Parti Aspirasi Rakyat Sarawak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian
Parti Aspirasi Rakyat Sarawak
PemimpinLina Soo
PengasasDr. Patau Rubis
Ditubuhkan9 Oktober 1996 (di Sarawak)
6 Januari 2012 (di Sabah)
24 Januari 2020 (dijenamakan semula sebagai ASPIRASI)
Disahkan26 Januari 2020 (Diluluskan sebagai ASPIRASI)
Digantikan olehParti Solidariti Tanah Airku di Sabah[1]
Ibu pejabat262, Jalan Batu Kawa, 93500 Kuching, Sarawak, Malaysia.
Keanggotaan2,700
IdeologiNasionalisme Sarawak
Semangat patriotik negeri
Hal ehwal bangsa Dayak
Hak politik belia & wanita
Kebajikan rakyat Sarawak
Hak ekonomi & budaya Sarawak
Tuntutan hak MA63
Kedudukan politikSayap kiri
Dewan Negara:
0 / 70
Dewan Rakyat:
0 / 222
Dewan Undangan Negeri:
0 / 587
Menteri Besar dan Ketua Menteri (Sarawak)
0 / 13
Laman sesawang
Laman Sesawang Rasmi STAR
Laman Facebook STAR


Parti Aspirasi Rakyat Sarawak (dalam Bahasa Inggeris: "Sarawak People's Aspiration Party") (Pendahulu parti ini dikenali sebagai Parti Reformasi Negeri atau dikenali dengan singkatan STAR, Inggeris: State Reform Party), atau dikenali ramai mula pada tahun 2020 sebagai ASPIRASI merupakan sebuah parti politik tempatan berhaluan tengah di Sarawak. Presidennya terkini adalah Soo Lina yang menggantikan Patau Rubis yang telah meninggal dunia pada tahun 2016. Patau Rubis tidak menyedarkan diri pada mesyuarat agung tahunan (AGM) parti pada 20 Mac 2016. Parti ini mempunyai 9 manifesto untuk memfokuskan terhadap Sarawak bagi menambahbaik Perjanjian Malaysia 1963. Pada tahun 2016, cawangannya di negeri Sabah berjaya didaftarkan semula sebagai Parti Solidariti Tanah Airku (STAR Sabah) iaitu sebuah parti politik baharu di Sabah yang mempunyai agenda yang sama seperti Parti Reformasi Negeri.[2]Jumlah keanggotaan dalam Parti Aspirasi Rakyat Sarawak (ASPIRASI) hanya sekitar 2,700 ahli sahaja.

Logo rasmi[sunting | sunting sumber]

Berikut adalah logo rasmi yang telah diumumkan oleh kepemimpinan Parti ASPIRASI Rakyat Sarawak pada 13 Disember 2021 sebelum menjelang Pilihan raya negeri Sarawak 2021

Sejarah penubuhan[sunting | sunting sumber]

Logo Parti ASPIRASI (yang dahulunya dikenali sebagai STAR) (digunakan pada tahun 1996-2019)

Ditubuhkan pada 9 Oktober 1996 oleh Dr. Patau Rubis setelah beliau dipecat dari kabinet negeri Sarawak pada Oktober 1995 dan seterusnya dari Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP). Beliau secara rasminya dipilih sebagai Pesiden parti yang pertama di dalam persidangan tiga tahunan parti STAR yang ulung pada 9 Mac 1997.[3] Presiden STAR sekarang ialah Soo Lina, yang dipilih bagi menggantikan Patau Rubis, selepas jatuh pengsan semasa mempengerusikan Mesyuarat Agung Tahunan STAR dan meninggal dunia kemudiannya pada 20 Mac 2016.[4][5]Parti Reformasi Negeri lebih memberikan tumpuan untuk melakukan reformasi bukan sahaja di peringkat kerajaan tetapi lebih utama melakukan reformasi terhadap sistem pemerintahan, sistem penyampaian (delivery system) dan dasar-dasar kerajaan supaya lebih telus dan mesra rakyat. Memberikan perhatian yang lebih dan mahu menambahbaik terhadap persetujuan 18-point memorandum antara Sarawak dan Persekutuan Tanah Melayu.

Pada Tahun 2016, Parti STAR cawangan Sabah telah dijenamakan semula sebagai Parti Solidariti Tanah Airku dengan singkatan STAR dibawah pimpinan presiden parti, Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan. Beliau menjenamakan semula parti tersebut kerana beliau ingin menumpukan sepenuh perhatian terhadap Sabah dengan ideologi asal parti berkenaan iaitu hak-hak Sabah dengan tambahan pembangunan serta ekonomi yang diperlukan di Sabah.

Pada Tahun 2020, Parti ini telah dijenamakan semula sebagai Parti Aspirasi Rakyat Sarawak dengan singkatan ASPIRASI menggantikan Parti Reformasi Negeri Sarawak (STAR). Hal sedemikian dilakukan untuk mengelak kekeliruan diantara Parti STAR yang ada di Sabah dengan STAR yang ada di Sarawak. Walaubagaimanapun, Perjuangan parti tersebut terus dikekalkan dengan ideologi yang tetap sama dengan penambahan ideologi dalam hal ekonomi serta memfokuskan kemajuan bangsa-bangsa pedalaman yang ada di Sarawak. Nama "ASPIRASI" kini rasmi diguna-pakai di mana-mana pilihanraya yang berlangsung di Sarawak.


Barisan kepimpinan[sunting | sunting sumber]

  • Pengerusi
    • Buln anak Ribos
  • Timbalan Pengerusi
    • Tambi Pilang
    • Joseph Jotem
  • Presiden
    • Soo Lina
  • Timbalan Presiden
    • Mura Kadir
    • Hugh Lawrence Zehnder
    • Zulfaqar Sa'adi
  • Naib Presiden
    • Mohd Annuar Abd Hamid
    • Richard Revis Jimin
    • Adam Wong Sing Wei
    • Mesah Suhaili
  • Setiausaha Agung
    • Simon Tiong Ing Tung
  • Bendahari
    • Chieng Lea Phing
  • Ketua pemuda
    • Fatrick anak Jimi Fatri
  • Penasihat

Senarai presiden parti[sunting | sunting sumber]

  • Dr. Patau Rubis (9 Mac 1997 hingga 20 Mac 2016)
  • Soo Lina (20 Mac 2016 hingga kini)

Keputusan pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Pilihan raya umum Malaysia 2018[sunting | sunting sumber]

No. DUN Calon Undian Keputusan
N43 Sekong Abdul Rashid Abdul Rahman 41 Kalah (Hilang Deposit)
N44 Karamunting Besarun Kecha 61 Kalah (Hilang Deposit)

Pilihan raya negeri Sarawak 2016[sunting | sunting sumber]

No. DUN Calon Undian Keputusan
N9 Padungan Tiong Kwang Kim 116 Kalah (HD)
N11 Batu Lintang Soo Lina 331 Kalah (HD)
N18 Serembu Buln Anak Patrick Ribas 120 Kalah (HD)
N23 Bukit Simuja Johnny Anak Aput 53 Kalah (HD)
N51 Bukit Assek Moh Hiang King 374 Kalah (HD)
N52 Dudong Ting Yiik Hong 152 Kalah (HD)
N53 Bawang Assan Wong Sing Wei 100 Kalah (HD)
N55 Nangka Tiong Ing Tung 773 Kalah (HD)
N67 Jepak Mohammed Anuar Abdul Hamid 136 Kalah (HD)
N68 Tanjong Batu Chieng Lea Phing 89 Kalah (HD)

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Jenne Lajiun (15 July 2016). "Reformed, rebranded STAR now Sabah-based party". The Borneo Post. Dicapai pada 23 April 2018.
  2. ^ Lim How Pim (20 March 2016). "Dr Patau Rubis passes away from apparent heart failure". The Borneo Post. Dicapai pada 28 April 2016.
  3. ^ State Reform Party (STAR), mylovelynney.rumahpanjai[pautan mati kekal]
  4. ^ "State Reform Party founding president Dr Patau Rubis dies a day before birthday after collapsing at AGM". The Star Online. 20 March 2016. Dicapai pada 2016-04-28.
  5. ^ "Dr Patau Rubis passes away from apparent heart failure". BorneoPost Online. 20 March 2016. Dicapai pada 2016-04-28.
  6. ^ "STAR rayu derma politik taja 30 calon bertanding pada PRN11" (dalam bahasa Malay). Utusan Borneo. 10 April 2016. Dicapai pada 22 April 2018.CS1 maint: unrecognized language (link)

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]