Parliament Hill, Ontario

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pemandangan Bukit Parlimen, diambil dari Taman Major's Hill.

Parliament Hill (Bahasa Perancis: Colline du Parlement) yang bermaksud Bukit Parlimen adalah sebuah kawasan di dalam tanah mahkota yang terletak di selatan tebing sungai Ottawa di Ontario, Kanada. Rangkaian bangunannya yang bercirikan seni bina kebangkitan Goth ini menempatkan bangunan Parlimen Kanada dan kawasan ini menarik kira-kira 3 juta pengunjung setiap tahun. Penguatkuasaan undang-undang di Parliament Hillbukit dan di presint parlimen merupakan tanggungjawab di bawah Perkhidmatan Perlindungan Parlimen (PPS).[a][1]

Pada asalnya merupakan tapak pangkalan tentera pada abad ke-18 hingga awal ke-19, pembangunan di kawasan itu kepada presint kerajaan bermula pada 1859, selepas baginda Ratu Victoria memilih Ottawa sebagai ibu kota Wilayah Kanada. Berikutan beberapa binaan tambahan kepada bangunan parlimen dan jabatan serta kebakaran yang berlaku pada 1916 yang memusnahkan Blok Tengah, Parliament Hill berada di dalam bentuknya yang sekarang setelah siapnya Menara Keamanan pada tahun 1927. Sejak 2002, projek pengubahsuaian dan pemulihan bernilai $1 bilion sedang dijalankan untuk kesemua bangunan presint; kerja-kerja dijangka untuk siap selepas tahun 2020.[2]

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Dikenali dalam bahasa Inggeris sebagai Parliamentary Protective Service dan bahasa Perancis sebagai Service de protection parlementaire.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Canadian Press (6 Mei 2007). "Parliament Hill tourist facilities overwhelmed". CTV. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-12-16. Dicapai pada 9 Januari 2009.
  2. ^ "Follow the Rehabilitation of the Parliament Buildings". Perkhidmatan Awam dan Perolehan Kanada. Dicapai pada 8 Mac 2018.

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]