Parit Haji Alias

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Parit Haji Alias adalah bersempena dengan nama seorang iman yang tinggal diparit ini iaitun Embah Haji Alias.Rumah beliau terletak berhampiran dengan surau yang mana merupakan bangunan pertama sekiranya anda memasuki parit ini. Terdapat beberapa watak atau tokoh yang berasal dari parit ini seperti selain Embah Haji Alias iaitu Hashim Bin Karim, Abdul Aziz, Wak Mukhdir, Wak Melan, Haji Sadri, Wak Selamat, Wak Janggut & lain-lain. Kebanyakan penduduknya adalah berbangsa Jawa. Walaupun ianya sebuah kampung namun semua anak-anak di sini mendapat pendidikan yang sempurna. Ramai yang telah berjaya di dalam pelajaran sehingga memasuki universiti di dalam dan juga diluar negara. Penduduk di sini kebanyakannya mengusahakan kelapa sawit, nenas, rambutan & cempedak. Hasil pertanian ini dijual melalui peraih-peraih tempatan dan juga dijual di simpang masuk Kampung Selabak.