Park Ji-hyo

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Jihyo
Park Ji-hyo at Melon Music Awards on December 02, 2017 (2).jpg
Park pada bulan Disember 2017
Nama asal박지효
KelahiranPark Ji-hyo
(1997-02-01) 1 Februari 1997 (umur 22)
Korea Selatan Guri, Gyeonggi, Korea Selatan
Kerjaya muzik
GenreK-pop
PekerjaanPenyanyi
InstrumenVokal
Tahun aktif2015–sekarang
Syarikat rakaman
JYP Entertainment
Kegiatan berkaitan

Park Ji-hyo (Hangul: 박지효; lahir 1 Februari 1997) lebih dikenali sebagai Jihyo ialah seorang penyanyi wanita Korea Selatan. Beliau merupakan ketua dan penyanyi vokal utama kumpulan K-pop wanita, Twice yang ditubuhkan oleh JYP Entertainment melalui rancangan realiti tahun 2015, Sixteen.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Jihyo lahir pada 1 Februari 1997 di Guri, Gyeonggi, Korea Selatan.[1] Ketika Jihyo berada dalam gred tiga, beliau mengambil bahagian dalam sebuah pertandingan Junior Naver untuk peranan kanak-kanak. Selepas memenangi tempat kedua, beliau telah dilihat oleh JYP Entertainment.[2] Beliau secara rasminya menyertai syarikat ini pada 15 Julai 2005 dan merupakan seorang pelatih selama 10 tahun. Beliau dijadual untuk membuat kemunculan pertama dalam kumpulan wanita, 6mix sebelum mengambil bahagian dalam rancangan Sixteen.[3]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2015, Jihyo muncul dalam video muzik miss A, "Only You." Sebelum kemunculan pertamanya, beliau bersama Nayeon merupakan antara pelatih yang muncul dalam banyak iklan. Jihyo dikenali sebelum kemunculan pertamanya sebagai wajah jenama remaja Innisfree, "TN" bersama kumpulan lelaki, Boyfriend dan kemudianya bersama Nayeon.

Jihyo diumumkan sebagai salah seorang peserta pertandingan Sixteen untuk menentukan ahli ahli kumpulan wanita JYP yang baru.[4] Rancangan ini bermula pada 5 Mei dan berakhir dengan beliau dinamakan sebagai salah seorang daripada ahli Twice. Pada 20 Oktober, Jihyo membuat kemunculan pertamanya sebagai ahli Twice menerusi album mini, The Story Begins dan lagu Like OOH-AHH.[5]

Jihyo berkolaborasi bersama Jung Eun-ji dari Apink dan Ben untuk bahagian pertama projek istimewa, Inkigayo, "Inkigayo Music Crush". Lagu mereka bertajuk "The Reason I Got Pretty" dikeluarkan pada 6 November 2016.[6]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Video muzik[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Artis
2015 "Only You" Miss A
2016 "Fire" J.Y. Park

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ ":: TWICE :: (Profile)". JYP Entertainment - Twice. JYP Entertainment. Dicapai 26 Oktober 2017. 
  2. ^ Kim, Yoon-jeong. "박진영 교복 광고 찍은 걸그룹 '트와이스'는 누구? 공승연 동생에 SES 유진 닮은꼴까지… 준비된 '한류돌'". SportsQ (dalam bahasa Korea). Dicapai 26 Oktober 2017. 
  3. ^ "[네이버 연예] 아이엠그라운드, 트와이스 소개 하기!". Naver (dalam bahasa Korea). Naver Corp. Dicapai 26 Oktober 2017. 
  4. ^ Yoo, Ji-hyae. "[단독] Mnet-JYP 손잡았다...걸그룹 제작 프로 론칭". Naver TV (dalam bahasa Korea). Naver Corporation. Dicapai 26 Oktober 2017. 
  5. ^ Won, Ho-jung. "Twice's 'Story Begins'". K-pop Herald. Herald Corporation. Dicapai 26 Oktober 2017. 
  6. ^ Kim, Young-rok. "'인기가요' 정은지-지효-벤 '내가 예뻐진 이유' 최초 공개". Naver (dalam bahasa Korea). Sports Chosun. Dicapai 21 November 2016. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]