Partai Bulan Bintang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Partai Bulan Bintang
Moon Star Party
PresidenYusril Ihza Mahendra
Ditubuhkan17 Julai 1998; 23 tahun yang lalu (1998-07-17)
Ibu pejabatDaerah Khusus Ibukota Jakarta, Indonesia
IdeologiIslamisme[1]
Nasionalis Islamisme[2]
Pancasila
Laman sesawang
www.partaibulanbintang.or.id/

Partai Bulan Bintang ialah sebuah parti politik di Indonesia. Parti politik ini telah mengambil bahagian dalam pilihan raya sebanyak empat kali, iaitu pada 1999, 2004, 2009 dan 2014. Pada pilihan raya 1999, Partai Bulan Bintang mendapat 2,050,000 undi atau 2% dan memenangi 13 kerusi di Parlimen Indonesia. Sementara itu, pada Pilihan Raya Umum 2004, 2 970 487 (2.62%) dan memenangi 11 kerusi di Dewan Perwakilan Rakyat (DPR).

Parti ini diketuai oleh Yusril Ihza Mahendra yang pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri. Beliau juga dikenali sebagai tokoh yang mempelopori Pindaan Pasca Reformasi terhadap perlembagaan negara. Kemudian, MS Kaban dipilih sebagai ketua pada 1 Mei 2005; MS Kaban pada ketika itu bertugas sebagai Menteri Perhutanan di Kabinet Indonesia Bersatu (penggal pertama).

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Sejarah Singkat ("Short History") PBB website, diarkibkan daripada yang asal pada 15 April 2014, dicapai pada 13 April 2014
  2. ^ Al-Hamdi, Ridho. (2017). Moving towards a Normalised Path: Political Islam in Contemporary Indonesia. JURNAL STUDI PEMERINTAHAN (JOURNAL OF GOVERNMENT & POLITICS). Vol. 8 No. 1, February 2017. p.53, p.57, p.62.