dalam kemewahan hidup di rumah agam. Tanpa disangka, kegirangan mereka diganggu oleh kepulangan Moon-gwang yang kononnya hendak menuntut sesuatu yang tertinggal di bilik bawah tanah. Moon-gwang membuka sebuah bunker rahsia lalu mendedahkan bahawa suaminya, Geun-sae, telah menetap di situ selama bertahun-tahun untuk bersembunyi dari lintah darat. Semasa dia merayu kepada Chung-sook untuk menyimpan rahsia mereka, ahli keluarga Kim yang mencuri dengar pun tersandung. Moon-gwang mengugut untuk mendedahkan penipuan mereka selepas menyedari bahawa mereka adalah satu keluarga, maka timbulnya perkelahian.

Tiba-tiba, keluarga Park menghubungi rumah dan memaklumkan Chung-sook bahawa perkhemahan mereka terpaksa dibatalkan akibat hujan lebat dan mereka akan tiba di rumah tidak lama lagi. Keluarga Kim mengurung Geun-sae dan Moon-gwang ke dalam bunker; Moon-gwang cuba melarikan diri tetapi ditindas oleh Chung-sook sehingga mengalami kecederaan kepala yang akhirnya membawa maut. Apabila keluarga Park kembali, Puan Park memberitahu Chung-sook bahawa anaknya telah mengalami trauma beberapa tahun lalu setelah melihat "hantu" muncul dari bilik bawah tanah: Geun-sae. Sementara tiga orang Kim yang lain bersembunyi tidak jauh, Encik Park mengadu kepada isterinya bahawa Ki-taek biarpun pemandu yang mahir tetapi berbau busuk. Kim bertiga melarikan diri dari rumah agam tanpa dikesan, tetapi mendapati rumah pangsa dan kejiranan mereka dibanjiri oleh air kumbahan yang dilimpahkan oleh hujan. Mereka bermalam di pusat sukan setempat bersama-sama dengan ratusan lagi mangsa banjir.

Keesokan harinya, Puan Park mengadakan parti hari jadi untuk Da-song dan menjemput kakitangannya. Ki-woo kembali ke bunker dengan batu sarjana, tetapi diserang oleh Geun-sae yang memukul kepalanya dengan batu sarjana. Geun-sae melarikan diri dari bangku bawah tanah dan bergegas ke pesta, menikam Ki-jeong di dada. Kemunculan tiba-tiba Geun-sae mencetuskan memori traumatik Da-song, menyebabkan budak itu naik sawan. Sementara Ki-taek bergegas untuk membantu Ki-jeong, dia disuruh oleh Encik Park untuk membawa Da-song ke hospital. Ki-taek cuba menghantar kunci kereta dengan melempar tetapi kunci jatuh ke tempat Chung-sook dan Geun-sae bergelut. Chung-sook sempat membunuh Geun-sae dengan pencucuk daging. Sementara Encik Park mengambil kunci, dia mengundurkan diri dari bau Geun-sae. Ki-taek yang menyaksikan tindak balas Encik Park terhadap bau itu, akhirnya menikam Encik Park sebelum melarikan diri.

Beberapa minggu kemudian, Ki-woo bangun dari koma. Dia bersama Chung-sook dijatuhkan hukuman percubaan akhlak atas kesalahan menipu daya; Ki-jeong telah meninggal dunia akibat ditikam, sementara Ki-taek yang dikehendaki atas pembunuhan Encik Park, tidak diketahui ke mana perginya. Ketika memerhatikan rumah agam Park yang dijual baru-baru ini, Ki-woo mendapati lampu berkelip-kelip dalam kod Morse; iaitu mesej rahsia yang cuba disampaikan oleh Ki-taek yang kini tinggal di bunker. Ki-woo berikrar hari meraih pendapatan yang cukup untuk membeli rumah itu dan membebaskan bapanya.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

  • Song Kang-ho sebagai Kim Ki-taek
  • Lee Sun-kyun sebagai Park Dong-ik, majikan syarikat IT
  • Cho Yeo-jeong sebagai Park Yeon-gyo, isteri Dong-ik
  • Choi Woo-shik sebagai Kim Ki-woo, anak lelaki Ki-taek
  • Park So-dam sebagai Kim Ki-jeong, anak perempuan Ki-taek, adik kepada Ki-woo
  • Lee Jung-eun sebagai Gook Moon-gwang, tukang kemas rumah keluarga Park
  • Chang Hyae-jin sebagai Kim Chung-sook, isteri Ki-taek
  • Park Myung-hoon sebagai Geun-sae, suami Moon-gwang
  • Jung Ziso sebagai Park Da-hye, anak perempuan Dong-ik
  • Jung Hyeon-jun sebagai Park Da-song, anak lelaki Dong-ik
  • Park Geun-Rok sebagai Drebar Yoon
  • Jung Yi-seo sebagai pengurus Pizzeria
  • Park Seo-joon sebagai Min-hyuk (kameo)[6]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "BONG Joon-ho's PARASITE Claims Early Sales". Korean Film Biz Zone (dalam bahasa Inggeris). Dicapai 3 February 2019. 
  2. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Naver tidak disediakan
  3. ^ 영화 '기생충' 흥행 질주…손익분기점 400만명 눈앞. 3 June 2019. 
  4. ^ "Gisaengchung (2019) - Financial Information". The Numbers. Dicapai 24 December 2019. 
  5. ^ "Parasite (2019)". Box Office Mojo. Dicapai 24 December 2019. 
  6. ^ 박서준 측 “봉준호 ‘기생충’ 특별출연” 2019년 스크린 열일(공식입장). entertain.naver.com (dalam bahasa Korea). Dicapai 3 February 2019.