Parmigiano-Reggiano
Parmigiano-Reggiano | |
---|---|
![]() | |
Negara asal | Itali |
Wilayah, Bandar | Wilayah Parma, Reggio Emilia, Modena, Bologna (barat Reno) dan Mantua (selatan Po) |
Sumber susu | Lembu |
Dipasteurkan | Tidak |
Tekstur | Keras |
Tempoh penuaan | Minimum: 12 bulan Vecchio: 18–24 bulan Stravecchio: 24–36 bulan |
Pensijilan | Itali: DOP 1955 EU: PDO 1992 |
Parmigiano-Reggiano (/ˌpɑːrmɪˌdʒɑːnoʊ rɛˈdʒɑːnoʊ/; sebutan bahasa Itali: [ˌparmiˈdʒaːno redˈdʒaːno]), atau keju Parmesan, ialah keju keras dan berbutir.
Ia dinamakan sempena tempat penghasilannya iaitu Wilayah Wilayah Parma, Reggio Emilia, Modena, Bologna (barat Reno) dan Mantua (selatan Po), Itali.
Bawah undang-undang Itali, hanya keju yang benar-benar dihasilkan di wilayah tersebut dilabel sebagai "Parmigiano-Reggiano", dan undang-undang Eropah mengelaskan namanya, begitu juga dengan terjemahan "Parmesan", sebagai nama asal yang dilindungi. Parmigiano ialah kata sifat bahasa Itali bagi Parma dan Reggiano adalah untuk Reggio Emilia. Luar Eropah, nama "Parmesan" boleh digunakan bagi keju yang menyerupai Parmigiano-Reggiano, dengan nama penuh Italinya hanya untuk keju Parmigiano-Reggiano yang asli. Keju ini turut dikenali sebagai "Raja Keju".[1]
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ "Most Parmesan Cheeses In America Are Fake, Here's Why". Forbes. November 19, 2012. Dicapai pada 2015-05-13.
... that it has earned the nickname in the dairy industry, 'The King of Cheeses.'