Park Tae-Soo

Laman separuh dilindungi
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Park Tae-soo
Maklumat peribadi
Nama penuh Park Tae-su[1]
Tarikh lahir (1989-12-01) 1 Disember 1989 (umur 34)[1]
Tempat lahir Incheon, Korea Selatan[1]
Ketinggian 1.85 m (6 ka ​ 1316 in)[1]
Posisi permainan Bek tengah
Maklumat kelab
Kelab terkini
Sabah FC
Nombor 6
Kerjaya remaja
1996-2001 Bupyeong Elementary School
2002-2004 Anyang Middle School
2005–2007 Anyang Technical High School
2008–2010 Universiti Hongik
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2011–2012 Incheon United 8 (0)
2013 Daejeon Citizen 15 (0)
2014 Chungju Hummel 25 (1)
2015 FC Anyang 23 (0)
2016 Gyeongju KHNP FC 4 (0)
2017–2018 Hwaseong FC 1 (0)
2019– Sabah 72 (10)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 20 Julai 2022
Korean Name
Hangul박태수
Hanja朴太洙
Perumian SemakanBak Taesu
McCune–ReischauerPak T'aesu

Park Tae-soo (Hangul: 박태수; Hanja: 朴太洙; Perumian Semakan: Bak Taesu) atau nama panggilan di kalangan rakan sepasukan sebagai Pak Karim[2], lahir pada 1 Disember 1989 ialah pemain bola sepak profesional Korea Selatan yang bermain sebagai bek tengah atau pemain tengah bertahan untuk kelab Sabah FC dalam Liga Super Malaysia.

Nama Park Tae-su pernah menjadi bualan ramai apabila jaringan sepakan percuma jarak jauh dilakukannya berjaya menerobos gawang mendapat perhatian akaun media sosial badan induk bola sepak dunia, FIFA.

Gol jaringan Park pada minit ke-20 ketika menentang PJ City pada perlawanan pertama Piala Malaysia itu mendapat lebih 5,000 ulang ciapan (retweet) ketika artikel ini ditulis.[2][3]

Kehidupan Peribadi

Park Tae-Soo telah dilahirkan pada 1 Disember 1989 di Incheon, Korea Selatan dan menetap di sana sepanjang masa remajanya. Menurut akaun media sosialnya di Instagram, Park telah berkahwin dengan wanita yang juga berasal dari Korea Selatan sekitar tahun 2014. Pasangan ini telah dikurniakan 2 orang anak lelaki dan kini menetap di negeri Sabah, Malaysia.[4]

Selain dapat berbahasa Korea, Park juga mampu berbahasa Melayu loghat Sabah sejak kedatangannya ke Malaysia pada tahun 2019.

Rakan sepasukannya gemar memanggil Park dengan nama 'Karim' atau 'Pak Karim' dan nama itu melekat sehingga ke hari ini.[2]

Park turut memberikan nama laman Youtube dengan nama KARIM PARK 카림박.[5]

Karier

Park, memulakan karier seniornya bersama kelab Liga K, Incheon United untuk musim 2011, dan penampilan pertamanya untuk kelab baharunya adalah dalam perlawanan Piala Liga K menentang Daejeon Citizen, bermain hampir sepanjang separuh masa kedua dalam perlawanan tersebut.[6] Kemunculannya dalam Liga K adalah sebagai pemain gantian pada minit-minit akhir dalam perlawanan Incheon menentang Gwangju FC pada 22 Mei 2011.[7]

Sabah

Pada 29 Januari 2009, Park telah diikat oleh pasukan Liga Premier Malaysia, Sabah F.C. sebagai pemain pertahanan import mereka.[8] Park menjaringkan gol penyamaan semasa perlawanan awal liga menentang pasukan Terengganu F.C. II sebelum pasukan mereka menang dengan tambahan dua lagi gol daripada rakan sepasukannya.[9] Sepanjang kariernya bersama pasukan ini, beliau telah menunjukkan kemahiran bertahannya yang terbaik untuk menghalang tekanan daripada pasukan lawan sehingga dapat menjadikan pasukan Sabah menjuarai Liga Premier Malaysia 2019. Kali terakhir Sabah menjuarai liga tersebut adalah pada tahun 1996. Kemenangan menjuarai liga itu, pasukan Sabah secara automatik layak ke Liga Super Malaysia 2020.[10][11]

Statistik Kelab

Sehingga 20 Julai 2022[1][12][13]
Penampilan Kelab Liga Piala Piala Liga Jumlah
Musim Kelab Liga Pen. Gol Pen. Gol Pen. Gol Pen. Gol
Korea Selatan Liga Piala FA Piala Liga Jumlah
2011 Incheon United Liga 1 K 1 0 5 0 6 0
2012 2 0 2 0
2013 Daejeon Citizen 14 0 1 0 15 0
2014 Chungju Hummel Liga 2 K 25 1 25 1
2015 FC Anyang 22 0 1 0 23 0
2016 Gyeongju KHNP Korean National League 4 0 4 0
2018 Hwaseong FC Liga K 0 0 1 0 1 0
Jumlah 68 1 3 0 5 0 76 1
Malaysia Liga Piala FA Piala Malaysia Jumlah
2019 Sabah Liga Premier Malaysia 17 1 1 0 6 0 24 1
2020 Liga Super Malaysia 10 1 0 0 10 1
2021 18 2 7 0 25 2
2022 11 6 2 0 13 6
Jumlah 56 10 3 0 13 0 72 10

Penghargaan

Sabah F.C.

Rujukan

  1. ^ a b c d e "Park Tae-Su". transfermrkt. Dicapai pada 20 Julai 2022.
  2. ^ a b c Hafizudin Omar (29 September 2021). "sukanz.com". Pandai Berbahasa Melayu, Park Tae-su turut dipanggil 'Karim' dalam kalangan rakan sepasukan. Dicapai pada 20 July 2022.
  3. ^ #LigaMalaysia2022 [@FIFAcom] (28 September 2021). "Take a bow, Park Tae-su! There's nothing like a 40-yard rocket hitting the crossbar on its way into the net. Malaysia One for the @SabahFCofficial history books" (Twit). Diarkibkan daripada yang asal pada 20 July 2022. Dicapai pada 20 July 2022 – melalui Twitter.
  4. ^ Park Tae Su [@taesu28] (30 November 2019). "5th wedding anniversary 앞으로도 잘 부탁해 민희야". Dicapai pada 20 July 2022 – melalui Instagram.
  5. ^ Saluran YouTube KARIM PARK 카림박
  6. ^ "Incheon United vs. Daejeon Citizen 3 - 0". soccerway.com.
  7. ^ "Gwangju FC vs. Incheon United 0 - 1". soccerway.com.
  8. ^ "Sabah ikat dua import baharu" [Sabah tie two new imports]. Bernama. Sinar Harian. 29 January 2019. Dicapai pada 10 July 2019.
  9. ^ GL Oh (17 February 2019). "Tambadaus win against Terengganu II". Daily Express. Dicapai pada 10 July 2019.
  10. ^ GL Oh (7 July 2019). "Tambadaus promoted to Super League". Daily Express. Dicapai pada 10 July 2019.
  11. ^ GL Oh (10 July 2019). "Sabah crowned champs". Daily Express. Dicapai pada 10 July 2019.
  12. ^ "Park Tae-Su". Soccerway. Dicapai pada 20 Julai 2022.
  13. ^ "Park Tae-Su". Goal.com. Dicapai pada 20 Julai 2022.
  14. ^ Sinar Harian (10 Julai 2019). "Sabah juara Liga Premier 2019". Sinar Harian. Dicapai pada 20 Julai 2022.

Pautan luar


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.