Pariti kuasa beli

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pariti kuasa beli KDNK negara-negara di dunia (2003). AS ialah negara asas, maka nilai indeksnya ialah 100. Nilai index tertinggi ialah 154 di Bermuda, oleh itu sesuatu barang adalah 54% lebih mahal di Bermuda berbanding barang yang serupa di AS.

Teori pariti kuasa beli (bahasa Inggeris: purchasing power parity) menggunakan kadar pertukaran keseimbangan dua mata wang jangka masa panjang untuk menyamakan kuasa belinya. Teori yang dibangunkan oleh Gustav Cassel pada tahun 1920 ini berasaskan hukum satu harga, iaitu teori bahawa dalam pasaran cekap yang ideal, barang-barang yang serupa wajar ada satu harga sahaja.

Kadar pertukaran pariti kuasa beli menyamakan kuasa beli mata wang berlainan di negara asal masing-masing untuk "sebakul barang" yang diberi, digunakan selalunya untuk membandingkan taraf hidup antara negara, bukannya perbandingan keluaran dalam negara kasar per kapita pada kadar pertukaran pasaran. Kadar pertukaran pariti kuasa beli yang paling dikenali dan paling banyak digunakan ialah dolar Geary-Khamis, atau juga bergelar dolar antarabangsa.

Naik turun kadar pertukaran pariti kuasa beli ("Kadar Pertukaran Sebenar") merupakan kesan perubahan kadar pertukaran. Selain ketaktentuan ini, juga diperhatikan adanya penyimpangan kadar pertukaran pasaran dan pariti kuasa beli yang konsisten, contohnya harga (kadar pertukaran pasaran) barang-barang dan perkhidmatan bukan dagangan biasanya lebih rendah di mana pendapatan lebih rendah. (Satu dolar Amerika Syarikat yang ditukar dan dibelanjakan di India akan membeli lebih perkhidmatan gunting rambut berbanding satu dolar yang dibelanjakan di Amerika Syarikat). Pariti kuasa beli mengambil kira dan menyesuaikan diri untuk kos sara hidup lebih rendah seolah-olah semua pendapatan dibelanja dalam negeri. Dalam erti kata lain, pariti kuasa beli ialah jumlah bakul barang keperluan yang boleh dibeli di dalam negara berkenaan dengan wang yang dihasilkannya.

Adanya perbezaan ketara antara pariti kuasa beli dan kadar pertukaran pasaran. [1] Contohnya, Penunjuk Pembangunan Dunia 2005 Bank Dunia menganggarkan bahawa pada tahun 2003, satu dolar Amerika Syarikat bersamaan kira-kira 1.8 yuan China mengikut pariti kuasa beli [2] Diarkibkan 2007-02-23 di Wayback Machine — jauh berbeza dari kadar pertukaran nominal yang menetapkan satu dolar kepada 7.6 yuan. Percanggahan ini besar implikasinya; contoh, KDNK per kapita di Republik Rakyat China bernilai kira-kira AS$1,800 sementara mengikut pariti kuasa beli pula nilainya kira-kira AS$7,204. Ini sering digunakan untuk menegaskan bahawa China ialah ekonomi kedua terbesar di dunia, namun perhitungan sebegini hanya sah di bawah teori pariti kuasa beli. Sebaliknya, KDNK nominal per kapita Jepun bernilai kira-kira AS$37,600, tetapi perangkaan pariti kuasa belinya cuma AS$30,615.

Penerangan[sunting | sunting sumber]

Pariti kuasa beli ialah

£P ($/£)= $P

Ini menandakan bahawa kadar pertukaran yang menyamai nilai sedolar kuasa beli (kadar pertukaran pariti kuasa beli) ialah

($/£)= $P/£P

Jika kadar lani sebenar lebih, ini menandakan £ terlebih nilai berbanding $. Jika kadar lani sebenar kurang, ini menandakan $ terlebih nilai berbanding £.

Contohnya, jika satu bakul penggunaan "wakilan" berharga $1,500 di A.S. dan £1,000 di UK, maka kadar pertukaran pariti kuasa beli menjadi $1.50/£. Jika kadar lani sebenar ialah $1.80/£ maka ini menandakan paun terlebih 20% nilainya, atau begitu juga dolar Amerika terkurang 16.7% nilainya.

Pariti kuasa beli relatif[sunting | sunting sumber]

Pariti kuasa beli selalu dipanggil pariti kuasa beli mutlak untuk membezakannya dari teori pariti kuasa beli relatif yang berkaitan, yang meramal hubungan antara kadar inflasi relatif dua negara dan perubahan dalam kadar pertukaran mata wangnya.

Pariti kuasa beli mengaitkan kadar inflasi (perubahan takat harga) di setiap negara kepada perubahan kadar pertukaran pasaran.

,

yang mana ialah kadar lani (spot rate) dalam Mata Wang Asing/Mata Wang Tempatan dan ialah takat harga dalam satu tempoh t (nilai asing bertanda bintang). Perhubungan ini adalah perlu tetapi tidak cukup untuk pariti kuasa beli mutlak.

Mengikut teori ini, perubahan dalam kadar pertukaran ditentukan oleh perubahan takat harga di kedua-dua negara. Contohnya, jika harga di Amerika Syarikat naik 3% manakala harga di Kesatuan Eropah naik 1% maka kuasa beli dolar Amerika Syarikat sepatutnya susut nilai sebanyak 2% berbanding kuasa beli euro (begitu juga euro akan naik nilai sebanyak 2%).

Penyamaan pariti kuasa beli dan hukum satu harga[sunting | sunting sumber]

Hukum satu harga menyatakan babawa harga-harga berlainan bagi satu barang dagangan cenderung menyamai jika tiadanya tarif, halangan perdagangan lain mahupun kadar perkapalan yang terlalu tinggi. Hukum satu harga juga boleh dinyatakan sebegini: "Dalam sebuah pasaran cekap, semua barang yang serupa mestilah satu harganya sahaja."

Hipotesis pariti kuasa beli adalah perdagangan barang secara bebas akan menjajarkan kadar pertukaran dengan nilai pariti kuasa belinya. Bagaimanapun, analisa ekonometrik tidak setuju dengan hipotesis ini, sebaliknya memberi ramalan lebih bagus mengenai hubungan pariti kuasa beli/kadar pertukaran (Indeks Harga Pengguna atau CPI) berdasarkan KDNK relatif. Fahaman ekonomi neo-klasik merangkumi teori kesan Balassa-Samuelson yang menjelaskan penyelarasan model pariti kuasa beli yang memberi CPI kesamaan.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]