Partai Rakyat Adil Makmur

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Partai Rakyat Adil Makmur
KetuaGautama Wiranegara
PengerusiAgus Jabo Priyono
Setiausaha AgungDominggus Oktavianus
BendahariDiane Mondong
Ditubuhkan1 Jun 2021; 2 tahun yang lalu (2021-06-01)
Didahului olehPartai Rakyat Demokratik
Ibu pejabatJakarta
IdeologiPancasila
Sosialisme democratik
Nasionalisme sivik
Populisme haluan kiri
Progresivisme
SloganPartainya Rakyat Biasa: Kaum 99 Persen
Lagu parti"Mars PRIMA"
"Darah Juang"
Laman sesawang
prima.or.id

Partai Rakyat Adil Makmur (PRIMA) ialah sebuah parti politik di Indonesia. Parti itu ditubuhkan selepas penggabungan Partai Rakyat Demokratik (PRD) dan banyak pertubuhan massa. Penubuhan PRIMA diumumkan pada 27 Mei 2020, mendapat kelulusan daripada Kementerian Undang-undang dan Hak Asasi Manusia pada 29 September 2020, dan ditubuhkan secara rasmi pada 1 Jun 2021.[1][2][3][4]

Parti itu mempromosikan sembilan program yang dikenali sebagai "9 Jalan Rakyat Adil dan Makmur": cukai yang adil, perindustrian negara, pertanian moden, pengukuhan perusahaan kecil dan sederhana, pemerintahan bersih, kemajuan progresif rakyat Indonesia, menegakkan demokrasi, dan kesetaraan gender.[5]

Kebanyakan ahli dan pegawai parti semasa pengisytiharannya adalah kader PRD dan sekutunya.[6] Satu-satunya pengecualian ialah R Gautama Wiranegara, seorang pesara major jeneral tentera Indonesia, dan merupakan setiausaha agung Agensi Anti Keganasan Nasional.[7]

Disebabkan kaitannya dengan PRD yang sejajar dengan politik sayap kiri dan mempunyai asas sosialisme yang kukuh, parti itu telah dituduh sebagai "neo-Komunis" oleh aktivis sayap kanan Islam serta pendukung kebangkitan Orde Baru.[8] Perihal ini telah dinafikan pihak parti.[3][4]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Penundaan pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Parti itu mengemukakan sebuah kes ke mahkamah Jakarta Pusat pada 8 Disember 2022 selepas parti itu tidak dapat bersaing dalam pilihan raya umum Indonesia 2024, walaupun mahkamah tidak mempunyai kuasa sedemikian. Antara tuntutan parti itu ialah: mengisytiharkan parti ialah pihak yang diganggu oleh Komisi Pemilihan Umum (KPU), mengarahkan KPU menganugerahkan parti itu 500 juta rupiah sebagai pampasan dan penangguhan pilihan raya.[9] Dalam tindakan luar biasa, mahkamah memutuskan untuk memenuhi semua tuntutan parti dan mengarahkan KPU berbuat demikian pada 2 Mac 2023.[9] Mahkamah juga mengarahkan KPU memulakan semula proses pemilihan daripada tahan pengesahan sekali lagi.[10] KPU kemudian menghantar rayuan ke atas keputunsa tersebut.[11] Mahkamah Agung Indonesia menyatakan bahawa meskipun dengan keputusan luar jangka itu, para hakim tidak boleh disalahkan, dan membantu KPU untuk menghantar rayuannya.[12]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Kusumawardhani, Amanda (2021-06-01). "Deklarasi Hari Ini, Ketua Umum: PRIMA Siapkan Syarat Ikut Pemilu 2024 | Kabar24". Bisnis.com (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2021-06-01.
  2. ^ Wakik, Ahmad Kiflan (2021-06-01). "Agus Jabo: PRD Salah Satu Unsur Yang Melahirkan Prima". Rmol.id (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2021-06-01.
  3. ^ a b Martaon, Anggi Tondi (2021-05-08). "Partai Rakyat Adil Makmur Bantah Berkaitan dengan PRD". medcom.id (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2021-06-01.
  4. ^ a b Martaon, Anggi Tondi (2021-05-07). "Dimotori Aktivis 98, Prima Perkenalkan Diri Sebagai Partai Baru". medcom.id (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2021-06-01.
  5. ^ PRIMA (2021-06-01). "9 Jalan Rakyat Adil dan Makmur". PRIMA: Partai Rakyat Adil Makmur (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2021-06-01.
  6. ^ Mawangi, Genta Tenri (2021-06-01). "Pengurus PRD deklarasi partai baru PRIMA usung visi politik sejahtera". Antara News Yogyakarta (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2021-06-01.
  7. ^ Vebriyanto, Widian. "Partai Rakyat Adil Makmur (Prima) Deklarasi Di Hari Lahir Pancasila". Rmol.id (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2021-06-01.
  8. ^ Aulia, M. Rodhi (2021-05-17). "[Cek Fakta] Partai PRIMA Buatan Anak-Anak Komunis? Ini Faktanya". medcom.id (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2021-06-01.
  9. ^ a b detikNews, Tim. "Kabulkan Gugatan Partai Prima, PN Jakpus Perintahkan Pemilu Ditunda". detiksumut (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2023-03-03.
  10. ^ Amirullah (2023-03-02). "Perintahkan Tunda Pemilu 2024, PN Jakpus Minta KPU Lakukan Tahapan Pemilu dari Awal". Tempo (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-03-03.
  11. ^ detikNews, Tim. "Diperintahkan PN Jakpus Tunda Pemilu, KPU Banding!". detiksumut (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2023-03-03.
  12. ^ Erwanti, Marlinda Oktavia. "MA: Hakim PN Jakpus Tak Bisa Disalahkan terkait Putusannya". detiknews (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2023-03-03.