Urban Xchange

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Parking Lot Pimp)
Urban Xchange
Juga dikenali sebagai
Parking Lot Pimp (2004–2005)
Berasal dariSingapura
Genre
Tahun aktif2000–2004
Syarikat rakaman
Universal Music Singapura
Pengkarya berkait
Bekas ahli
  • Syed Munir Alsagoff
  • Terry Lee
  • Firdaus Bahri
  • Trisno Ishak
  • Vanessa Fernandez
  • Michaela Therese
  • Rathor Humaa
  • Kimberly Olsen

Urban Xchange (juga dikenali sebagai Parking Lot Pimp) merupakan sebuah kumpulan hip hop dan R&B Singapura, yang meraih kejayaan pada awal 2000-an.[1][2] Ahli kumpulan ini terdiri daripada Terry Lee, Trisno Ishak, Munir Alsagoff, Vanessa Fernandez, Michaela Therese, Firdaus Bahri, Rathor Humaa dan Kimberly Olsen. Kumpulan ini mula dikenali di Malaysia menerusi lagu "Tiada Lagi Cinta" yang dipersembahkan oleh Ruffedge. Selain itu, mereka juga dikenali sebagai kumpulan muzik Singapura pertama yang mengikat kontrak rakaman bersama Universal Music.[3]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Urban Xchange ditubuhkan pada 2000 apabila Trisno Ishak yang ketika itu berkhidmat untuk khidmat negara, bertemu dengan penerbit muzik, Terry Lee. Vanessa Fernandez, Munir Alsagoff dan empat ahli lain menyertai kumpulan itu, menjadikan Urban Xchange mempunyai ahli seramai 8 orang.[4]

Kejayaan besar kumpulan ini hadir apabila mereka terpilih untuk menjayakan iklan televisyen Coca-Cola untuk kempen pemasaran terbaru syarikat, "Life Tastes Good".[4][5] Iklan yang ditayangkan di televisyen dan di pawagam, memberikan pendedahan antarabangsa untuk Urban Xchange.[6][7][8] Bakat mereka telah dikesan oleh Hans Ebert, yang ketika itu merupakan Naib Presiden perkhidmatan kreatif dan komunikasi korporat di Universal Music Asia Pacific, yang segera berbincang bersama ahli-ahli kumpulan itu. Kumpulan ini kemudian menandatangani kontrak rakaman selama dua tahun bersama Universal Music, menjadikan Urban Xchange, kumpulan muzik Singapura pertama yang bernaung di bawah label itu.[3]

Album sulung mereka, How Did We Get Here? dikeluarkan pada Disember 2001,[9] memuatkan sebanyak 14 lagu yang menggabungkan elemen muzik garaj dan R&B. Antara lagu yang dikeluarkan sebagai single ialah "Stupid". MTV menamakan kumpulan ini sebagai artis bulan ini. Urban Xchange kemudian menyumbangkan lagu bertajuk "I Wanna Be Like Jackie Chan", yang ditulis oleh Ebert untuk edisi Asia bagi runut bunyi filem Rush Hour 2.[7][10][11]

Urban Xchange juga muncul dalam majalah Elle edisi Singapura keluaran Januari 2002 sebagai "Hot Musicians to look out for in 2002".[12] Kumpulan ini mula dikenali di Malaysia apabila mereka muncul dalam lagu "Tiada Lagi Cinta" yang dipersembahkan oleh Ruffedge, dimuatkan dalam album Extreme Pleasure. Dalam lagu itu, Terry Lee menyumbangkan rap. Pada Oktober 2002, mereka telah dipelawa untuk membuat persembahan di parti hip hop Bump n Grind yang diadakan di Atmosphere Kuala Lumpur. Turut membuat persembahan ialah M.O.B, Ruffedge dan Phlowtron.[13]

Album kedua Urban Xchange, yang mengambil nama kumpulan ini sebagai tajuk album, dikeluarkan pada Disember 2002. Menerusi album kedua, mereka bekerjasama dengan ramai artis termasuk Too Phat, Phlowtron dan penyanyi R&B Amerika Syarikat, Brian McKnight.[14][15] Antara lagu yang dikeluarkan sebagai single ialah "Buzzin'" menampilkan duet bersama Azura Zainal.[2][16][17]

Pada tahun 2003, Urban Xchange memenangi Artis Inggeris Tempatan Baru Terbaik di Anugerah Industri Muzik ke-10,[18][19] dan telah dicalonkan untuk Artis Singapura Kegemaran di Anugerah MTV Asia 2003.[20][2] Mereka juga muncul sebagai artis jemputan untuk lagu "Not That Type Of Lady" nyanyian Camelia. Kumpulan ini juga beraksi di samping kumpulan pop klasik Eropah, Wild; bintang pop British, Jay Sean; penyanyi folk Australia, Missy Higgins dan penyanyi Amerika Syarikat, Richard Marx di EMI Rainbow of Sound Showcase 2004 di Bangkok. Mereka juga ditemubual oleh penulis majalah Billboard, Bill McClure dan hos CNN, Tanonaka Dalton untuk rancangan bual bicara serantau, Talk Asia.[1]

Parking Lot Pimp[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2005, Urban Xchange telah dijenamakan semula sebagai Parking Lot Pimp. Kumpulan baru ini terdiri daripada empat ahli kumpulan Urban Xchange – Terry, Trisno, Vanessa dan Munir, serta penyanyi rap Amerika Syarikat, Jeremy Green (JG).[21] Berbeza dengan kumpulan ini, Parking Lot Pimp mengetengahkan genre rock psikedelik dan space rock. Album sulung mereka, Welcome To Our Frequency dikeluarkan pada tahun yang sama.[22]

Ahli kumpulan[sunting | sunting sumber]

  • Syed Munir Alwi Alsagoff (Mr. Moon)[23] - vokal, gitar, ketua kumpulan
  • Rathor Humaa - vokal, vokal latar
  • Terrence Leong (Terry Lee) - rap
  • Trisno Ishak - vokal, gitar
  • Firdaus Bahri (DJ Noyzfera2)[23] - DJ
  • Michaela Therese - vokal, vokal latar
  • Vanessa Fernandez - vokal, vokal latar
  • Kimberly Anne Olsen - rap

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album studio[sunting | sunting sumber]

Tajuk Butiran album
How Did We Get Here?
Urban Xchange
  • Dikeluarkan: Disember 2002
  • Label: Universal Music Singapore
  • Format: CD, kaset, muat turun digital

Single[sunting | sunting sumber]

Tajuk Tahun
"Stupid" 2001
"I Wanna Be Like Jackie Chan"
"Buzzin'" (ft. Azura Zainal) 2002
"Live It Up"

Penampilan lain[sunting | sunting sumber]

Tajuk Tahun Penyanyi
"Tiada Lagi Cinta" 2002 Ruffedge
"Not That Type Of Lady" 2003 Camelia

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Penerima/Karya tercalon Keputusan
2003 Anugerah MTV Asia 2003 Artis Singapura Kegemaran Urban Xchange Tercalon
Anugerah Industri Muzik ke-10 Artis Inggeris Tempatan Baru Terbaik Menang
Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Di Dalam Album Tercalon
Rakaman Album Terbaik Tercalon
Album Tempatan Terbaik Tercalon

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Fair Xchange" (dalam bahasa Inggeris). The Straits Times. 3 Oktober 2001. m/s. 3. Dicapai pada 21 Ogos 2018.
  2. ^ a b c Chia Sihan (Februari 2003). "Interview with Urban Xchange" (dalam bahasa Inggeris). The Urbanwire. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 Jun 2016. Dicapai pada 21 Ogos 2018.
  3. ^ a b Steven Patrick (21 Julai 2001). "Urban Xchange first to sign on with Universal label" (dalam bahasa Inggeris). Billboard. m/s. 63. Dicapai pada 21 Ogos 2018.
  4. ^ a b David Ngiau (1 Mei 2001). "This is for real" (dalam bahasa Inggeris). TODAY. m/s. 44. Dicapai pada 21 Ogos 2018.
  5. ^ "Urban Xchange 'cool' dalam iklan Coca-Cola". Berita Harian Singapura. 18 Jun 2001. m/s. 9. Dicapai pada 21 Ogos 2018.
  6. ^ "Get a taste for Urban Xchange" (dalam bahasa Inggeris). The Coca-Cola Company. 19 Mei 2001. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 Mac 2016. Dicapai pada 21 Ogos 2018.
  7. ^ a b Nazir Husain (12 Januari 2002). "Tasting good" (dalam bahasa Inggeris). Billboard. m/s. 43. Dicapai pada 21 Ogos 2018.
  8. ^ W.T. Yeoh (19 Julai 2001). "Rushing into the big time?" (dalam bahasa Inggeris). The New Paper. m/s. 20. Dicapai pada 21 Ogos 2018.
  9. ^ Clara Chow (3 November 2001). "Urban truly tastes good" (dalam bahasa Inggeris). The Straits Times. m/s. 24. Dicapai pada 21 Ogos 2018.
  10. ^ "Rise to fame in 24 hours" (dalam bahasa Inggeris). The Straits Times. 14 Disember 2001. m/s. 3. Dicapai pada 21 Ogos 2018.
  11. ^ "Urban discontent" (dalam bahasa Inggeris). The Straits Times. 14 Disember 2001. m/s. 3. Dicapai pada 21 Ogos 2018.
  12. ^ "People: Hot List" (dalam bahasa Inggeris). Elle Singapore. Januari 2002. m/s. 58. Dicapai pada 21 Ogos 2018.
  13. ^ Hazwani Che Din (18 Oktober 2002). "A hot hip-hop Xchange" (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. Dicapai pada 22 Oktober 2020.
  14. ^ Janice Liu (28 Disember 2002). "Urban success" (dalam bahasa Inggeris). TODAY. m/s. 33. Dicapai pada 21 Ogos 2018.
  15. ^ Tommy Wee (7 Disember 2002). "Cultural Xchange" (dalam bahasa Inggeris). The Straits Times. m/s. 6. Dicapai pada 21 Ogos 2018.
  16. ^ "Urban Xchange set for greater success" (dalam bahasa Inggeris). New Sunday Times. 1 Disember 2002. Dicapai pada 22 Oktober 2020.
  17. ^ Ellyna Ali (9 Februari 2003). "Urban Xchange berpotensi besar". Berita Minggu. Dicapai pada 22 Oktober 2020.
  18. ^ Hasleen Bachik (28 April 2003). "Anak seni S'pura bersinar di AIM". Berita Harian Singapura. m/s. 12. Dicapai pada 21 Ogos 2018.
  19. ^ "Empat dari Singapura di senarai AIM 2003". Berita Harian Singapura. 30 Mac 2003. m/s. 15. Dicapai pada 21 Ogos 2018.
  20. ^ "Urban Xchange sudah langkah jauh". Berita Harian Singapura. 7 November 2002. m/s. 12. Dicapai pada 21 Ogos 2018.
  21. ^ S. Tan (26 Mei 2005). "New name, new frequency" (dalam bahasa Inggeris). The New Paper. m/s. 25. Dicapai pada 21 Ogos 2018.
  22. ^ Jill Alphonso (27 Mei 2005). "The right frequency" (dalam bahasa Inggeris). The Straits Times. m/s. 12. Dicapai pada 21 Ogos 2018.
  23. ^ a b Sabina-Leah Fernandez (5 Disember 2002). "Keeping the faith" (dalam bahasa Inggeris). TODAY. m/s. 106. Dicapai pada 21 Ogos 2018.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]