Parlimen Scotland

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Parlimen Scotland
ڤرليمن سکوتلند
Pàrlamaid na h-Alba
The Scots Pairlament
Jata Parlimen Scotland
Parlimen Scotland ke-5
Jenis
Jenis
Ekadewan
Sejarah
Diasaskan12 Mei 1999 (1999-05-12)
Kepimpinan
Pegawai Pengerusi
Ken Macintosh
sejak 12 Mei 2016
Menteri Pertama
Nicola Sturgeon, SNP
sejak 20 November 2014
Ketua Pembangkang
Ruth Davidson, Konservatif
sejak 11 Ogos 2020
Pemimpin Parti Pembangkang
Struktur
Ahli129
Komposisi terkini kerusi dalam Parlimen Scotland
Kumpulan politik
Pemerintah (61):[1]

Parti Pembangkang (67):[1]

Pegawai Pengerusi (1):

  •      PO (1)
Jawatankuasa
16
  • Audit
  • Peluang Sama Rata
  • Hubungan Eropah dan Luar
  • Kewangan
  • Tatacara
  • Petisyen Awam
  • Piawaian dan Pelantikan Awam
  • Perundangan Bawah
  • Ekonomi, Tenaga dan Pelancongan
  • Pendidikan, Pembelajaran Sepanjang Hayat dan Budaya
  • Kesihatan dan Sukan
  • Keadilan
  • Pemerintah dan Komuniti Tempatan
  • Ehwal Luar Bandar dan Sekitaran
  • Skim Pencen Parlimen Scotland
  • Pengangkutan, Prasarana dan Perubahan Iklim
Pilihan raya
Sistem pengundian
Sistem ahli tambahan
Pilihan raya terakhir
5 Mei 2016
Pilihan raya seterusnya
6 Mei 2021 atau lebih awal[2]
Tempat persidangan
Kamar perbahasan Parlimen
Bangunan Parlimen Scotland, Edinburgh
Laman sesawang
www.parliament.scot
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Parlimen Scotland (Gaelik Scotland: Pàrlamaid na h-Alba; Scots: The Scots Pairlament)[3][4][5] ialah badan perundangan ekadewan bagi negara Scotland. Disebabkan ia terletak di kawasan Holyrood dekat ibu negara Edinburgh, ia sering kali dirujuk dengan kata gelar Holyrood.[6] Parlimen ini dipilih secara demokratik yang terdiri daripada 129 orang ahli yang dikenali sebagai Ahli Parlimen Scotland (MSP), dipilih untuk jangka masa empat tahun melalui sistem ahli tambahan: 73 MSP mewakili kawasan undi geografi individu yang dipilih melalui sistem kemajmukan ("pemenang undi terbanyak"), manakala 56 ahli daripada kawasan ahli tambahan, di mana setiap satunya memilih tujuh MSP.[7] Pilihan raya paling terkini bagi Parlimen ini telah diadakan pada 5 Mei 2016, dengan Parti Kebangsaan Scotland memenangi kemajmukan.

Parlimen Scotland yang asal merupakan badan perundangan kebangsaan bagi Negara Beraja Scotland yang merdeka dan wujud sejak awal abad ke-13 sehingga negara beraja itu bergabung dengan Negara Beraja England di bawah Akta Penyatuan 1707 untuk membentuk Negara Beraja Great Britain.[8] Dengan itu, kedua-dua Parlimen Scotland dan England tidak lagi wujud dan Parlimen Great Britain yang berada di Westminster di London telah dibentuk.[8]

Berikutan satu pungutan suara pada 1997, di mana pengundi-pengundi Scotland meilih untuk penurunan kuasa, Parlimen terkini diwujudkan melalui Akta Scotland 1998, yang menetapkan kuasanya sebagai badan perundangan penurunan. Akta itu menentukan kecekapan perundangan Parlimen – bidang di mana ia boleh membuat undang-undang – dengan jelas menyatakan kuasa yang "dikhaskan" kepada Parlimen United Kingdom. Parlimen Scotland mempunyai kuasa untuk membuat undang-undang di semua bidang yang tidak dikhaskan secara tersurat kepada Westminster.[9] Parlimen British mengekalkan keupayaan untuk meminda bidang rujukan Parlimen Scotland, dan boleh memperluas atau mengurangkan bidang di mana ia boleh membuat undang-undang.[ref 1] Sidang pertama untuk Parlimen baru telah diadakan pada 12 Mei 1999.[10]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sebelum Persetiaan Penyatuan 1707 yang menyatukan Negara-negara Beraja Scotland dan England ke dalam satu negara baru yang dipanggil "Great Britain", Scotland mempunyai parlimen bebas yang dikenali sebagai Parlimen Scotland. Cadangan awal Scotland dalam perundingan mengenai penyatuan itu mencadangkan Parlimen yang diturunkan dikekalkan di Scotland tetapi ini tidak diterima oleh perunding Inggeris.[11]

Untuk tiga ratus tahun berikutnya, Scotland secara langsung ditadbir oleh Parlimen Great Britain dan penggantinya Parlimen United Kingdom; kedua-duanya duduk di Westminster dan ketiadaan Parlimen Scotland kekal sebagai unsur penting dalam identiti kebangsaan Scotland.[12] Cadangan untuk 'menurunkan' Parlimen telah dibuat sebelum tahun 1914, tetapi ia ditangguhkan kerana Perang Dunia Pertama tercetus waktu itu. Peningkatan semangat kebangsaan di Scotland ketika lewat 1960-an, menuntut permintaan untuk beberapa bentuk pemerintahan sendiri atau kemerdekaan penuh dan pada 1969, ia mendorong pemerintah semasa Parti Buruh di bawah pimpinan Harold Wilson untuk menetapkan Suruhanjaya Kilbrandon bagi menimbangkan perlembagaan British.[12] Salah satu objektif utama suruhanjaya tersebut adalah untuk mengkaji cara-cara bagi memberikan lebih banyak kuasa pemerintahan sendiri kepada Scotland di dalam negara kesatuan United Kingdom.[12] Kilbrandon menerbitkan laporannya pada 1973, mengesyorkan penubuhan Dewan Perhimpunan Scotland yang dipilih secara langsung untuk menggubal kebanyakan hal ehwal dalaman Scotland.[13]

Pada masa ini, penemuan minyak di Laut Utara dan kempen "Ia Minyak Scotland" oleh Parti Kebangsaan Scotland (SNP) telah meningkatkan sokongan untuk kemerdekaan Scotland. Parti itu berhujah bahawa hasil daripada minyak itu tidak memberi manfaat kepada Scotland seperti yang sepatutnya.[12] Kesan-kesan tersebut menyebabkan Perdana Menteri Wilson meminta pemerintahnya untuk menurunkan beberapa kuasa perundangan pada 1974.[12] Walau bagaimanapun, cadangan perundangan terakhir untuk Dewan Perhimpunan Scotland telah diluluskan oleh Parlimen United Kingdom hanya pada tahun 1978.

Di bawah syarat Akta Scotland 1978, satu dewan perhimpunan yang dipilih akan didirikan di Edinburgh, menyediakan satu pungutan suara yang diadakan pada 1 Mac 1979, dengan sekurang-kurangnya 40% daripada jumlah pengundi memilih untuk memihak kepada cadangan itu. Pungutan suara untuk penurunan kuasa kepada Scotland itu gagal walaupun 51.6% undi memihak kepada Dewan Perhimpunan Scotland dengan jumlah keluar mengundi sebanyak 63.6%, majoriti hanya mewakili 32.9% daripada populasi pengundian yang layak.[14]

Sepanjang 1980-an dan 1990-an, permintaan untuk Parlimen Scotland meningkat, sebahagiannya adalah kerana kerajaan United Kingdom dikuasai oleh Parti Konservatif, manakala di Scotland hanya beberapa ahli parlimen Konservatif yang dipilih.[12] Selepas kekalahan pungutan suara pada 1979, kempen untuk Dewan Perhimpunan Scotland telah dimulakan sebagai kumpulan berkepentingan, membawa kepada Konvensyen Perlembagaan Scotland 1979 dengan pelbagai pertubuhan mengambil bahagian seperti gereja-gereja Scotland, parti-parti siasah dan wakil-wakil dari industri. Menerbitkan rangka tindakan untuk penurunan pada 1995, Konvensyen itu memberikan banyak asas bagi struktur Parlimen.[15]

Isu penurunan diteruskan dan menjadi sebahagian daripada platform Parti Buruh, di mana pada Mei 1997, parti di bawah pimpinan Tony Blair itu berjaya memegang kuasa pentadbiran United Kingdom.[12] Pada September 1997, pungutan suara untuk penurunan kuasa kepada Scotland 1997 diadakan dan jumlah majoriti berjaya diperoleh di mana ia memihak kepada penubuhan Parlimen Scotland yang baru, dengan kuasa cukai berbeza di Edinburgh.[16] Satu pilihan raya telah diadakan pada 6 Mei 1999 dan pada 1 Julai tahun yang sama, kuasa perundangan dari Westminster diturunkan kepada Parlimen baru.[17]

Bangunan dan perkarangan[sunting | sunting sumber]

Pintu masuk awam bangunan Parlimen Scotland, dibuka pada Oktober 2004

Sejak September 2004, bangunan rasmi bagi Parlimen Scotland telah menjadi Bangunan Parlimen Scotland yang baru, di kawasan Holyrood, Edinburgh. Bangunan itu telah direka bentuk oleh arkitek Sepanyol, Enric Miralles dengan kerjasama firma seni bina Edinburgh tempatan RMJM yang diketuai oleh Tony Kettle. Beberapa ciri utama bangunan baru itu adalah bentuknya yang seperti daun, cabang berbumbung rumput yang bergabung menjadi taman bersebelahan dan dinding gabion yang dibentuk daripada batu-batu bangunan sebelumnya. Sepanjang bangunan tersebut terdapat banyak motif berulang seperti bentuk-bentuk berdasarkan pada lukisan oleh Raeburn, Menteri Meluncur.[18] Tebar layar bertangga dan jendela langit bot terbalik di Lobi Kebun melengkapkan seni binanya yang unik.[19] Baginda Ratu Elizabeth II melancarkan pembukaan bangunan baru Parlimen pada 9 Oktober 2004.

Pada Mac 2006, salah satu rasuk bumbung bangunan tergelincir dan ditinggalkan tergantung di atas bangku belakang semasa satu sesi perbahasan.[20] Dewan perbahasan kemudiannya ditutup dan ahli-ahli Parlimen (MSP) dipindahkan ke The Hub untuk seminggu, sementara pemeriksaan dijalankan.[21] Ketika pembaikan, kesemua urusan dewan dilakukan di bilik jawatankuasa dua Parlimen.

Tempat sementara (1999–2004)[sunting | sunting sumber]

Sementara bangunan tetap di Holyrood sedang dibina, bangunan sementara untuk Parlimen diasaskan di Edinburgh.[22] Dewan Perhimpunan Agung Gereja Scotland di Royal Mile telah dipilih sebagai rumah Parlimen.[23] Gambar-gambar dan wawancara televisyen rasmi telah dibuat di halaman dalam bersebelahan Dewan Perhimpunan Agung, yang merupakan sebahagian daripada Sekolah Ketuhanan Universiti Edinburgh. Bangunan ini dikosongkan dua kali untuk membolehkan mesyuarat Perhimpunan Agung Gereja diadakan. Pada Mei 2000, Parlimen ditempatkan semula secara sementara ke dewan perbahasan Majlis Wilayah Strathclyde lama di Glasgow,[24] dan ke Universiti Aberdeen pada Mei 2002.[25]

Sebagai tambahan kepada Dewan Perhimpunan Agung, Parlimen juga menggunakan bangunan yang disewa daripada Majlis Bandaraya Edinburgh. Bekas bangunan pentadbiran Majlis Wilayah Lothian di Jambatan George IV telah digunakan sebagai pejabat untuk ahli-ahli MSP. Selepas Parlimen dipindahkan ke Holyrood pada 2004, bangunan ini dimusnahkan. Bekas bangunan Kaunti Lothian Tengah yang menghadap Dataran Parlimen, High Street dan Jambatan George IV di Edinburgh (asalnya dibina sebagai ibu pejabat Majlis Kaunti Lothian Tengah sebelum tahun 1975) menempatkan pusat dan kedai pelawat Parlimen, manakala dewan utama digunakan sebagai bilik jawatankuasa utama Parlimen.

Pegawai[sunting | sunting sumber]

Baginda Ratu Elizabeth II bersama-sama dengan Yang Amat Berhormat Menteri Pertama Donald Dewar dan Tuan Pegawai Pengerusi David Steel semasa pembukaan Parlimen pada 1 Julai 1999

Selepas setiap pilihan raya bagi Parlimen Scotland, pada permulaan sesi parlimen, seorang MSP akan dipilih untuk berkhidmat sebagai Pegawai Pengerusi, satu jawatan yang setara dengan speaker di badan-badan perundangan lain, dan dua orang MSP untuk berkhidmat sebagai timbalan. Pegawai Pengerusi (kini Ken Macintosh) dan para timbalan (kini Linda Fabiani dan Christine Grahame) dipilih melalui undian rahsia oleh 129 orang MSP, di mana ia satu-satunya undian sedemikian yang dilakukan di dalam Parlimen. Pada asasnya, peranan Pegawai Pengerusi adalah untuk mempengerusikan prosiding-prosiding dewan dan Badan Korporat Parlimen Scotland.[26] Apabila mempengerusikan mesyuarat Parlimen, Pegawai Pengerusi dan timbalannya mestilah tidak memihak kepada mana-mana parti politik.[27] Semasa perbahasan, Pegawai Pengerusi (atau timbalannya) dibantu oleh kerani parlimen, yang memberi nasihat bagaimana untuk mentafsir aturan tetap yang menguruskan prosiding-prosiding mesyuarat. Kerani undi duduk di hadapan Pegawai Pengerusi dan mengendalikan peralatan pengundian elektronik dan jam-jam dewan.[28]

Sebagai seorang ahli Badan Korporat Parlimen Scotland, Pegawai Pengerusi bertanggungjawab untuk memastikan Parlimen berfungsi dengan cekap dan mempunyai kakitangan, pemilikan dan sumber yang diperlukan untuk beroperasi.[29] Mengadakan Biro Parlimen yang memperuntukkan masa dan menetapkan agenda kerja di dalam dewan adalah salah satu peranan Pegawai Pengerusi. Di bawah aturan tetap parlimen, Biro terdiri daripada Pegawai Pengerusi dan seorang wakil daripada setiap parti siasah dengan lima atau lebih kerusi di dalam Parlimen. Antara kewajipan Biro adalah untuk bersetuju dengan jadual waktu urusan di dalam dewan, mewujudkan nombor, bidang kuasa dan keahlian jawatankasa parlimen dan mengawal atur perjalanan (rang) undang-undang melalui Parlimen. Pegawai Pengerusi juga mewakili Parlimen Scotland di dalam dan luar dengan kapasiti rasmi.[27]

Pegawai Pengerusi mengawal perbahasan-perbahasan dengan memanggil ahli Parlimen (MSP) untuk berucap. Jika seorang ahli percaya bahawa peraturan (atau aturan tetap) telah dilanggar, beliau boleh membangkitkan "mengikut peraturan", di mana Pegawai Pengerusi akan membuat keputusan yang tidak tertakluk kepada sebarang perbahasan atau rayuan. Pegawai Pengerusi juga boleh menegur tatatertib kepada MSP yang gagal mematuhi peraturan-peraturan Parlimen.[27]

Ahli Pemerintah Scotland yang bertugas untuk memimpin urusan Eksekutif melalui Parlimen ialah Menteri untuk Urusan Parlimen (kini Joe FitzPatrick). Menteri tersebut dilantik oleh Menteri Pertama dan ia adalah Menteri Muda di dalam Pemerintah Scotland, yang tidak menghadiri kabinet.

Dewan parlimen[sunting | sunting sumber]

Dewan perbahasan dengan tempat duduk berbentuk separa bulatan.

Dewan perbahasan Parlimen Scotland mempunyai tempat duduk yang diatur dalam separa bulatan, satu reka bentuk yang biasa dilihat di badan-badan perundangan Eropah, yang bertujuan untuk menggalakkan sepersetujuan dan kesepakatan.[30][31] Dengan jumlah tempat duduk sebanyak 131, 129 diisi oleh ahli Parlimen (MSP) yang dipilih dan dua lagi untuk pegawai undang-undang Scotland – Lord Advocate (Peguam Bela) dan Peguam Cara Negara Scotland, yang merupakan anggota Pemerintah Scotland. Oleh itu, dua pegawai itu boleh menghadiri dan berbahas di dalam mesyuarat pleno Parlimen tetapi tidak dapat mengundi kerana mereka bukannya MSP yang dipilih.

Para ahli MSP boleh duduk di mana sahaja di dalam dewan, tetapi kebiasaannya duduk mengikut kumpulan parti mereka.[28] Menteri Pertama, menteri-menteri kabinet Scotland dan pegawai undang-undang duduk di baris hadapan, tengah dewan. Parti terbesar dalam Parlimen duduk di tengah-tengah separa bulatan, dengan parti-parti pembangkang di sisi tepi.[28] Pegawai Pengerusi, kerani dan pegawai parlimen duduk bertentangan dengan para MSP, di hadapan dewan perbahasan.

Di hadapan meja Pegawai Pengerusi terdapat cokmar parlimen[32] yang dibuat daripada perak dan bertatahkan emas yang diambil dari sungai-sungai di Scotland serta perkataan "Wisdom, Compassion, Justice and Integrity" (Hikmah, Belas kasihan, Keadilan dan Kewibawaan) ditulis padanya.[33] "There shall be a Scottish Parliament" (Maka hendaklah ada Parlimen Scotland), yang merupakan perkataan-perkataan pertama daripada Akta Scotland ditulis mengelilingi kepala cokmar,[32][33][34] yang mempunyai peranan istiadat dalam mesyuarat Parlimen, mewakili kuasa Parlimen untuk menggubal undang-undang. Dihadapkan ke Parlimen Scotland oleh Baginda Ratu apabila pembukaan rasmi Parlimen pada Julai 1999, cokmar dipaparkan dalam bekas kaca, digantung daripada penutupnya. Pada permulaan setiap persidangan di dalam dewan, penutup kaca diputarkan supaya cokmar berada di atas kaca untuk menandakan mesyuarat penuh sedang dijalankan.[28]

Persidangan[sunting | sunting sumber]

Sidang parlimen biasanya diadakan pada hari Selasa, Rabu dan Khamis dari awal Januari hingga lewat Jun dan dari awal September hingga pertengahan Disember, dengan dua minggu rehat pada bulan April dan Oktober.[35] Mesyuarat pleno di dewan perbahasan biasanya mengambil tempat pada petang Rabu dari jam 2 petang hingga 6 petang dan pada Khamis dari 9.15 pagi hingga 6 petang.[35] Perbahasan dan mesyuarat jawatankuasa dewan dibuka kepada orang awam di mana masuk adalah percuma tetapi tempahan awal digalakkan kerana ruang yang terhad. TV Parlimen merupakan siar web dan arkib urusan dalam Parlimen sejak 2012[36] dan pada saluran BBC Parliament milik Perbadanan Penyiaran British (BBC). Persidangan juga dirakamkan dalam bentuk teks, cetakan dan dalam taian, di dalam Laporan Rasmi, yang merupakan transkrip kata demi kata yang penting bagi perbahasan-perbahasan parlimen.[37]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Catatan[sunting | sunting sumber]

Umum[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Nicola Sturgeon rules out coalition after 'emphatic' win for SNP". BBC News. 6 Mei 2016. Dicapai pada 6 Mei 2016.
  2. ^ "Scottish Elections (Dates) Act 2016" (PDF). Parlimen Scotland. 30 Mac 2016. Dicapai pada 6 Mei 2016.
  3. ^ "Makkin Yer Voice Heard in the Scottish Pairlament". Parlimen Scotland. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 November 2007. Dicapai pada 10 Februari 2007. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  4. ^ "SPCB Leid Policy" (PDF). Parlimen Scotland. Dicapai pada 10 Februari 2007.
  5. ^ Perkataan bahasa Scots untuk Scottish sebenarnya ialah Scots.
  6. ^ "Scottish Parliament Word Bank". Parlimen Scotland. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 Disember 2005. Dicapai pada 14 November 2006. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  7. ^ "How the Scottish Parliament works" (PDF). Parlimen Scotland. Oktober 2014. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2016-08-20. Dicapai pada 1 Julai 2016.
  8. ^ a b "The Scottish Parliament – Past and Present" (PDF). Scottish Parliament. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 20 Ogos 2016. Dicapai pada 1 Julai 2016. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  9. ^ "Scotland Act 1998: Scottish Parliament Reserved Issues". Pejabat Penerangan Sektor Awam (OPSI). Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Mei 2007. Dicapai pada 14 November 2006. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  10. ^ "Scottish Parliament Official Report – 12 May 1999". Parlimen Scotland. Dicapai pada 5 November 2006.
  11. ^ "The Last Parliament of Scotland 1703–1707". BBC. 1997. Dicapai pada 15 Oktober 2006.
  12. ^ a b c d e f g "The Devolution Debate (1997) – This Century". BBC. Dicapai pada 13 Oktober 2006.
  13. ^ "Papers reveal devolution warnings". BBC News. 1 January 2005. Dicapai pada 24 November 2006.
  14. ^ "The 1979 Referendums". The Holyrood Inquiry. 1997. Dicapai pada 21 Ogos 2006.
  15. ^ Peter Fraser (15 Oktober 2004). "Events Prior to 1 May 1997". The Holyrood Inquiry. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Oktober 2004. Dicapai pada 17 November 2006. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  16. ^ "Past Referendums – Scotland 1997". Suruhanjaya Pilihan Raya. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 Disember 2006. Dicapai pada 17 November 2006. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  17. ^ Morgan, Bryn (8 October 1999). "House of Commons Research Paper – Scottish Parliament Elections: 6 May 1999". Perpustakaan Dewan Rakyat. Dicapai pada 2 Julai 2016.
  18. ^ Charles Jencks (Januari 2005). "Identity parade: Miralles and the Scottish parliament: On the architectural territories of the EMBT/RMJM parliament building". Architecture Today no.154 p.32–44. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 Oktober 2007. Dicapai pada 7 Januari 2007.
  19. ^ "Gallery – The Scottish Parliament at Holyrood". The Guardian. London. Dicapai pada 25 Oktober 2006.
  20. ^ "Holyrood business halted by beam". BBC News. BBC. 2 Mac 2006. Dicapai pada 16 Ogos 2017.
  21. ^ "MSPs face further beam disruption". BBC News. 9 Mac 2006. Dicapai pada 16 Oktober 2006.
  22. ^ Sengupta, Kim (21 Mac 1998). "Parliament kept out in double blow for Glasgow". The Independent. Dicapai pada 4 Mac 2017.
  23. ^ "Kirk's home hosts moment of history". BBC News. 1 Julai 1999. Dicapai pada 14 November 2006.
  24. ^ "Glasgow's miles better for parliament". BBC News. 13 Januari 2000. Dicapai pada 4 Mac 2017.
  25. ^ Urquhart, Frank (12 September 2001). "Aberdeen first city outside central belt to host parliament". The Scotsman. Dicapai pada 4 Mac 2017.
  26. ^ "About the Parliament: The Presiding Officer". Parlimen Scotland. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-02-02. Dicapai pada 1 Julai 2016.
  27. ^ a b c "About the Parliament: The Presiding Officer: The Presiding Officer". Parlimen Scotland. Dicapai pada 1 Julai 2016.
  28. ^ a b c d "The Scottish Parliament Debating Chamber" (PDF). Parlimen Scotland. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 29 Oktober 2006. Dicapai pada 13 Oktober 2006. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  29. ^ "About the Parliament: Corporate Governance: Scottish Parliamentary Corporate Body (SPCB): SPCB Remit". Parlimen Scotland. Dicapai pada 1 Julai 2016.
  30. ^ "Horseshoe chamber shapes up Dewar says Scottish parliament design will not follow the confrontational template of Westminster". The Herald. 22 November 1997. Dicapai pada 3 Mac 2017.
  31. ^ Lockhart, David (19 Februari 2014). "Westminster and Holyrood: A tale of two parliaments". BBC News. Dicapai pada 25 Februari 2017.
  32. ^ a b "A symbol of authority". BBC News. 1 Julai 1999.
  33. ^ a b "Parliament Mace to go on display at the Museum of Scotland". Parlimen Scotland. 15 July 1999. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 September 2006. Dicapai pada 12 Oktober 2006. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  34. ^ "Donald Dewar's speech at the opening of the Scottish Parliament 1 July 1999" (PDF). Parlimen Scotland. Dicapai pada 23 Jun 2016.
  35. ^ a b "Issue Briefs – Scottish Parliament guide". Politics.co.uk. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 September 2007. Dicapai pada 16 Oktober 2006. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  36. ^ "Parliament TV: Home". scottishparliament.tv. Dicapai pada 30 September 2016.
  37. ^ "Official Report terms of Reference". Parliamentary Business: Official Report: About the Official Report. Parlimen Scotland. Dicapai pada 1 Julai 2016.

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

  • Balfour, A; McCrone, G (2005). Creating a Scottish Parliament. ISBN 0-9550016-0-9.
  • Burrows, N (Mac 1999). "Unfinished Business - The Scotland Act 1998". Modern Law Review. 62 (2): 241–260. doi:10.1111/1468-2230.00203.
  • Hassan, G (1999). A Guide to the Scottish Parliament: The Shape of Things to Come. The Stationery Office Books. ISBN 0-11-497231-1.
  • Dardanelli, P (2005). Between Two Unions: Europeanisation and Scottish Devolution. Manchester University Press. ISBN 0-7190-7080-5.
  • Kingdom, J (1999). Government and Politics in Britain, An Introduction. Polity. ISBN 0-7456-1720-4.
  • MacLean, B (2005). Getting It Together: Scottish Parliament. Luath Press Ltd. ISBN 1-905222-02-5.
  • McFadden, J; Lazarowicz, M (2003). The Scottish Parliament: An Introduction. LexisNexis UK. ISBN 0-406-96957-4.
  • Murkens, E; Jones, P; Keating, M (2002). Scottish Independence: A Practical Guide. Edinburgh University Press. ISBN 0-7486-1699-3.
  • Taylor, Brian (1999). The Scottish Parliament. Polygon, Edinburgh. ISBN 1-902930-12-6.
  • Taylor, Brian (2002). The Scottish Parliament: The Road to Devolution. Edinburgh University Press. ISBN 0-7486-1759-0.
  • Young, John R. (1996). The Scottish Parliament, 1639–1661: A Political and Constitutional. Edinburgh: John Donald Publishers. ISBN 0-85976-412-5.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]